Bermula hari ini, Kempen Jom Jadi Bijak akan mengadakan sedikit sambutan selama seminggu, sehinggalah tarikh keramat ulangtahun perasmian kempen ini, iaitu pada 14hb Februari 2009....
Tanggal 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu saban tahun oleh para remaja khususnya yang sedang dilamun cinta. Pada tanggal ini si jejaka akan sibuk mencari hadiah untuk si gadis bagi membuktikan rasa kasih dah sayang, manakala si gadis pula....
Keruntuhan akhlak di kalangan generasi muda pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Mereka merupakan aset utama negara pada masa akan datang dan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara.
Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya generasi muda pada hari ini tidak..
Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. .....
Semua orang gemar kepada perkara yang baik dan melakukan kebaikan kerana ia membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian. Golongan seperti perompak atau penyamun juga tidak suka harta bendanya dicuri dan diganggu, walaupun mereka mengganggu dan menceroboh kehidupan orang lain.
Keburukan berlaku dalam masyarakat disebabkan beberapa faktor seperti tidak menghiraukan larangan Allah. Begitu juga keharmonian boleh digapai apabila kita menuruti petunjuk Allah yang maha kuasa.
Menghindari lebih baik daripada mencegah. Kali ini kita bermuhasabah untuk menghindari faktor perosak.
Saidina Umar berkata: “Sekiranya kamu ingin menghindari keburukan, kamu mesti mengetahui kejahatan itu supaya senang kamu menghindarinya.”
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Ada tiga perkara merosakkan, hawa nafsu yang dituruti, kedekut yang ditaati dan kekaguman pada diri sendiri.”
Pertama, hawa nafsu bukan dibunuh tetapi dididik. Ini kerana nafsu dunia menjadi indah, sebab itu dunia di bangunkan, rasa cinta kepada harta, takhta dan wanita mengindahkan kehidupan selama mana dalam batas yang dibenarkan. Ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Remaja yang tenggelam dalam hawa nafsunya lemas dalam lilitannya. Cinta tanpa batasan, pergaulan bebas, mahu senang tanpa usaha, berhibur tanpa batasan dan akhirnya nafsu menjadi Tuhan, berkiblatkan perasaan serta tiada lagi batasan.
Pada masa itu pekak telinganya, buta matanya dan akhir sekali terkunci hatinya. Allah sudah mengingatkan umatnya dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan. Allah membiarkan mereka sesat dalam keadaan berilmu lalu Allah mengunci mati pen dengaran dan hatinya.”
Ini yang dibimbangkan terhadap sebilangan remaja kita, belajar di universiti, ilmu banyak, ijazah tinggi, jawatan serta gaji lumayan tetapi menjadi ‘pak turut’ kepada hawa nafsu jahat.
Kebanyakan mereka ditangkap kerana rasuah, pecah amanah, merogol, seks bebas, buang bayi dan pelbagai kesalahan jenayah.
Tidak dinafikan juga ada jenayah dilakukan mereka yang berpelajaran. Hakikatnya, jika kita ingin menjadi insan yang baik, bukan hanya perlu kepada ilmu dan segulung ijazah tetapi lebih penting ialah bungkusan azimat iman untuk mengekang kemahuan nafsu menggila.
Subjek pembelajaran sepatutnya ditekankan untuk mengendalikan hawa nafsu. Remaja sepatutnya bukan hanya memburu kecerdikan tetapi kebaikan.
Kedua, sifat yang merosak ialah kedekut. Terlalu cintakan harta hingga tidak mengeluarkan zakat. Tidak terpanggil membantu sesama Muslim dalam bidang ekonomi juga dipanggil kedekut. Sama ada menyokong mereka dengan membeli produk atau dengan tidak menjatuhkannya.
Ada sesetengah remaja menghambur duit di tempat perjudian, untuk minuman keras dan melayan teman wanita yang luar biasa idaman kebendaannya. Malangnya derma anak yatim tidak dipandang, tabung masjid yang disediakan dibiarkan.
Kedekut bukan terbatas kepada duit saja tetapi merangkumi kedekut idea, pendapat, kedekut nota kuliah, resipi dan tenaga.
Program kebaikan dan bermanfaat di kampus dan surau serta masjid kadang-kadang tidak mendapat sokongan mem berangsangkan di kalangan remaja. Tetapi jika konsert dan hiburan, tanpa dijemput sanggup melakukan apa saja untuk menikmatinya.
Pemuda yang mewarisi negara perlu belajar menjadi pemurah, suka membantu, ringan tangan dan penyokong setia kebaikan.
Ketiga, sifat membanggakan diri. Ia merosak diri, keluarga dan masyarakat. Orang yang bangga diri biasanya berasa ada kelebihan luar biasa pada dirinya yang tidak mampu di tani orang lain.
Mereka yang terkena penyakit begini biasanya mudah memperkecilkan kebolehan orang lain. Apabila melakukan kesalahan sukar untuk diri mengakuinya, jarinya mudah menuduh dan menu orang lain. Fitnah terkutuk sanggup dilakukan demi untuk menjaga nama baik dirinya yang sebenarnya memang jelek.
Ape khabar adik-adik dan rakan seperjuangan semua? Semoga semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan didoakan sentiasa berada dalam rahmah Allah Taala.
Alhamdulillah, kita berpeluang lagi menyambut kedatangan Ramadhan Kareem. Kita berada dalam golongan yang beruntung, kita masih diberi nikmat Iman dan Islam, kita masih berpeluang bertemu semula dengan bulan yang penuh barakah ini. Syukur alhamdulillah.
Dengan kedatangan Ramadhan, semoga kita semua mengambil kesempatan yang hanya 30 hari ini. Kalau difikirkan semula, 4 kali hari jumaat sahaja. Tak lama masa tu adik-adik.
Bila sebut bulan Ramadhan, kita selalu teringat ibadah puasa, solat tarawikh dan raya. Tapi kebanyakkan dari kita tidak sedar bahawa Ramadhan adalah lebih dari itu.
Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi);
Allah sebenarnya memberi kita peluang free free je untuk dapatkan pahala. Ape taknye adik-adik, dengan berpuasa sahaja kita dapat pahala. Baca Quran satu huruf pun dapat pahala Allah bagi berganda-ganda time Ramadhan ni. Ada pula solat Tarawikh yang mana terlalu istimewa untuk dikerjakan pada bulan selain Ramadhan. Pada malam hari pula, Allah seolah-olah bagi free pahala melimpah ruah pada mereka yang bangun qiam. Subahanallah adik-adik, takkan kita nak lepaskan peluang ni mcm tu sahaja.
Kalau kita nak lihat diri kita yang sebenarnya, pada bulan Ramadhan lah kita boleh tengok. Diri kita ini tidak dipengaruhi bisikan Syaitan. Jadi kalau kita buat amal baik, alhamdulillah. Lagi best kalau time Ramadhan ni, hati kite semakin tergerak untuk mengerjakan LEBIH ibadah dari biasa.
Tetapi alangkah ruginya mereka yang mengerjakan maksiat dan dosa pada bulan ni. Kerana itulah diri mereka. Bila syaitan tak bisik suruh buat jahat pun, die buat jugak. Ha, mcmane tu adik-adik? Adakah mereka ini sudah terlalu biasa melakukan dosa sehingga sudah menjadi tabiat? Renungkanlah adik-adik. Tepuk dada, tanya Iman.
Adik-adik yang akak sayangi, janganlah lepaskan peluang keemasan ini. Gunakahlah sebaiknya masa Ramadhan ini, kerana kita tak boleh jamin kita dapat bertemu dengannya semula selepas ini. Janganlah nnt bila dah terlambat baru kita menyesal.
Selamat menyambut bulan Ramadhan adik-adik. Carilah pengampunan dari Allah. Beribadahlah untuk menjauhkan diri dari api neraka. Semoga tahun ini kita tak rugi lagi.
Salam sayang, KakMyra
psst.. kat bawah ni ade checklist Ramadhan. Manfaatkan ye.
Apa khabar semua (^^).. alhamdulillah..kita masih diberi kesempatan untuk menghirup udara pada ketika ini..masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT..masih diberi peluang melihat alam yang sangat indah ini...terima kasih Allah kerana masih menyayangi kami semua...:). sedikit perkongsian yang ingin dikongsikan bersama sempena sambutan Israk dan Mikraj pada 10 Julai 2010, bersamaan 27hb Rejab 1431..
nota hati: jazakallah buat kawan saya atas email tentang sambutan israk & mikraj nie..stp benda yang baik itu perlu dikongsi bersama..(*_^)
Jom membaca ....(^^)V...“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sempena Sambutan Israk dan Mikraj (10 Julai 2010, bersamaan 27hb Rejab 1431)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
“Katakan (kepada mereka), ‘Kamu lihatlah apa yang terdapat di langit dan di bumi’..”(Surah Yunus:101).
Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu. Selepas Israk dan Mikraj
Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai ke tua.
Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah)
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). Langit Pertama:Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Langit Kedua:Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
Langit Ketiga:Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. Langit Keenam:Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. Langit Ketujuh:Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumap dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang kebetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam. (Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..
Apa khabar semua..semoga ketika ini diberi kesihatan yang baik utk terus menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini...insyaAllah..tengah akak membelik-belik Solusi isu 21 kali (he3..majalah favorite akak)..ada something yang akak rasa akak perlu share dgn adik-adik yang akak sayang..tajuk di Solusi ini Berpakaian Tetapi Telanjang...cukup menggerunkan..jom kita renungkan cetusan ilmu dari Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang..semoga ada kebaikan daripadanya.....
Buat para ibu, isteri, kakak, adik2 perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak perempuannya, Rasululllah s.a.w telah memberi amaran tentang suatu sikap segolongan kaum hawa yang menjadi PENGHALANG kepada mereka utk mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkahkan kaki utk memasukinya..Nauzubillah!!
Sungguh dahsyatkan adik-adik..hu3..semoga Allah melindungi kita semua..Apakah golongan itu adik2...
Golongan yang dimaksudkan itu adalah sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan keduanya adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu boleh dihidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh". (Riwayat Muslim n0.3971).Menurut riwayat Imam Malik, ada sambungan daripada hadis ini iaitu:"...bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan". (Al-Muwatta'.no.1421)..
Subhanallah..begitu dahsyat balasan bagi golongan ini..utk mencium bau syurga pun tidak dibenarkan. lagikan utk memasukinya..Nauzubillah..Adik2 yang disayangi..semoga hadis Rasulullah s.aw ini membuka minda kita sejenak..telek-teleklah cara kita berpakaian..jgn sebab keseronokkan sementara di dunia..kita menjadi orang yang sangat rugi di akhirat sana...ketahui wahai kaum Hawa bahawa Rasulullah s.a.w tersangat sayangkan umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal selamanya...waallahualam
Salam sayang
KakSiti
notahati: baju bagaimana ingin ku pakai hari ini???
SOLAT adalah tiang, tunjang, rukun dan lambang Islam yang kekal abadi, umpama kepala kepada tubuh manusia. Solat jugak penyeri hidup, penenang jiwa, penghibur hati, penghubung antara hamba dan Tuhan, pelantar untuk roh kekasih naik ke tingkat tertinggi menikmati belaian Ilahi dan bergembira di taman suci.
Sembahyang menggabungkan kebahagiaan dua alam, alam ghaib dan alam nyata.
Solat seolah cahaya yang bersinar di dalam jiwa yang menghayatinya. Solat akan terasa indah bagi sesiapa yang menikmatinya.
Cara terbaik untuk membersihkan jiwa manusia adalah dengan solat-solat yang khusyuk. Solat yang menggilap hati, Solat yang membuang segala noda dosa dan membersihkan segala kotoran hati. Solat yang mengurniakan cahaya Iman melegakan dada dengan kedinginan taqwa.
Majoriti dari umat Islam menunaikan solat secara teknikal yang diwarisi dari org tua. Mereka membaca sesuatu, melakukan pergerakan tertentu dan merasa yakin telah menunaikan kewajipan walaupun tanpa mengetahui rahsia dan merasai kesannya.
Sebenarnya segala bacaan dan perbuatan dalam sembahyang hanyalah ibarat jasad, rohnya adalah kefahaman, tunjangnya adalah khusyuk dan tiangnya ialah kesan.
Oleh itu, kita dapat lihat kenapa kebykkan manusia tidak memperolehi apa-apa manfaat daripada sembahyang mereka. Walaupun solat, namun mereka masih tidak berhenti melakukan jenayah. Sedangkan solat yang betul pasti membersihkan jiwa dan hati serta mampu menghalang pelakunya dari dosa dan perkara yang diharamkan.
Oleh itu, perlulah kita memberi perhatian yang utama dalam menghadirkan hati ketika solat dan menjaga kekhusyukkan ketika beribadat. Agar kita dapat merasai nilai ketaatan, menuruti cahaya Allah yang akan terpancar pada diri kita dan merasai agungnya mengenali Allah.
"Orang yang sembahyang pada waktunya, dia menjaga wudu'nya serta melakukan dengan sempurna dalam ruku', sujud dan khusyuknya, sembahyang ini akan naik ke langkit dalam bentuk cahaya putih, yang terang menderang dan ia akan berkata: 'Semoga Allah memeliharamu sepertimana engkau memeliharaku'.
Orang yang sembahyang diluar waktunya dan tidak menjaga wudu'nya serta tidak melakukan dengan sempurna dalam ruku', sujud dan khusyuknya, sembahyang itu akan naik dalam bentuk cahaya yang hitam pekat dan berkata:'Semoga Allah mengabaikanmu sebagaimana engkau mengabaikanku.' Apabila ia berada ditempat yang dikehendaki Allah, sembahyang itu akan dilipat seperti baju kusam lalu ia digunakan utk memukul pelakunya."
(Hadith Anas diriwayatkan oleh al-Tabarani)
"Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Allah) dengan bersabar dan dengan mengerjakan sembahyang.." (Al-Baqarah: 153)
Di antara isu semasa yang hangat diperkatakan pada hari ini adalah bencana alam di sekitar kawasan eropah. Ada sape2 yang baca surat khabar atau tengok berita?
Kalau kita perasan, sejak dua menjak ni, byk betul gempa bumi yang berlaku diseluruh dunia. Sebelum ni akak dah tulis pun tentang kesan gempa-gempa ni kepada usia dunia. Bagi sesiapa yang belum sempat membacanya, sila browse thru archive blog JJB ni.
Hari ni, akak nak bawa adik-adik melihat peristiwa letusan gunung berapi di Iceland yang bernama Eyjafjallajokull. Gunung berapi yang ketinggian 1,666 meter ini sebenarnya terletak di kawasan beku dan dibawah lapisan ais yang tebal. Kalau adik-adik lihat gambar disebelah, begitulah rupa gunung berapi ini.
Bila tengok gambar, kita tak sangka wujudnya satu gunung berapi yang mempunyai suhu yang amat berbeza berbanding apa yang berada diluarnya.
Sebenarnya, menurut kajian dan sejarah, kali terakhir gunung berapi ini meletus (sebelum tahun 2010) adalah pada 1823. Sejak itu, gunung ini tiada peristiwa letusan sehinggalah tahun ini. Bagi tahun 2010 sahaja, gunung Eyjafjallajokull telah meletus sebanyak 2 kali -- kali kedua lebih dahsyat sehinggakan membawa kepada banjir/kenaikan paras air dikawasan sekelilingnya dan juga letupan debu-debu sehingga berkilometer tingginya.
Bila akak dengar dan baca laporan ni, akak teringat kisah gunung berapi Vesuvius di kawasan Itali sana. Bagi adik-adik yang dah pun mengikuti program Jom Jadi Bijak (JJB) atau Anda Bijak Jauhi Zina Negeri Johor, adik-adik akan paham apa yang akak maksudkan.
Sebelum ini juga, akak telah menulis satu post tentang kaum yang telah menerima azab Allah Taala pada zaman dulu, iaitu Kaum Pompeii.
Kalau kita tengok sejarah kaum yang menerima azab Allah ini, jalan ceritanya byk yang sama dengan apa yang berlaku sekarang.
Pada waktu dahulu, penduduk Pompeii yang tidak takut dengan Allah ini, malah tidak malu melakukan maksiat yang berleluasa, telah menerima balasan yang cukup dahsyat. Bila akak baca ceritanya, bila akak tahu kisah disebalik menurunan azab Allah ini, seram sejuk dibuatnya.
Jalan ceritanya lebih kurang sama.
1. Gunung berapi yang mengeluarkan asap-asap tebal, debu-debu yang beracun sehingga berbelas-belas kilometer tingginya.
- berlaku tak adik-adik? Ya.
2. Keadaan dimana langit disekeliling gunung tersebut ditutupi sehingga keadaan kelihatan seperti malam hari, tidak kelihatan warna langit yang biru.
- berlaku tak? Ya. Kalau kita tengok berita, letusan gunung berapi ini begitu dahsyat keluaran debunya sehingga sampai ke negara-negara sekelilingnya seperti United Kingdom, Frace, Denmark, Finland, Sweden dan sebagainya. Kawasan Eropah seolah-olah menjadi kawasan padang pasir, tetapi depenuhi debu.
3. Keadaan yang gelap dimana yang kelihatan hanya sambaran kilat-kilat yang bunyi guruh yang banyak dan berkali-kali.
- berlaku tak dengan peristiwa gunung berapi ini? Ya adik-adik. Keadaan di Iceland ini punya la pelik sehinggakan para scientist dari US pun tak dapat pastikan bagaimana keadaan Electric Storm ini berlaku.
Sewaktu peristiwa azab di Pompeii, kawasan yang dahulunya maju dan dikunjungi oleh manusia dari serata dunia itu telah 'hilang' di tutupi dan ditembusi debu beracun dan lava yang panas dalam masa 24 jam sahaja.
Penduduk Pompeii telah tertimbus dibawah lebih kurang 15 meter debu gunung berapi Vesuvius, sehinggakan apabila semuanya telah reda, kawasan Pompeii tidak lagi dapat dipastikan kedudukan asalnya.
Selepas beratus tahun peristiwa Pompeii ini, barulah para scientist pergi menggali di kawasan gunung tersebut dan menjumpai 'bandar' yang dahulunya terkenal.
Apa yang mereka jumpa? Manusia-manusia yang menjadi batu, ada yang masih bergigi, dalam pelbagai kedudukan. (kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca di sini (click here). But take note yang post tentang Pompeii ini adalah dalam English.
Kalau kita tengok gambar-gambar kesan daripada letupan yang berlaku di Iceland ini -- rumput tidak lagi kelihatan malah terbakar, laut bertukar warna ke kelabu, binatang ternakan mati kerana tidak dapat bernafas, dsb.
Dua hari lepas, para pengkaji di Eropah telah mengisytiharkan, dengan letusan gunung Eyjafjallajökull, sbnrnya boleh mengaktifkan gunung berapi berdekatan dengannya yang bernama Katla. Katla ni, lagi besar berkali-kali ganda berbanding Eyjafjallajökull dan jika ia meletus, lagi dahsyat kesannya.
Kalau dengan keadaan ini pun kita tak nak sedar lagi, ape nak jadi? Kalau keadaan yang jelas mcm ni pun kita buat tak tahu je, macamane dgn Iman kita sebenarnya? Allah dah tunjukkan pelbagai bukti, sebagai peringatan kepada kita, tapi ada juga golongan yang merasakan peristiwa dan bencana yang sedang berlaku di serata dunia ini tidak melibatkan kita.
Wahai kawan-kawan seperjuangan, kakak-kakak, abg-abg dan adik-adik. Marilah sama-sama kita bertaubat sebelum semuanya terlambat. Usia dunia kita ni sudah hampir ke penghujungnya. Sampai bila kita nak membutakan mata? Ayuh kita menyediakan diri untuk menghadap Allah Taala.
Semoga penulisan akak hari ini akan menjadi iktibar pada akak sendiri dan semua yang membaca. Jom kita jadi orang yang bijak, dan kekal bijak hingga ke Syurga.
Ape khabar semua? InsyaAllah semua berada dalam keadaan sehat walafiat di samping orang2 yang paling disayangi.
Rasa macam dah lamaaaaaaaaaa sangat akak tak menulis dalam blog kita ni. Ye lah, masing2 pun ade tanggungjawab masing2 kan. Tak kira lah sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai suami/isteri (bagi yang dah berkahwin), tanggungjawab kerja, sebagai ibubapa dan sebagainya.
Namun begitu, walaupun masa kita dipenuhi dengan kesibukan duniawi, kita janganlah lupa kepentingan akhirat kita. Selagi mana kita mengaku sebagai seorang Muslim, selagi itulah kita perlu memenuhi keperluan mengerjakan amar makruf nahi mungkar. Punyalah penting amar makruf nahi mungkar ni, sehinggakan ada pendapat ulama yang mengatakan, jika kita tidak mengajak orang ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran di sekeliling kita, maka kita tidak mengerjakan tanggungjawab kita sebagai orang Islam.
Bila bercakap tentang tanggungjawab asas, suka akak sentuh pasal solat.
Majority diantara masyarakat Islam zaman sekarang ni menganggap solat tu sebagai membuang masa dan menyusahkan. Sedangkan solatlah amalan pertama dan tanggungjawab pertama sebagai seorang yang mengaku Lailahailallah Muhammadur Rasulullah.
Ramai di antara kita lupa bahawa solatlah amalan PERTAMA yang akan dihisab di akhirat kelak. Bila sempurna dan lengkap solat seseorang, itu barulah Allah melihat segala amalan2 yang lain untuk dikira. Jika amalan solat tidak sempurna, Allah takkan tengok amalan2 yang lain.
Kalau kita byk bersedekah pada org fakir miskin, kalau kita tolong org yg dalam kesusahan, kalau kita penat2 puasa pada bulan Ramadhan, tapi solat kita missing sana sini, semuanya rugi je sbb Allah takkan tengok pun nanti.
Ada juga diantara masyarakat kita yang solat hanya pada hari Jumaat je. Time tu je lah yang kita lihat Masjid2 penuh dengan jamaah. Alangkah sedihnya melihat di antara golongan lelaki yang solat jumaat pun tak berusaha untuk pergi. Malah, tidak malu dengan keingkaran tersebut. Boleh lagi mereka melepak-lepak di kedai makan, boleh lagi mereka tidur dengan lena tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Kalau kita lihat situasi di Mekah dan Madinah, sejak dari zaman Rasulullah lagi, bilamana azan berkumandang, semua para peniaga berhampiran masjid akan terus meninggalkan perniagaan mereka untuk mengerjakan solat yang merupakan tanggungjawab yang lebih penting.
Tapi zaman sekarang, apa yang kita lihat?
Akak ingat dulu, kat taman akak ni, ada satu gerai yang jual cendol sedap. Kami sekeluarga selalu beli cendol kat situ. Tapi, satu hari sewaktu akak nak beli cendol untuk sekeluarga, ayah akak kata tak payah lah. Bila akak tanya kenapa, ayah akak jawab sebab dalam Islam, bila masuk waktu zuhur pada hari jumaat, jika terdapat lelaki yang tidak meninggalkan perniagaan mereka untuk solat, maka kita sebagai seorang Islam jangan bersubahat dengan menggalakkan penerusan perniagaan tersebut.
Kenapa lah ek, mereka ini lebih mementingkan hasil perniagaan dan duit daripada mendapat keredhaan dan keberkatan Allah Taala? Tidakkah mereka sedar bahawa kejayaan dan rezeki perniagaan itu semuanya datang dari Allah.
Ada juga adik-adik lelaki yang akak nampak lebih gemar melepak di shopping compleks, main kat game arcade. Ada yang sampai ’menyorok’ dalam panggung wayang, kononya sebab malu kalau org nampak tak pergi solat jumaat. Tapi wahai adik-adik, tidakkah adik2 sedar yang walau apa pun kita buat, Allah nampak. Kenapa kita boleh malu dengan org lain tapi tidak malu dengan Allah Taala?
Ada pula golongan yang sengaja melambatkan diri untuk pergi ke Masjid kerana ’malas’ nak dengar khutbah. Astaghfirullah, adik-adik.. mendengar khutbah tu salah satu rukun. Kalau miss dengar khutbah dengan sengaja, maka miss lah pahala jumaat yang berganda-ganda tu.
Hadith Rasulullah ada mengatakan bahawa bila seorang lelaki tidak pergi solat Jumaat 3 kali berturut-turut dengan sengaja, dia boleh dikategorikan sebagai murtad.
Wahai kaum adam, andalah yang bakal menjadi pemimpin agama. Anda lah yang menjadi penahanan barisan hadapan apabila menghadapi musuh Islam, andalah yang akan menjadi ketua keluarga, seorang abang yang bertanggungjawab terhadap adik-adiknya, seorang anak yang bertanggungjawab terhadap ibunya sehingga akhir hayatnya, andalah yang akan mengazankan anakmu. Dan anda jugalah yang akan menjadi para barisan mujahidin. Maka sedarlah wahai para rijal-rijal. Jika Iman tidak mantap dalam dirimu, bagaimanakah nasib Islam pada masa hadapan?
Bagi kaum hawa, bila kita nampak keadaan dimana terdapat kaum lelaki yang tak pergi solat Jumaat, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur. Janganlah kita malu untuk melakukan perkara yang baik.
Jom lah wahai adik-adik dan rakan seperjuangan. Inilah masa kita untuk bergerak membetulkan yang biasa yang membiasakan yang betul. Hari yang paling mulia dalam Islam adalah hari jumaat. Hari jumaat jugalah masa kita rehat paling lama. Ramai diantara kita mengambil masa ini untuk pergi bershopping dan lunch bersama rakan-rakan. Ambillah peluang ini untuk menegur kaum lelaki yang kita jumpa yang terang-terangan tidak pergi solat jumaat. Sekali lagi, janganlah malu untuk menegur dan melakukan kebaikan. Sesungguhnya ganjaran Allah itu lebih besar di akhirat kelak.
Jom Jadi Bijak dengan mengerjakan tanggungjawab anda!
Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu.
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isya' sebelum berangkat ketempat tidurmu.
Kau benar-benar orang yang bersyukur, Aku menyukainya.
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.
Hai Manusia, Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum betul-betul boleh mencintaimu .
Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
Dia sudah mencampakkan aku dari Syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalaskannya
Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH
Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa-masa yang kita jalani
Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menikam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua,
Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.
TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
Ayuhlah, Hai Manusia, kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki rencana-rencana hangat untuk kita.
Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.
Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dipengaruhi, aku menertawakanmu.
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu..
Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana utk berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.
Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak .
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.
Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.
Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Apa khabar semua..diharap dalam keadaan sihat selalu :)..insyaAllah..maklumlah cuaca sekarang tidak menentu, sekejap cerah sekejap hujan..tetapi igt satu perkara..sihat atau sakit itu adalah nikmat Allah kepada kita, dan tanda sayangnya Dia kepada hambanya..terima dengan hati yang terbuka..Alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini..dan akak juga masih diberikan peluang untuk terus menulis..he3..lama rasanya memdiamkan diri..hari ini terpanggil untuk berkongsi sesuatu dengan adik-adik semua..dalam duk membelek-belek internet waktu rehat pada hari Jumaat nie, akak terjumpa satu cerita yang pada akak cukup simbolik dan terpanggil untuk berkongsi dengan semua..cerita tentang keldai..let go...jom kita hayati cerita keldai nie ^________^.
Suatu hari keldai milik seorang petani jatuh ke dalam sumur. Sementara si petani, sang pemiliknya, memikirkan apa yang harus dilakukannya. Akhirnya, ia memutuskan bahawa haiwan itu sudah tua dan sumur juga perlu ditimbun karena berbahaya. Petani itu berfikir, jadi tidak bergunanya menolong si keldai ini. Ia mengajak tetangganya untuk membantunya. Mereka membawa skop dan mulai menyekop tanah ke dalam sumur. Ketika si keldai menyedari apa yang sedang terjadi, ia meronta-ronta. Tetapi kemudian, ia menjadi diam.
Setelah beberapa sekop tanah dituangkan ke dalam sumur, si petani melihat ke dalam sumur dan tercengang melihatnya.Walaupun punggungnya terus ditimpa oleh bersekop-sekop tanah dan kotoran, si keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Ia menggoncang-goncangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun ke bawah, lalu menaiki tanah itu. Si petani terus menuangkan tanah kotor ke atas punggung haiwan itu, namun si keldai juga terus mengoncangkan badannya dan kemudian melangkah naik. Si keldai akhirnya bisa meloncat dari sumur dan kemudian melarikan diri.
hurmm...apa sebenarnya simbolik di sebalik cerita keldai nie?..
Ibrah :“Kehidupan terus saja menuangkan tanah dan kotoran kepada kita, segala macam tanah dan kotoran. Cara untuk keluar dari “sumur” (kesedihan dan masalah) adalah dengan menguncangkan segala tanah dan kotoran dari diri kita (pikiran dan hati kita) dan melangkah naik dari “sumur” dengan menggunakan hal-hal tersebut sebagai pijakan. Setiap masalah-masalah kita merupakan satu batu pijakan untuk melangkah. Kita dapat keluar dari “sumur” yang terdalam dengan terus berjuang, jangan pernah menyerah. Goncangkanlah hal-hal negatif yang menimpa dan melangkahlah naik.Wallahu alam”
Akhir kata dr akak; jaga diri baik-baik, jaga iman dan jangan nakal2.. peace (^_*)
KEMPEN Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) anjuran Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM)amat dialu-alukan ketika masyarakat digemparkan dengan insiden pembuangan bayi yang seolah-olah tiada kesudahan. Setelah lebih dua dekad isu pembuangan bayi yang disyaki dilakukan oleh remaja, kempen ABJZ JIM memang tepat pada waktunya.Mengapa?
Sebahagian besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah adalah kalangan kumpulan remaja dan awal dewasa. Menurut JIM bilangan kelahiran bayi luar nikah dilakukan oleh pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) meningkat. Ini merupakan satu jumlah yang amat menggerunkan. Dalam memperkatakan ABJZ, JIM menggunakan terma zina. JIM menolak penggunaan terma seks bebas, seks rambang, hubungan luar nikah dan terlanjur. Penolakan kepada terma-terma yang menjurus kepada perspektif psikologi Barat itu adalah tindakan berani JIM.
Terma zina lebih berat keranaia merangkumi isu moral, sahsiah, hukum hakam, dosa dan hukuman di dunia dan di akhirat. Malah, zina turut diiringi dengan konsep taubat yang dapat membersihkan diri daripada dosa selagi perbuatan itu tidak diulangi.
Memang banyak pendapat dan kritikan daripada pelbagai pihak diutarakan apabila gejala pembuangan bayi mendapat liputan meluas media. Ada yang menyalahkan remaja yang tidak berupaya mengawal tuntutan nafsu, malah ada juga yang menuding jari kepada institusi keluarga yang goyah.
Pasca pemodenan
Ada juga yang mengatakan gejala pembuangan bayi kesan akibat pembangunan pasca pemodenan. Pada era globalisasi dengan kecanggihan perkembangan teknologi komunikasi turut mempengaruhi perlakuan seksual remaja. Setakat ini, JIMdengan Rumah Perlindungan Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudatus Sakinah di Sungai Buluh, Selangor dan Sungai Bakap, Pulau Pinang termasuk Kem Modal Insan Pusat Kebahagiaan Wanita Remaja (Kewaja) di Gombak dan Baitul Figh di Hulu Langat, Selangor begitu proaktif dalam mengurus remaja dan gadis-gadis malang yang trauma, ketakutan dan kebimbangan akibat keterlanjuran seksual.
Ketiga-tiga badan bukan kerajaan (NGO) itu bertungkus- lumus mengurus dan membimbing remaja serta gadis malang yang mengandung luar nikah bagi meneruskan kehidupan semasa, sewaktu dan selepas melahirkan anak menerusi pendekatan Islam.
NGO itu ternyata menzahirkan keprihatinan mereka dalam bentuk tindakan. Isu pembuangan bayi di kemuncaknya apabila berlaku kes bayi yang dibuang kemudian di bakar di tempat pembuangan sampah. Adakah persatuan-persatuan profesional dan kementerian terbabit masih dilihat lambat menangani situasi itu? Atau mungkinkah disebabkan dana kementerian atau jabatan terbabit makin berkurangan akibat kegawatan ekonomi global yang menghindar mereka daripada terus bertindak proaktif?
Realitinya, persatuan-persatuan dan agensi-agensi terbabit tidak mempunyai rumah-rumah perlindungan. Mereka juga tidak mempunyai pusat bantuan dengan kakitangan-kakitangan yang boleh mengurus remaja dan gadis mengandung luar nikah dalam masa terdekat.
Dalam keadaan mendesak dapatkah ahli persatuan, graduan profesional dan kakitangan kementerian terbabit menguruskan kes-kes kehamilan luar nikah sehingga saat mereka melahirkan anak?
Dalam memperkatakan tentang tindakan membuang bayi itu, kita mungkin terlupa malah mengenepikan sama sekali salah satu punca utama bencana musibah kehamilan luar nikah itu.Tumpuan lebih kepada bayi malang yang mati dibuang dan dosa kesilapan yang dilakukan oleh gadis yang terlanjur.
Kita alpa kepada lelaki durjana yang bertanggungjawab di atas bencana keterlanjuran seksual itu. Mereka perlu diburu, dipertanggungjawabk an di atas apa yang telah dan sedang berlaku. Tidakadil dengan hanya menyalahkan gadis perempuan yang menanggung beban penderitaan keterlajuran seksual ini. Lelaki itu wajar diheret ke muka pengadilan di atas perbuatan salah laku seksual mereka.Gadis-gadis malang itu ditinggalkan menanggung trauma mengandung luar nikah dengan sokongan sosial yang lebih banyak mencemuh, mencerca daripada membantu.
Memandangkan perbuatan zina kebanyakannya dituruti dengan pembuangan bayi dalam kalangan remaja sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi (IPT), peranan kaunselor amat penting. Di Amerika Syarikat (AS), di samping kaunselor, jawatan pekerja sosial diwujudkan di sekolah bagi meluaskan lagi peranan proses bantuan.Kepekaan, kesanggupan, kerelaan berkerjasama, memberi sumbangan dalam apa juga bentuk amat diperlukan tanpa mengharapkan pengiktirafan.
LAPORAN kes rogol bergilir-gilir kelihatannya, semakin menjadi-jadi dan membimbangkan kebelakangan ini. Selaklah akhbar-akhbar, dengarlah berita di corong radio, atau tontonlah televisyen, pasti kita akan menemukan berita 'panas' dan menyedihkan seperti ini. Kelihatannya, maruah anak gadis hari ini sangat murah harganya, lantaran begitu mudah diratah-ratah oleh golongan lelaki bernafsu binatang.
Penulis rasa begitu tersentuh hati dan sedih membaca laporan Utusan Malaysia semalam bahawa seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan 15 lelaki di Felda Sungai Klah dekat Sungkai, kelmarin. Nauzubillah! Penulis yakin bukan sahaja penulis, bahkan semua orang akan berdoa agar tidak berlaku perkara yang sama terhadap zuriat dan keluarga sendiri.
Jika diamati kronologi kebanyakan kes sebegini, terdapat banyak punca yang perlu diberikan perhatiansewajarnya oleh semua pihak. Antaranya faktor kepercayaan dan kebebasan tanpa batasan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Kononnya generasi zaman sekarang tidak boleh dikongkong dan perlu diberi ruang memilih jalan hidup sendiri. Maka, anak-anak diberikan 'lampu hijau' untuk bercampur-gaul dengan golongan rakan yang disenangi mereka. Akibatnya, anak-anak ini tersalah memilih rakan-rakan.
Sikap ingin mencuba perkara negatif di kalangan anak remaja selalunya membawa padah. Mereka terdorong untuk mencuba sesuatu yang nampak menyeronokkan sambil bergaul bersama rakan-rakan tanpa memikirkan kesan buruk hasil sikap suka mencuba itu. Dalam kes rogol beramai-ramai ini, remaja lelaki kelihatan lebih 'berani' melakukan perkara negatif dan jenayah apabila berada dalam kumpulan rakan-rakan yang ramai.
Selain itu, wujud juga faktor 'kerelaan' anak gadis dalam perlakuan seks bebas dengan rakan-rakan. Bak kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Bermula dengan aksi ringan yang kemudian mengundang kepada aktiviti seks yang lebih menyeronokkan pada mata kepala mereka. Akhirnya, mereka tumpas menjadi 'lauk' mangsa rogol teman lelaki sendiri dan rakan-rakannya.
Pengaruh gaya hidup bersosial yang terlalu terbuka seperti yang dipaparkan di Internet dan media massa banyak mempengaruhi keperibadian dan pemikiran anak remaja kini. Berpeleseran, pergaulan tanpa batas antara lelaki dan perempuan, gaya hidup mewah dan menunjuk-nunjuk, kesemua ini adalah paparan gaya hidup yang kononnya menepati trend kehidupan yang didahagai remaja masa kini.
Begitu juga sumber bahan lucah terlalu mengujakan buat anak remaja yang begitu mudah diperoleh di Internet atau di sesetengah kedai telekomunikasi. Semua ini berupaya menjadi perangsang nafsu dan mendorong mereka mencari teman dan mangsa untuk melampiaskan nafsu seksual yang membuak-buak hasil dorongan bahan lucah tersebut.
Usia remaja belasan tahun adalah peringkat remaja melalui transformasi fizikal, tahap kematangan fikiran dan bertingkah laku ke arah kedewasaan. Namun dalam masa yang sama, mentaliti dan gaya 'kanak-kanak' itu masih juga wujud dalam diri mereka. Dalam hal ini, mereka sentiasa bereksperimen dan berkonflik dengan diri sendiri untuk memilih dan menentukan jenis dan cara gaya hidup yang ingin dibentuk. Ada kalanya langkah mereka tepat, tetapi selalu juga ia tersasar daripada batasan yang digariskan oleh agama dan budaya.
Andai anak-anak ini pernah tersilap langkah, maka sebagai ibu bapa dan keluarga,sokongan moral yang padu perlulah diberikansupaya mereka tidak rasa tersisih dengan kesilapan yang dibuat.Jangan mudah menghukum mereka tanpa kompromi dan terburu-buru.
Sebagai ibu bapa, anak remaja sememangnya perlu diberikan kebebasan, tetapi toleransi yang diberi perlu mempunyai batasan yang jelas dan tegas berasaskan prinsip keagamaan, moral dan kebudayaan. Tidak salah untuk anak-anak bersahabat, tetapi kita sebagai ibu bapa berperanan besar dalam membimbing anak-anak untuk memilih sahabat mereka yang tepat.
Masyarakat sekeliling juga berperanan sebagai ejen pelengkap dalam mencegah berlakunya masalah sosial di kalangan remaja. Tegur dan cegah jika mampu andai kita terlihat perilaku anak remaja yang kelihatannya menyimpang. Atau sekiranya tidak mampu melakukannya sendiri, laporkanlah kepada pihak yang sewajarnya seperti polis.
Secara spesifik, langkah perawatan sewajarnya perlu bagi golongan remaja yang telah menjadi mangsa dalam kes rogol beramai-ramai ini. Remaja seperti ini wajar diberikan rawatan pemulihan, bimbingan kerohanian dan kaunseling supaya mereka dapat mengatasi trauma dan tekanan jangka panjang yang dilaluinya. Ia menunjukkan bahawa masih ada sokongan padu diberikan oleh keluarga dan institusi kemasyarakatan di sekeliling mereka walaupun mereka pernah tersilap langkah atau menjadi mangsa tanpa kerelaan.
Bagi mereka yang bersalah seperti perogol beramai-ramai yang tidak berperikemanusiaan ini perlu dihukum melalui saluran perundangan sebagai balasan setimpal atas sifat dan nafsu kebinatangan mereka. Seterusnya, menjadi pengajaran berguna kepada mereka dan pihak-pihak lain agar tidak sewenang-wenangnya melakukan kejahatan dan merosakkan kehidupan orang lain yang tidak berdosa.
Sebagai peringatan kepada perogol yang masih tidak sedarkan diri dan semua remaja, ingatlah setiap sesuatu yang kita lakukan pasti akan mendapat balasannya kelak. Andai baik amalan yang kita lakukan maka baiklah balasan yang akan kita terima, begitu juga sebaliknya. Itulah janji Allah SWT kepada kita sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula." (surah al-Zalzalah, ayat 7-8).
KHAIRUNNEEZAM MOHD. NOOR Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM
Assalamualaikum WRT WBT dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah, hari ini KakMyra diberi kesempatan untuk menulis dalam blog ni setelah lama menyepi. Hari ni KakMyra rasa terpanggil tuk menulis.
Akak terbaca satu article yang dikeluarkan oleh space.com tentang kesan gempa bumi di negara Chile baru-baru ini. Gempabumi sekuat 8.8 skala rektor itu sebenarnya, mengikut kajian saintifik, telah memendekkan tempoh hayat bumi kita ni.
Adik-adik dan para pembaca yang disayangi, sekarang ni, setiap hari kita dengar berita tentang gempa bumi yang mengorbankan beribu-ribu nyawa di merata tempat. Dalam minggu ni sahaja dah lebih 3, tak termasuk 'aftershock' gempa dan amaran tsunami.
Kita dengar cerita ttg gempa di Haiti pada bulan Januari dengan skala rektor 7.0 yang mengorbankan lebih dari 230,000 orang dan menyebabkan 1,000,000 orang tanpa tempat berlindung. Ini tak termasuk 52 kali aftershock gempa tersebut. Subahanallah.. begitu dahsyat sekali.
Kesan gempa bumi ini dirasai bukan sahaja di Haiti, malah di negara-negara sekeliling termasuklah Venezuela, Cuba, Jamaica, Puerto Rico dan Dominican Republic.
Bangunan yang ranap, jatuh bagaikan mainan sahaja. Jatuh menimpa mereka yang berlindung di dalam.
Allahu Akbar, begitu dahsyat azab Allah Taala, begitu hebat kuasa Allah.
Pada bulan Februari pula, kita dengar tentang gempa bumi di Chile sekuat 8.8 skala rektor. Di antara gempa paling kuat dalam sejarah sehinggakan amaran tsunami dikeluarkan pada 53 buah negara.
YaAllah. Para pembaca sekalian, kita dah makin dekat dengan qiamat.
Kalau akak listkan jumlah gempa bumi dalam tahun 2010 sahaja dah ada 6:
1. January 3 - Gempa bumi Solomon Island (skala rektor 7.1)
2. January 9 - Gempa bumi Eureka (skala rektor 6.5)
3. Janurary 12 hingga 24 - Gempa bumi Haiti (skala rektor 7.0)
4. Janurary 15 - Gempa bumi Venezuela (skala rektor 5.6)
5. February - Gempa bumi Chile (skala rektor 8.8)
6. March - Gempa bumi Taiwan (skala rektor (6.4)
Tahun 2010 ni baru mula adik-adik. Tapi dah 6 kali gempa bumi yang berlaku.
Kalau kita lihat, makin lama gempa ini makin dekat dengan kita. Jangan kita ingat bila negara kita ni berada di atas pentas sunda kita akan selamat.
Dengan keadaan masyarakat Islam kita kini yang majoritinya tidak malu melakukan maksiat, tidak takut melakukan dosa di khalayak ramai sehinggakan menjadi suatu kebiasaan, bangga dengan couple dan bercinta, bergaul terlalu bebas melebihi suami isteri. YaAllah adik-adik, kita sepatutnya takut dengan keadaan akhir zaman ini.
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah) tetapi bila mereka melakukan kederhakaan di dalam negeri itu,maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman kami) kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu)"
[Al-Israa' : 16]
Kalau kita tak ambil peduli, kita buat tak endah, kita fikir bahawa kubur kita masing-masing, jangan terkejut bilamana Allah perintahkan bala ke atas negara kita. Bila Allah turunkan azab itu, Allah tidak memilih siapa yang kena, semua akan kena. Apa yang kita perlu fikirkan sekarang ialah adakah kita termasuk didalam orang-orang yang dilindungi Allah kerana mengerjakan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar atau tidak.
"Dan tidak ada suatu negeri punc(yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab Luh Mahfuz"
(Al-Israa': 58)
Bangunlah wahai adik-adik lelaki dan perempuan. Bangkitlah wahai pemuda pemudi seperjuangan saya. Sampai bila kita nak butakan mata dengan kekuasaan Allah dan kebenaran yang sudah jelas terpampang di depan mata.
BULAN FEBRUARI 6 February Hospital Pakar Sultanah Fatimah 27 February FU-JJB Benut
BULAN MARCH 6 March FU-JJB Majidee
TAHNIAH! ANDA TELAH MENYERTAI KEMPEN JOM JADI BIJAK
FEBRUARI 2009 14 Feb Pelancaran Kempen ABJZ Peringkat Daerah Batu Pahat, UTHM [500 org] 27 Feb PUSPATRI [40 org] 28 Feb Pelancaran Kempen ABJZ Peringkat Negeri Johor, Pusat Islam Iskandar, Johor [1500 org]
MAC 2009 27 Mac SMK Permas Jaya 3 [132] 28 Mac Masjid Bandar Baru Uda [140]
APRIL 2009 4 April SMK Tg Adang, GP [226] SMK Tmn Universiti [160] 10 April SMK Tmn Daya (Siri 1) 15 April SMK Mount Austin [153] 17 April Majlis Pelancaran Peringkat Sekolah SMK Tengku Mahmod Iskandar, BP [900] 24 April SMK Tmn Daya (Siri 2) 25 April SMK Dato' Menteri, Ayer Hitam [300] SMK Dato' Ali, Pontian [200] 25 & 26 April (Pakej 29 jam) SMK Bandar Baru Uda [100] 28 April Pameran Sambutan Hari Kesihatan Kebangsaan, PERSADA Johor [1000]
MEI 2009 8 Mei SMK Sri Rahmat [500] 16 Mei SMK Dato' Ali, Pontian (L) [200] SMK Dato' Abdul Rahman Andak, Simpang Renggam [200] 20 Mei SMK Tmn Desa Jaya [140] 23 Mei SMK Batu Anam, Segamat [200] 30 Mei SMK Sri Lalang [150]
JUN 2009 4 Jun Tmn Manis Parit Raja, BP [71] 10 Jun Pusat Kesihatan Rengit, BP [81] 12 Jun MRSM Batu Pahat [145] 13 Jun PAS JB (Isteri Aktivis PAS) [145] 16 Jun SMK Pasir Gudang 3 [100] 19 Jun SMK Pasir Gudang 3 [200] Sek Tunku Abdul Rahman Putra [116] 20 Jun SMK Senai & PPD Kulai [60 pelajar + 30 guru] Staf Sokongan SMK Taman Daya [69] 29 Jun Taman Manis 2 (Wanita Dewasa) [30]
JULAI 2009 7 Julai SMK Benut, Pontian [225] 11&12 Julai(Package 29jam) SMK Cha'ah Segamat [63] 18 Julai SMK Tmn Daya [113 pelajar L] 25 Julai SMK Tmn Daya [120 pelajar P] 31 Julai SMK Tmn Damai Jaya [125] OGOS 2009 1 & 2 Ogos(Package 29jam) SMK Benut Pontian [80] 7 Ogos Pejabat JIM Muar [20] 8 Ogos SMK Bandar Maharani [100] 9 Ogos Universiti Teknologi Malaysia, Skudai [100] 15 & 16 Ogos(Package 29jam) SMK Tun Syed Nasir Ismail, JB [89] 21 Ogos SMK Tmn Pasir Putih [318]
RAMADHAN & SYAWAL
SEPTEMBER 9 @ 16 September SMK Bandar Kota Tinggi
OKTOBER 4 Oktober Penduduk Kg Parit Lapis Sri Medan (Remaja, Belia & Ibubapa) 15 Oktober SMK Bandar Tenggara 24 Oktober Sek. Men Islam Hidayah
NOVEMBER 13 November SMKA Segamat 14 November 1) SMKA JB 2) SMKA Bandar Penawar 3) SMKA Muar 20-22 November Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ledang
JANUARY 2010 6 January SM Teknik Perdagangan [404] 22 January MRSM Pontian [508]
Statistik Penyertaan (31/1/10): 12, 955 peserta
Statistik Kempen (31/1/10): 62 kempen
TAHNIAH kepada DAERAH JOHOR yang terlibat
Johor Bahru |
Pasir Gudang |
Kulaijaya |
Segamat |
Muar |
Kluang |
Batu Pahat |
Daerah Pontian