Featured Content

JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

Widget Jom Jadi Bijak

Bismillahi Rahmani Rahim,

Assalamualaikum WRT WBT.

Hi adik-adik semua. Apa khabar? Ni dah masuk sebulan tahun 2010, ape cerita dengan semua azam yang dibuat awal tahun dulu? Ada perkembangan? Harap2nya ada lah ye.

InsyaAllah dalam masa terdekat ni, JJB akan mengadakan satu pertandingan. Pertandingan apa? Haaaa.. itu kene tunggu lah. Kene selalu dtg blog ni untuk dptkan update. Saje akak bgtau awal-awal so that adik-adik tertanya-tanya. Saje nak kasi suspen. Hehe.

Untuk entry kali ini, KakMyra nak share satu code HTML. Bagi adik-adik yang ada blog, ade website, ade myspace dan sebagainya, bolehlah guna code HTML ni untuk menyatakan sokongan pada kempen Jom Jadi Bijak ini. Cuba tengok kat bawah, ni lah 'widget' untuk adik-adik share pada webpage mana2.




Ok, so apa yang adik-adik perlu buat ialah copy coding ni, then masukkan ke dlm coding HTML adik2. Then walaaahh.. keluarlah widget tu. InsyaAllah jadi.

Kalaulah tibe2 tak jadi, nnt boleh bgtau pada akak ok. Tinggalkan comment, bgtau apa masalah, dsb.

Semoga adik-adik semua sentiasa berada dlm keadaan bersemangat. Jom kita ajak org lain jadi BIJAK mcm kita!

Salam Sayang,
KakMyra


JJB@MRSM Pontian

22 Jan 2010- Maktab Rendah Sains Mara, Pontian.

TAHNIAH kepada 550 pelajar MRSM Pontian yang telah menjadi duta JJB. Kami memang perlukan sokongan untuk jayakan kempen ini dari adik-adik yang bijak ini. JOM ! Hargai Anugerah kepandaian yang Allah kurniakan buat kita dengan menjadi orang yang BIJAK dalam menjalani kehidupan ini. BIJAK melakukan apa yang disuruhNYA dan BIJAK meninggalkan apa laranganNYA.

Terima kasih kepada KRJ Johor Bahru atas kesempatan yang diberi kepada team JJB untuk melaksanakan pgm ini. Semoga usaha kita bersama diberkatiNYA.

http://item.slide.com/r/1/164/i/GIVyeA513D-3-uUmu2aBRXMnWC4dwaPU/

http://item.slide.com/r/1/132/i/cMIninFitT_wVH8O4d1UKbOJ2M158IlS/

http://item.slide.com/r/1/84/i/qBCbnrbd4z8OA7qmQs-CGwf_v-zXLDYr/

http://item.slide.com/r/1/172/i/LJ8VDbLOwj-OB5mjN6UaPkJP-kZRVWhR/

http://item.slide.com/r/1/189/i/xC-iJxRG7D8Fc4Mv5BNcUchGOZCwXsOT/


Jom Jadi Bijak
Kekal BIJAK sehingga ke SYURGA.


Jutaan Terima Kasih

Assalamualaikum WRT WBT

Kempen Jom Jadi Bijak (JJB) di negeri Johor sudah hampir masuk 1 tahun dah Alhamdulillah. Sempena dengan itu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi mengorbankan tenaga, masa, doa dan wang ringgit kepada keberkesanan dan kelancaran kempen.

Kini, Jom Jadi Bijak (JJB) telah pun menjalankan 62 kempen merangkumi jumlah peserta yang kini hampir 13,000, meliputi seluruh daerah di negeri Johor ini.

Setiap perjuangan menegakkan yang hak itu pasti ada suka dan dukanya, pasti pelbagai dugaan dan tentangan, pasti menguji ukhuwwah dan kesabaran. Namun, itulah dia sunnah perjuangan. Tidak lari dari ujian Allah Taala yang InsyaAllah meneguhkan lagi keimanan kita.

Bagi pihak Sekretariat Jom Jadi Bijak Negeri Johor dan pengendali utama kempen (Kelab Belia JIM Johor), Jazakumullahu Khairan Kathira kepada semua, dan kita doakan segalanya akan diterima sebagai belakan kita ke Akhirat kelak InsyaAllah.

Dengan itu, ade sedikit video untuk tontonan semua.




Terima Kasih sekali lagi diucapkan kepada semua sukarelawan yang sudi membantu dalam menjayakan kempen ini. Semoga segalanya dibalas oleh Allah Taala.


JIM Bina Permuafakatan Lagi Melalui 'JJB'

Assalamu’alaikum WRT WBT

21 Jan 2010 Khamis – bertempat di Pejabat Kesihatan Pontian, Sekretariat Jom Jadi Bijak telah dijemput menghadiri Mesyuarat Program Remaja 2010 Daerah Pontian bagi memberi taklimat Kempen Jom Jadi Bijak.



"..kita kenal dulu siapa JIM ni.."


Mesyuarat yang dihadiri seramai 25 orang terdiri daripada Doktor-doktor Pakar Perubatan, Ketua - ketua Jururawat, Jururawat-jururawat , Penolong - penolong Pegawai Perubatan, Pegawai Pelajaran Negeri Johor dan Pegawai Pendidikan Daerah Pontian.


Taklimat yang disampaikan dalam bentuk ‘perkongsian’ oleh Pengerusi Sekretariat Jom Jadi Bijak JIM Negeri Johor, Hj Aminuddin Alias telah membuka jalan buat JIM untuk membina jalinan strategi dengan saling lengkap melengkapi antara Pusat Kesihatan Pontian dan Pejabat Pendidikan Daerah Pontian.



antara ahli mesyuarat yang hadir


Melalui sesi perbincangan, banyak info-info terkini yang membimbangkan didapati terutama isu zina di kalangan pelajar sekolah dan ibu-ibu tunggal yang semakin berleluasa di mana-mana sahaja.

Begitu juga yang terbaru pelajar lelaki seawal 14 tahun menghidapi penyakit STD. Pelajar tersebut adalah PENGAWAS sekolah. Kes pelajar ‘termengandung’ dan ‘terberanak’ pula adalah antara yang kerap di jumpai oleh mereka. Masalah social yang saban hari didengari itu akhirnya akan menuju ke hospital.

Diakhir sesi ini beberapa perkara berikut disepakati:-

1. Menyedari bahawa dalam menangani isu ini semua pihak perlu berganding bahu saling lengkap menglengkapi.
2. Mencegah itu lebih baik dari merawat.
3. Perbincangan lanjut akan di adakan antara pihak Pejabat Kesihatan dan PPD untuk menjayakan program ini.
4. Menyelaraskan semula beberapa perkara antara Pejabat Kesihatan dan PPD berkaitan dengan masalah-masalah pelajar sekolah.
5. Program susulan sangat penting. JIM (NGO ) beri kesedaran dan perlu di sambut oleh orang tempatan untuk terus kekal beri perubahan.
6. Pejabat Kesihatan bersedia memberi kerjasama buat program susulan selepas JIM menjalankan Kempen Jom Jadi Bijak.




Gambar kenangan wakil2 utama dari PPD Pontian, JPN Johor,
Pusat Kesihatan Pontian & JJB JIM Johor.

Sekian, sedikit perkongsian dari Sekretariat Jom Jadi Bijak JIM Negeri Johor. Semoga segala usaha kita diberkati-NYA.

Kes Buli di Sekolah Dilaporkan Media Massa


  • 2004 - Muhammad Farid Ibrahim meninggal dunia akibat dipukul dan dipijak lapan pelajar senior Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor (SMADKPM) Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.



LUKA...mangsa buli, Muhammad Rizwan Roslan luka di badan selepas dibelasah hampir dua jam.


  • 2006 - Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS), Syafiqah Borhan dibunuh dan dirogol sebelum mayatnya dicampak ke sebuah longkang di Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru.



  • 2007 - Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Asrama Penuh Persint 1, Putrajaya, Muhammad Ritzwan Roslan dibelasah dua jam dengan kemaluannya ditendang 20 pelajar senior termasuk anak seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor, berusia 16 tahun kerana salah faham dan membalas dendam.


  • 2008 - Sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga sebuah sekolah menengah di Johor membelasah beramai-ramai seorang pelajar baru dikenali Muhamad di luar pintu sekolah hanya kerana mangsa menjeling mereka


  • 2009 (Februari) - Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat disepak dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar di bilik asrama dan aksinya dirakam dan disiarkan selama 3.05 minit menerusi laman Youtube.


  • Mac - Mohd Azwan Md Ribi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Kuantan melecur teruk lengan kanan akibat diseterika senior di asrama kerana enggan membelikannya rokok.



  • Ogos - Disebabkan tidak puas hati hanya memperoleh 50 sen selepas memeras ugut rakan sekelas, seorang murid tahun satu sanggup bertindak ganas dengan menoreh buah zakar rakannya, Muhammad Amir Amri dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar, Kedah


HAMPIR LUMPUH...Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin terlantar di hospital berikutan dibesalah pelajar tingkatan lima dan tingkatan tiga.
 
Sumber : Metro : 180110

Abang, Adik Perogol

KUALA KUBU BHARU: Pertemuan kali pertama mengundang padah apabila seorang remaja bawah umur dirogol lelaki baru dikenalinya. Lebih malang lagi, mangsa yang berusia 14 tahun itu bukan saja menjadi pemuas nafsu lelaki terbabit, malah turut dirogol abang kenalan barunya di sebuah rumah di Kampung Bilal, Hulu Bernam di sini. Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi, berkata kejadian berlaku jam 9 pagi Ahad lalu selepas mangsa dipelawa keluar untuk bersarapan.

“Mangsa pada mulanya didatangi sahabatnya yang meminta hutang RM20 di rumahnya di Felda Sungai Behrang jam 7.45 pagi. Pada masa yang sama kawannya itu membawa seorang lagi rakan lain.

“Selepas membayar hutang, rakan kepada kawan lelakinya itu mengajak mangsa bersarapan dan pelawaan itu diterima,” katanya. Norel berkata, mangsa diajak ke rumah kenalan barunya itu dengan alasan mengambil barang, namun dia dipaksa melakukan hubungan seks.

“Lebih malang lagi, mangsa turut dirogol abang lelaki itu sebelum dihantar pulang ke rumahnya dua jam kemudian dan dia membuat laporan polis sebelum di hantar ke hospital untuk pemeriksaan.

“Doktor mengesahkan terdapat kesan rogol dan susulan itu polis menahan suspek pertama berumur 17 tahun manakala suspek kedua melarikan diri,” katanya.

Sumber : Metro : 220110






~Coraklah kehidupan kita berpandukan warna Al-Quran dan As-Sunnah..

semoga memperolehi kebahagian di dunia dan akhirat...

insyaAllah ^^) ~


Kekasih Berhati Iblis

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/01/22


KUALA LUMPUR: Hasrat seorang gadis yang juga pelajar sebuah kolej swasta berusia 19 tahun untuk bertemu bakal mentuanya berkubur apabila dia menjadi mangsa pemuas nafsu sekumpulan empat lelaki diketuai teman lelakinya sendiri ketika berkunjung ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Petaling di sini, Selasa lalu.

Lebih menyedihkan, mangsa diperlakukan seperti hamba seks dan diperkosa bergilir-gilir hampir 10 kali dalam tempoh lima jam.


Semuanya bermula kira-kira jam 11 malam apabila mangsa yang berada di rumahnya di sebuah pangsapuri di Jalan Jejaka, Cheras di sini, dihubungi teman lelakinya berusia awal 20-an menjemputnya keluar bersiar-siar.
Menurut sumber, mangsa dan teman lelakinya kemudian singgah makan di Tasik Permaisuri, Cheras.


“Di gerai itu ada tiga lagi lelaki berusia lingkungan 20-an dipercayai kenalan teman lelaki mangsa.
“Teman lelaki mangsa turut memperkenalkan ketiga-tiga kenalannya sebelum mereka menjamu selera bersama,” katanya.


Menurutnya, selesai makan, mangsa dipelawa ke rumah teman lelakinya untuk bertemu bakal ibu dan bapa mentuanya selain menolong mereka memindahkan barang ke rumah baru.
Sumber berkata, sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa terkejut apabila mendapati rumah terbabit kosong.

“Mangsa bertanya kepada teman lelakinya ke mana ibu bapanya pergi, tetapi lelaki terbabit mendakwa orang tuanya mungkin sudah ke rumah baru mereka.
“Bagi meyakinkan mangsa, teman lelakinya itu mendakwa akan membawanya ke rumah baru mereka, namun dia perlu memeriksa barangan dalam rumah terlebih dulu,” katanya.

Sumber itu berkata, ketika lelaki terbabit berpura-pura memeriksa barangan dalam rumah berkenaan, tiga rakan yang ditemui di restoran tiba di rumah berkenaan.
Menurut sumber itu, sebaik tiga rakan terbabit memasuki rumah berkenaan, teman lelaki mangsa mula menunjukkan taring apabila cuba menodai mangsa di hadapan rakannya.

Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa segera menampar teman lelakinya itu, namun tindakan berkenaan mengundang padah apabila dia diugut selain dipukul.
Malah, mangsa juga dirogol teman lelakinya biarpun merayu dikasihani manakala tiga rakannya pula bersubahat dengan membantu memegang tangan dan kaki gadis berkenaan.

Sumber berkata, kumpulan terbabit kemudian merogol mangsa secara bergilir-gilir hampir 10 kali.Mereka kemudian menghantar mangsa ke rumahnya kira-kira jam 7 pagi selepas teman lelakinya mengugut akan mencederakannya jika mendedahkan perkara itu kepada ahli keluarganya atau pihak berkuasa. Bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan ugutan itu apabila membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan di sini.

Bukan Sekadar Meniti Di Bibir

Allah swt adalah Tuhan sekelian Alam. Tuhan kepada semua makhluk malah dialah Tuhan yang Mencipta segala suatu. Tuhan yang Maha Esa dan Memelihara makhluknya. Perkara ini turut diyakini oleh para penganut agama samawi.

Hal ini dirakamkan dalam al Quran sepertimana firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid). (Surah al-Ankabut ayat 63).

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa orang-orang musyrik turut mengakui bahawa Allah swt adalah Tuhan yang mencipta dan memelihara alam ini dengan segala isinya. Tetapi perbuatan mereka mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu yang lain adalah diharamkan dan sama sekali tidak dapat diterima.

Firman Allah swt yang bermaksud :
“Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. (Surah al-Maidah ayat 73).

Salam dari,
Ummu Nad







Bahaya Barah Maksiat Batin

Bismimillahirahmanirrahim..

In The Name of God, Most Gracious, Most Merciful..

Assalamualaikum..

Hai semua..Apa khabar?..harap semua sihat dan ceria-ceria selalu..ada sesuatu yang sy ingin kongsikan di pagi yang mulia ini...sambil kita bekerja, melayari internet..atau apa2 je aktiviti kita pagi nie..jom kita renungkan sejenak tazkirah yang sy petik hasil tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh. Semoga ianya memberi peringatan kepada kita untuk mengsyukuri nikmat-nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita dengan sebaik yang mungkin..InsyaAllah..:)




Bahaya Barah Maksiat Batin



"BANYAK konflik berlaku, sudah hendak kiamatlah," kata seorang teman kepada penulis pada suatu pagi di kedai mamak. Semua tidak kena satu pihak salahkan pihak yang lain begitulah sebaliknya.


Pembaca sekalian, adakah anda sedang berkonflik atau mungkin mengharunginya dengan perasaan yang melukakan?Terdapat banyak punca berlaku konflik, antaranya sifat hati yang kotor. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik dia maka baiklah yang lain, jika rosak daging ini maka akan rosaklah anggota lain, daging seketul itu adalah hati." Hati kotor ini akan berjangkit dalam bentuk emosi yang akhirnya akan melakukan tindakan tidak rasional. Inilah yang dinamakan dengan maksiat batin.


Di sini timbul seribu satu perangai negatif yang akhirnya akan menjurus kepada berlakunya konflik. Antara maksiat batin itu seperti:
1) Maksiat perut iaitu seseorang itu terlalu banyak makan makanan yang tidak halal atau haram seperti meminum arak dan makanan yang dimakan dari punca rezeki yang tidak halal.


2) Maksiat mata iaitu seseorang yang suka melihat kepada bahan lucah dan haram.
3) Maksiat lidah yakni bercakap perkara-perkara yang tidak elok seperti mengumpat dan memfitnah.


4) Maksiat faraj bermaksud melakukan hubungan jenis di luar nikah dan lain-lain perhubungan jenis yang tidak dibenarkan.


5) Maksiat tangan yang bermaksud mencuri harta orang lain, menyeleweng kuasa yang diamanahkan dan juga mendapatkan harta secara haram.


6) Maksiat kaki bermaksud sentiasa mengunjungi ke tempat maksiat seperti ke kelab malam, tempat pelacuran dan tempat perjudian.


7) Maksiat telinga bermaksud mendengar perkara-perkara yang tidak elok seperti mendengar orang sedang mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain.


Maksiat batin ini seterusnya akan berjangkit pula ke arah maksiat zahir, antaranya:
·Bercakap banyak
·Suka marah-marah
·Berhasad dengki
·Bakhil
·Suka bermegah-megah
·Sombong dan takbur dengan diri sendiri
·Cintakan dunia
·Suka memfitnah
·Ujub
iaitu menyangka dirinya terlalu sempurna
·Riak iaitu perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana terlalu inginkan pujian dan sanjungan dari orang lain.



Apabila seseorang Islam itu melakukan maksiat yang dinyatakan di atas, maka akan bertambahlah titik dosa dalam dirinya yang menjadikan dirinya mengalami lebih konflik. Bagi mengatasi masalah dan konflik itu mestilah berbalik kepada Islam dengan menghayati hak orang lain seperti mengawal hati dengan ibadat khusus serta sunat dalam ibadat umum. Mesti merasai roh ukhuwah yang mendalam dengan ikatan akidah yang kuat serta percaya kepada hari akhirat. Segala perbuatan yang dikira itu akan merendahkan keegoan yang bersarang dalam nafsu kita dan Insya-Allah akan mengurangkan konflik.


hurrmmmm~~penulisan yg membuatkan kita berfikir panjang..
Jzkk Ustaz ^^)//..semoga dibalas dengan kebaikan..InsyaAllah..
dan semoga nikmat yang ALLAH SWT pinjamkan kepada kita nie digunakan dengan sebaik yang mungkin...ameen.



InsyaAllah

Assalamualaikum WRT WBT

Hai adik-adik. Hari ni akak nak share satu nasyid dengan adik-adik. Bagi sesiapa yang tengah rasa down, tengah rasa tensyen dan stress, samada sebab belajar ke, situasi di rumah, masalah hidup atau ape sahaja, ingatlah.. Allah SWT sentiasa bersama kita.

Kadang-kadang kita lupa, bahawa semua perkara yang berlaku di dunia ini semuanya dengan kehendak Allah Taala. Kita jangan lupa akan Qada dan qadar Allah. Semua benda berlaku ada hikmahnya.

Allah sesekali tidak akan memberi ujian kepada kita kalau Dia tahu kita tidak mampu menghadapinya. Semua ujian itu adalah untuk menguji sejauh mana kita ingat kat Allah, setinggi mana kesabaran dan keimanan kita kepadaNya.

Jadi janganlah kita senang2 kecewa dan berputus asa, kerana semua ujian itu sebenarnya adalah cara Allah mendekatkan kita kepadaNya.

Meh kita dengar satu nasyid dari Maher Zain, bertajuk InsyaAllah. Semoga dengan mendengar nasyid ini, mereka yang sedang dilanda krisis emosi boleh bangkit semula dengan semangat dan azam yang tinggi. Allah sentiasa bersama kita.



INSYALLAH - Maher Zain


Everytime you feel like you cannot go on

You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You cant see which way to go
Dont despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah youll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you cant repent
And that its way too late
Yourre so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Dont despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah youll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah youll find your way

Turn to Allah
Hes never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps dont let me go astray
Youre the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah well find the way

Salam Sayang,
KakMyra

Program Follow-up Felda Taib Andak, Johor (FU-FTA)

Assalamualaikum WRT..
Apa khabar semua?..Akak harap semua dalam keadaan sihat sentiasa..InsyaAlllah

Alhamdulillah...pada 9 Januari 2010 bertempat di Dewan Felda Taib Andak, Kulaijaya, Johor..Team JJB yang diterajui oleh Kelab Belia JIM Johor (KBJ Johor) kembali menemui alumni peserta Program JJB daripada Felda Taib Andak yang diadakan pada 26 & 27 Disember 2009 lalu di Tiram Indah Village. Pertemuan selepas 2 minggu program ini dirancang khas oleh Team JJB dengan AJK Belia 4B Felda Taib Andak.

Objektif utama pertemuan ini diadakan adalah untuk membantu para peserta melaksanakan perubahan. Berbekalkan semangat program yang masih panas, beberapa perubahan yang mengejutkan warga Felda Taib Andak telah dilakukan oleh adik-adik iaitu tentang solat 5 waktu, solat berjemaah di masjid, pengurangan kelajuan dalam menunggang motosikal, pergaulan akhlak mula dijaga batasnya, hubungan antara keluarga bertambah baik dan aktiviti melepak di waktu malam telah dikurangkan..

Berbekalkan sedikit pengalaman mengendalikan program remaja & belia, diakui untuk berubah memang mudah untuk dinyatakan namun belum tentu mudah untuk dilaksanakan. Justeru itu, satu modul Follow Up Jom Jadi Bijak ( FU-JJB ) telah diperkenalkan kepada mereka. Isi utama modul ini adalah : Melakukan perubahan itu ada ujiannya. Jangan biarkan diri dipaksa menerima perubahan tetapi JOM JADI BIJAK lagi dengan kita cuba MEMAHAMI PERUBAHAN itu APA YANG PENTING ? 3 B dan 3S dalam perubahan mesti dilaksanakan.

Sebelum program berakhir, para peserta telah membentangkan hasil perbincangan mereka untuk mengekalkan perubahan (JOM KEKAL BIJAK). Pembentangan ini turut disaksikan oleh Ajk Belia 4 B yang mana mereka akan sama-sama membantu untuk memantau perubahan itu terutama perlaksanaan aktiviti-aktiviti belia yang bakal dilaksanakan. InsyaAllah pertemuan seterusnya yang telah dipersetujui antara Team JJB dan AJK Belia 4B Felda Taib Andak adalah pada bulan Mac dengan program baru yang lebih menarik, InsyaAllah.

Teruskan usaha dan doa agar matlamat akhir kita dgn Jalinan Strategi Bina Permuafakatan bersama Belia 4B ini tercapai. Dan kita doakan supaya adik-adik kita ini diberi kekuatan iman untuk terus berubah kepada lebih baik dan BIJAK dalam menjalani kehidupan di dunia ini...InsyaAllah

Jzkk kepada semua Team JJB yang telah menjayakan program FU-JJB : Pak Long, Pak K, Pak Arab, Azan, Arozi, Safwan, Fida, Myra, Siti, Anie, Nisha, Ita dan Asma’Khairina. Moga usaha kerdil kita ini diberkati dan diredhaiNya...InsyaAllah..


Alumni Peserta Lelaki


Alumni Peserta Perempuan


Perbincangan bersama Fasi


Adik-adik Perempuan


Adik-adik Lelaki

Akhir kata dari akak..jaga diri, jaga iman dan JOM KEKAL BIJAK..InsyaAllah :)

Salam dari,
KakSiti

PENJELASAN PERUBAHAN YANG BERLAKU

Bismillahi Rahmani Rahim
Assalamualaikum WRT WBT

Alhamdulillah dengan izin Allah dan kekuatan yang Allah beri kepada kempen JJB JIMJ (dulu dikenali dengan ABJZ JIMJ) sehingga 9hb Jan 2010, kempen seumpama ini telah dapat dilaksanakan sebanyak 61 kali dengan 12 480 orang peserta. Melalui pengalaman kempen selama 4 jam dan 29 jam ini, terbukti bahawa masalah sosial yang paling serius bukan setakat zina, malah rokok, dadah, derhaka kepada orang tua, mencuri, rempit dan seumpamanya

Malah masalah ini semakin kronik melanda masyarakat. Ianya umpama barah yang sedang tunggu untuk pecah. Sangat dikhuatiri suatu ketika nanti kita semua sudah kalis dengan masalah ini sehingga kita tidak rasa apa-apa dan menjadi biasa dengan masalah ini. Di khuatiri juga tanpa kita sedari tiba-tiba azab Allah yang datang lantaran lalai, kalis dan biasanya kita dengan masalah sosial di depan mata kita ini.

Penyelesaian atau pencegahan tidak cukup hanya difokuskan kepada zina sahaja kerana ianya berangkai (contoh : Mereka bukan sahaja terlibat dengan zina, tapi + rokok + dadah + derhaka + lari rumah dan sebagainya). Maka dengan itu, difikirkan kempen JOM JADI BIJAK JIMJ (JJB JIMJ) yang dikendalikan oleh sekreteriat yang ada, dirasakan lebih sesuai digunakan kerana ia bermakna usaha penyelesaian dan pencegahan tidak hanya fokus kepada zina sahaja tetapi masalah sosial lain perlu juga diberi perhatian.

Perubahan nama yang telah dibuat ini bukanlah satu keputusan individu, tetapi merupakan keputusan bersama secara syura dikalangan para penggerak setelah perbincangan yang panjang lebar dilakukan. Perubahan (rebranding) ini juga telah mendapat persetujuan/restu dari J/K tertinggi JIM Negeri Johor sepertimana yang telah diputuskan didalam mesyuarat J/K JIM Johor pada 7hb Jan 2010 yang lalu.

Maaf, sekiranya ada timbul ketidakselesaan dan kekeliruan dikalangan mereka yang berada diluar sana. Apa yang dilakukan adalah lebih difokuskan pada program didalam Negeri Johor, dan tiada kaitan secara langsung dengan program yang berada atau dilakukan ditempat lain. Harap maklum.

Hj Aminuddin Hj Alias @ PakLong
Pengarah Kelab Belia JIM Johor
Pengerusi Sekreteriat Kempen JJB JIM Johor
YDP JIM Pasir Gudang

Tinggal Anak di Pusat HIV

Oleh Amir Abd Hamid dan Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my
5 Januari 2010

KUALA LUMPUR: “Tuhan saja yang tahu betapa terseksanya saya apabila terpaksa menyerahkan lima anak kesayangan kepada pusat perlindungan untuk kanak-kanak HIV. Mungkin ini balasan dosa silam saya,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Suhaila, 34.

Katanya, dia terpaksa menyerahkan semua anaknya berusia 11, sembilan, tujuh, lima tahun serta yang bongsu 10 bulan, sejak sebulan lalu kerana tidak mampu menyara mereka selepas ditinggalkan suami. Lebih malang, keluarganya juga tidak menerima mereka enam beranak. Sejarah hitam Suhaila bermula seawal usia enam tahun apabila diperkosa rakan abangnya yang juga seorang penagih dadah.
Ketika berusia 14 tahun, dia mendakwa diperkosa guru dalam kelas ketika mengemas bilik itu selepas habis waktu belajar. Perbuatan terkutuk itu didiamkan pihak pengurusan dengan alasan mahu menjaga nama baik sekolah. Tindakan yang diambil hanya menukar guru terbabit ke sekolah lain. Akibat peristiwa itu dan pelbagai masalah dalam keluarga, persekolahannya hanya diteruskan setakat tingkatan tiga sebelum dia mengenali seorang lelaki yang kemudian menjadi kekasihnya.

Bagaimanapun, kekasihnya menemui ajal setahun kemudian akibat kemalangan jalan raya.
“Pada masa itu dunia saya terasa gelap. Saya yang cetek ilmu agama beberapa kali cuba membunuh diri. Dalam usaha mencari ketenangan jiwa dan mengikut kata hati, saya tergamak menemui pemimpin sebuah agama sebelum menganut ajaran itu. “Mujur saya cepat tersedar dan kembali bertaubat selepas menemui tiga ustaz di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Ingatkan penderitaan akan berakhir, rupa-rupanya saya menghadapi cabaran lebih hebat sebaik berkahwin, iaitu selepas enam tahun kejadian saya menukar agama itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, suami yang diharapkan dapat membimbingnya bertukar sikap menjadi kaki perempuan dan panas baran sejurus kelahiran anak ketiga mereka.
Katanya, sikap suami berterusan sehingga dia melahirkan anak kelima, Mac lalu.
Tanpa mengetahui punca sebenar, si suami menghalaunya dari rumah sewa bersama lima anak ketika dia masih dalam pantang. Dia mendakwa, suaminya berpindah ke Kedah bersama kekasih baru. Suhaila berkata, dalam tempoh perkahwinan sejak tahun 1997, dia dan anak kerap dipukul suami. Terbaru, sebelum suami menghalaunya keluar rumah, dia sempat memukul anak-anak tanpa sebab.
Selepas ditinggalkan suami, dia dan anak-anak terpaksa menumpang di rumah keluarga, namun tidak disenangi saudara lain hingga dimaki-hamun kerana dikatakan hanya menjadi bebanan mereka. Berikutan tidak sanggup dicaci anggota keluarga, Suhaila dengan berat hati membawa lima anaknya keluar dari rumah berkenaan sebelum menumpang di rumah beberapa rakannya.

Dia kemudian menyerahkan anaknya ke pusat perlindungan HIV terbabit ketika umat Islam bersiap mahu merayakan Aidiladha lalu. “Ketika itu saya tercari-cari tempat untuk anak saya berlindung, tapi semua rumah kebajikan yang saya pergi enggan menerima lima anak sekali gus. Hanya pusat perlindungan untuk kanak-kanak HIV saja yang sanggup menerima mereka. “Mengalir air mata ketika menandatangani tiga dokumen perjanjian penyerahan anak. Tetapi saya terpaksa berkorban demi masa depan mereka. Saya tiada rumah, tiada wang,” katanya sayu. Ketika meninggalkan lima anak di pusat perlindungan itu, anak sulungnya menyatakan kemarahan terhadap nasib menimpa mereka.
“Saat kata-kata itu dilafazkan, saya tak tahu bagaimana nak menggambarkan betapa pilunya hati,” katanya.

Kini Suhaila hanya mampu menziarahi anak-anaknya di pusat perlindungan berkenaan apabila ada kelapangan dan berusaha mencari wang mengikut kemampuannya sebagai sumbangan kepada pusat itu selain untuk perbelanjaan diri dan anak-anak.