Featured Content

JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

Kerana Cinta

KERANA CINTA
Dinasyidkan oleh
InTeam & Mestica

Lagu tema Kempen Anda Bijak Jauhi Zina Negeri Johor. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari kata-kata nasyid ini InsyaAllah.

Berkawanlah dengan Penjual Minyak Wangi

METRO

KAWAN mempunyai pengaruh cukup besar dalam pembentukan nilai dan perwatakan diri. Malah, kesannya boleh jadi berpanjangan, dari zaman remaja hingga ke alam dewasa.

Sekiranya pengaruh itu berunsur positif, tiada siapa menentang, tetapi bagaimana dengan pengaruh negatif? Tiada sesiapa menidakkan kesan dan pengaruh kawan sepergaulan serta sahabat seperjalanan.


Akhir-akhir ini, pengaruh dan kesan buruk cukup menonjol, misalnya merokok, melepak dan merempit.

Di sekolah, bahkan di mana-mana institusi, perbuatan seperti itu tidak diajar, tetapi bagaimana seseorang boleh tahu merokok dan mahir merempit? Bukankah ia lahir daripada kawan?

Berkawan tidaklah salah, malah dalam Islam amat digalakkan kerana menghubungkan ikatan persaudaraan. Tetapi apakah jenis kawan yang harus didekati?

Kawan yang dianjurkan ialah kawan yang baik serta ikhlas kerana Allah. Sikap Islam terhadap faktor dan peranan ini dapat dilihat dengan jelas daripada beberapa al-Quran serta hadis.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar." (Surah at-Taubah: 119)

Orang yang bersifat benar ialah orang yang baik, berbudi bahasa, berakhlak dan mengamalkan budaya hidup terpuji, bukan orang jahat serta suka berdusta.

Ayat lain menceritakan, kawan yang bertakwa sebenarnya kekal dan bermanfaat, sementara kawan tidak bertakwa akan bermusuhan sesama sendiri.

Ini memang benar kerana kawan yang bertakwa mengenal Tuhan dan menjadikan Tuhan sebagai rujukan dalam semua perkara, manakala kawan tidak bertakwa lupa Tuhan serta demi kepentingan masing-masing bercakaran, walaupun sesama sendiri.

"Teman-teman pada masa itu setengah dengan setengah yang lain adalah musuh melainkan yang bertakwa." (Surah al-Zukhruf: 67)

Dalam satu ayat lagi, Allah menceritakan mengenai penyesalan orang yang bertemankan si jahat.

"Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia." (Surah al-Furqan: 28)

Kita sama-sama memohon perlindungan dan berharap supaya tidak termasuk golongan yang rugi bertemankan yang jahat sehingga mengakibatkan diri tersesat daripada landasan kebenaran.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Memang benar perumpamaan diceritakan itu. Apabila berkawan dengan orang baik, kita juga akan menjadi baik, tetapi jika berkawan dengan yang jahat, kita juga mungkin lambat laun serupa saja.

Walaupun kita tidak mengikut gelagat jahatnya, kadangkala tempiasnya terkena pada kita. Bukan sedikit orang yang berkawan dengan pencuri, juga dituduh mencuri, sedangkan dia tidak melakukannya.

Dalam sesetengah keadaan juga, kawan selalu diberikan keutamaan dan kepercayaan yang lebih berbanding ahli keluarga.

Malah, ada juga kawan yang dibela, manakala keluarga dicerca, sebagaimana penagih yang mahu menghilangkan ketagihannya. Kajian psikologi remaja amat jelas menunjukkan kebenaran ini.

Apa pun, tujuan berkawan sebenarnya untuk mendapatkan manfaat seperti bantuan dan perkongsian pengetahuan, bukan mencari keburukan. Perompak dan pencuri juga mencari kawan yang dapat memberikan faedah kepada dirinya.


Bayi Mati Dalam Beg Sekolah Pelajar Perempuan

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Marang, dekat sini, secara berterusan memeluk beg berdarah sepanjang berada dalam kereta gurunya ketika dibawa ke sebuah klinik kesihatan membongkar rahsia ia sebenarnya memuatkan mayat bayi perempuan.

Difahamkan, beg yang turut mengandungi peralatan sekolah itu mulanya tidak mendatangkan syak guru berkenaan sehingga ia dibuka seorang kakitangan klinik kesihatan terbabit, sekali gus membongkar tindakan pelajar tingkatan lima itu melahirkan bayi dalam tandas sekolah itu, semalam.

Bagaimanapun, tindakan pelajar berkenaan menyembunyikan bayi seberat 3.6 kilogram dalam beg itu menyebabkan bayi berkenaan meninggal dunia ketika pelajar itu ditemui guru terbabit, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata kejadian itu disedari guru wanita berkenaan sebaik menemui pelajarnya yang berusia 17 tahun itu duduk dalam keadaan bertangkup dan hampir pitam berhampiran tandas sekolah.


* Kenapalah manusia zaman skrg ni tidak takut untuk mengambil nyawa seorang manusia yang berdegup jantungnya. Bayi juga manusia yang punya perasaan. Sedangkan haiwan pun sayangkan anaknya, kenapa tidak manusia?

ABJZ@SMK Benut 29 Jam

Assalamualaikum WRT WBT dan Salam Sejahtera.

Yo yo yo adik-adik! KakMyra kini kembali mengupdate blog ABJZ Johor. Asyik tanye khabar dalam BM je, kali ni akak nak tanye khabar dalam bahasa lain pula. Kaifa Haluk (Bahasa Arab) ? Ni Hao Ma (Mandarin) ?

InsyaAllah kami semua mendoakan kesejahteraan adik2 semua. Dalam keadaan negara kita dilanda pelbagai wabak penyakit ni, kami semua mendoakan juga adik2 semua sehat2 belaka, bebas dari sebarang virus.

Kali ini, KakMyra datang lagi melaporkan program 29 jam yang telah berlangsung minggu lalu. Alhamdulillah pada 1 & 2 Ogos 2009, Team ABJZ Johor telah menjejakkan kaki ke SMK Benut Pontian. Berbekalkan 22 sukarelawan dari Kelab Belia JIM (KBJ) dan Kelab Remaja JIM (KRJ) dari 3 daerah (Pasir Gudang, JB dan Pontian), Team ABJZ telah melaksanakan program di sekolah ini tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Peserta Kempen ABJZ kali ini terdiri daripada 80 orang pelajar sekolah tersebut, termasuklah 50% daripadanya dari kalangan anak-anak orang asli.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan KBJ dan KRJ, termasuklah Paklong, Pak Lan, Pak K, Pak Arab, Cikgu Khalid, Cikgu Sham, Cikgu Sham, Abg Azan, Abg Adib, Abg Safwan, Abg Anas, Abg Bob, Abg Farok dan Abg Acap.

Tak lupa juga kepada kaum hawa: Kak Fida, Kak Myra, Kak Liza, Kak Ani, Kak Sarah, Nabihah, Shahirah dan Aisyah.

Semoga jasa kalian semua di balas oleh Allah Ta'ala dan dikira sebagai ibadah InsyaAllah.

Kepada adik2 SMK Benut, ingat pesanan Paklong hari tu: Jaga solat, sebelum buat apa2 ingat mak ayah, dan dapatkanlah keberkatan ilmu dari cikgu-cikgu.

Allah maha penyayang & Allah maha pengampun. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa adik2 & kami juga, Moga Allah beri kekuatan pada semua utk kembali ke pangkal jalan & kekuatan jua pada kami untuk meneruskan ‘tugas’ kami.

Moga Allah terima amal kita ni & hidayah Allah utk kita semua.

Penyerahan Banting ABJZ kepada pihak sekolah

Barisan para pengendali, fasilitator dan guru-guru

Kami BIJAK jauhi zina! Anda bagaimana?

Bayi Hancur Dimakan Biawak

METRO
Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my


KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.

Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.

Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam."

"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi," jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.