Bermula hari ini, Kempen Jom Jadi Bijak akan mengadakan sedikit sambutan selama seminggu, sehinggalah tarikh keramat ulangtahun perasmian kempen ini, iaitu pada 14hb Februari 2009....
Featured Content
Tanggal 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu saban tahun oleh para remaja khususnya yang sedang dilamun cinta. Pada tanggal ini si jejaka akan sibuk mencari hadiah untuk si gadis bagi membuktikan rasa kasih dah sayang, manakala si gadis pula....
Keruntuhan akhlak di kalangan generasi muda pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Mereka merupakan aset utama negara pada masa akan datang dan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya generasi muda pada hari ini tidak..

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. .....
CURRENT CONTENT
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya berbual, borak-borak kosong, bincang-bincang sikit, bertanya khabar, minum-minum….adakah itu menghampiri zina? Takkanlah nak berbual-bual pun tak boleh..itu zina ke?...
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah PERZINAAN..
Tapi ..kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu...
Mungkin hari ini, iya.... Tapi apa jaminan untuk esok..lusa...tulat..dan hari-hari seterusnya..
Mungkin esok kamu akan kecundang. ..
-----------------
Bahaya..bahaya...kamu dalam bahaya.. Kenapa mesti menempah bahaya???
Bukankah syaitan dan iblis sudah berjanji akan menyesatkan kita...Mengapakah kita mesti menjadi pengikut mereka????..Bukankah mereka ini akan memerangkap kamu...
Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik..mustahil rasanya bila sudah berdua-duaan, tiada rasa apa-apa..betulkan??? Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat-ingat, terasa rindu selalu..terasa seperti dunia ini kita yang punya..tentang si dia semuanya dilihat indah belaka...
Kemudian diatur pertemuan.. tidak cukup sekali berjumpa..akan terjadinya perjumpaan yang berkali-kali..bila sudah berjumpa..kemudian duduk berdua-dua..Kemudian mencari tempat yang sunyi sedikit...(kononnya maukan privasi)..
Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, sudah berani berpegangan tangan, duduk makin dekat...
Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam…Adakah ketika ini masih tidak sedikit pun perasan terusik???..Bermula dengan hanya berbual sahaja..berlanjutan sehingga seperti pengantin baru..Tidak bergetarkah naluri dan nafsu kita..
Tepuk dada tanyalah iman...
Masa ini..syaitan dan iblis..mengadakan parti besar-besaran..seronok meraikan kejayaan mereka dapat menipu kita....”kahhhkahh..kita menang lagi kali ini...yehhhhhh!!!!!!!”
Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran...
Mereka ini tersangatlah bijak...Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama. Nabi Adam dan Hawa. Jangan pula kita terlupa... Siapalah kita jika dibandingkan dgn Nabi Adam dan Hawa...
Amat licik iblis dan pengalamannya amat banyak. Ia ada lebih 1001 cara...kalau dengan Plan A tidak berjaya..digunakan Plan B...malah konco-konco mereka ini tidak pernah letih dan penat untuk mendampingi kita...
Ingat, pesanan Rasulullah SAW:
Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis...
Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dgn perzinaan???..Adakah syaitan dan iblis akan berhenti di situ sahaja...
Tidak!!!!...mereka tidak akan letih dan penat untuk terus menggoda kita ke langkah seterusnya.
Penghujung jalan cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai org yang bercinta telah sampai kepada daerah perzinaan dan kesengsaraan.
Renunglah wajah ayah dan ibu kita...Ibu yang melahirkan kita dalam keadaan bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!..Ayah yang bertungkus lumut memerah keringat untuk membesarkan kita....Sanggupkah kita memalukan mereka hanya tertipu dengan iblis dan syaitan yang dilaknat itu...Nampaknya cinta kita teralih arah...Budget cinta kita telah diagihkan kepada mereka yang tidak sepatutnya....
Semenjak awal penciptaan manusia..Allah telah mengingatkan manusia bahawa kita ini tidak tahan akan ujian walaupun ujian tersebut kecil...Allah mentakdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia...
Sesungguhnya manusia itu sangat lemah..namun kita diberi akal untuk mengawal hati dan nafsu kita...Adakah kita masih berfikir panjang untuk terus-terusan menghampiri zina??..Setelah melihat betapa gembiranya syaitan dan iblis apabila kita berjaya ditundukkannya...setelah melihat betapa buruknya kesan zina...Sanggupkah kita mengecewakan ibu dan ayah kita...
Jangan menghampirinya kerana bermula dengan HAMPIR sahaja akhirnya ianya akan menjurus kita ke lembah PENZINAAN..Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memelihara kita daripada menghamipri Zina...
Jadilah orang yang BIJAK JAUHI ZINA kerana ketika itu syaitan dan iblis pasti akan pening dan runsing dengan KEBIJAKSANAAN kita.
Salam Sayang,
Kak Ani
Renungan Ramadan 14
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Negara haram Israel ditubuhkan melalui mandat PBB pada 1947. Pada tahun 1947 juga, sebuah tanahair Islam lain turut tergadai sehingga hari ini.
Semasa kemerdekaan India pada 1947, negara Pakistan ditubuhkan untuk rakyat benua kecil tersebut yang beragama Islam. Setiap wilayah yang mempunyai kerajaan sendiri ketika itu diberikan pilihan sama ada mahu bergabung dengan India atau Pakistan. Bagi wilayah yang majoriti penduduknya menganut seagama dengan pemimpinnya, itu tidak menjadi masalah.
Tetapi bagi Kashmir, lebih 70% penduduknya beragama Islam manakala pemimpinnya ketika itu ialah Maharajah yang beragama Hindu. Beliau telah memilih untuk bergabung dengan India manakala majoriti penduduknya mahu bersama Pakistan. Gabenor British di India telah meminta pemilihan muktamad diadakan berdasarkan satu pungutan suara. Majlis Keselamatan PBB dalam Resolusi no 47 (1948) telah bersetuju dan dengan jelas mengarahkan supaya antara lain:
Maksudnya:
Masalah terbesar ialah, sehingga kini India enggan dan menafikan hak rakyat Kashmir untuk menentukan masa depan mereka. Sehingga kini, India tetap bertegas mengaku bahawa Kashmir adalah sebahagian dari negara India.
Sehingga kini pungutan suara yang diputuskan oleh PBB lebih 54 tahun yang lalu masih belum dapat dilaksanakan.
Sehingga kini PBB meletakkan status Kashmir sebagai ‘wilayah yang dipertikaikan’; yakni PBB sendiri tidak mengiktirafnya sebagai sebahagian daripada India. Namun, polisi ‘double standard’ PBB jelas kelihatan kerana berbeza dengan Iraq contohnya, PBB tidak pula menguat-kuasakan resolusinya sendiri.
Demikian sepintas lalu berkenaan dengan sebuah wilayah umat Islam yang dijajah, sehinggakan umatnya menjadi pelarian di tanahair sendiri. Semoga kita lebih prihatin dengan nasib yang menimpa saudara-saudara kita di tempat lain.
Marilah sama-sama kita mendo’akan Allah memberi jalan keluar terbaik bagi mereka.
Renungan Ramadan 13
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Salah satu masalah yang dihadapi oleh umat Islam kini ialah isu Palestin yang belum selesai. Kita merasa amat sedih dengan penderitaan harian yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di sana. Rumah mereka diruntuhkan, anak-anak mereka di bunuh, wanita mereka dicabuli. Ini berlaku dalam tanah air kita dan mereka. Palestin adalah tanahair kita. Bumi Baitul Maqdis adalah tanah suci Islam.Walau apa pun yang cuba disembunyikan oleh pihak zionis, Palestin adalah tanah suci Islam. Ia menjadi tanah suci Islam bukan hanya dengan isra’nya Nabi Muhammad (saw) pada tahun ke 10 kenabian. Ia menjadi bumi Islam bukan dengan penaklukannya pada zaman khalifah Umar (ra). Malah ia telah menjadi tanah air kita umat Islam sejak zaman zaman Nabi Daud (as) dan Sulaiman (as), kerana kedua-dua Nabi ini membawa agama Islam. Mereka membawa risalah tauhid dan menyeru manusia untuk tunduk dan patuh kepada Ilahi; menyerah diri atau Islam kepada Tuhan yang Maha Esa. Umat Islam kinilah yang mewarisi risalah para Nabi (as) termasuk risalah Nabi Daud (as) , Sulaiman (as) dan Muhammad (saw). Maka Palestin dan Baitul Maqdis adalah sejak asalnya tanah milik umat Islam.
Tanah ini diceroboh kini. Hanya dengan surat pendek oleh Lord Balfour pada 1917, dan mandat PBB pada 1947 negara parasit Zionis telah ditubuhkan. Pada 1922, Yahudi merupakan 11 % daripada penduduk Palestin tetapi apabila PBB menubuhkan negara Israel pada 1947 rakyat Yahudi diberikan 56% tanah Palestin. Regim haram kini merebak sehingga mereka menjajah dan menakluk sehinggakan selepas Perang Arab-Israel pertama pada 1949, mereka telah menguasai 80% dari tanah manakala 800,000 penduduk asal Palestin terpaksa menjadi pelarian.
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Namun, Allah akan memenangkan agamanya dan mewarisi bumi ini kepada orang-orang yang beriman dan beramal saleh.
Apa yang kita perlu buat ialah berusaha untuk menukar keadaan ini dengan apa juga cara yang termampu. Paling kurang kita boleh berdo’a dan memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat kita. Setidak-tidaknya kita boleh menyumbang kepada Tabung Palestin. Dan paling penting tetapi tidak terlalu sukar ialah kita menjayakan program boikot barangan Amerika.
Jika terdapat alternatif, maka tidak perlulah kita berurusan atau membeli apa juga jenama produk atau perkhidmatan yang mempunyai kepentingan Amerika; sama ada yang diimport terus atau dibuat secara berlesen atau francais oleh syarikat tempatan. Paling terkehadapan dalam bab ini ialah Mcdonalds dan Starbucks Coffee yang jelas memberi sokongan dan sumbangan kepada perjuangan zionis. Syarikat lain juga mempunyai saham dengan membayar cuka kepada kerajaan Amerika. Jika kita tidak mempunyai alternatif lain kecuali barangan Amerika, maka jadikanlah ia pilihan terakhir; buy American last.
Kita tidak mahu hasil wang yang kita berikan kepada syarikat-syarikat ini akan dibawa pulang ke Amerika dan seterusnya disalurkan kepada rejim zionis dalam bentuk senjata dan peluru untuk meratah tubuh-tubuh kerdil anak-anak kita di Palestin.
Menangkanlah mereka, ringankanlah penderitaan mereka!
Ya Allah! Musnahkanlah musuh-musuh kami dan musuh-musuhmu,
hancurkanlah kekuatan musuh dan gagalkanlah perancangan jahat mereka!
Renungan Ramadan 12
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Kembali kita kepada isu perpaduan umat seperti kita telah bincangkan dua malam lepas. Ramadan mengingatkan kita bahawa Umat Islam adalah satu. Ia umpama satu badan, seperti disebut oleh Nabi saw:
(Hadis Riwayat Muslim)
Sebahagian mereka tidak dapat merasa aman seperti yang kita rasai.
Sebahagian mereka tidak mampu menikmati sesuap makanan dalam sehari.
Sebahagian tidak mempunyai bekalan air untuk keperluan diri. Sebahagian tidak mempunyai pakaian bagi menutup aurat dengan sempurna. Anak-anak kecil kehilangan ayah, ibu kehilangan anak, keluarga kehilangan tempat perlindungan.. senarai penderitaan mereka berpanjangan..
Mereka juga manusia seperti kita. Mereka juga Muslim seperti kita. Dalam hadis yang masyhur Nabi (saw) bersabda:
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sewajarnyalah, dalam bulan solidariti umat ini, kita luangkan masa untuk menilai sumbangan kita kepada mengurangkan penderitaan saudara-saudara kita ini. Untuk sumbangan kewangan, peluang sebenarnya terbuka kerana pelbagai pertubuhan seperti Jamaah Islah Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan MERCY Malaysia ada menganjurkan Tabung Khas bagi meringankan penderitaan mereka. Setidak-tidaknya, gunakanlah kesempatan keemasan yang ada dalam saat-saat keberkatan bulan Ramadan untuk mendoakan kesejahteraan dan kemenangan bagi saudara-saudara kita kita.
Semoga kita termasuk dalam kumpulan yang tersebut oleh sabda Rasulullah (saw):
(Hadis Riwayat Muslim dan Termizi)
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Kita kini masuk ke malam ke 11 Ramadan. Ini bermakna, kita telah berada di fasa kedua Ramadan. Kita telah meninggalkan fasa “rahmat” manakala kita kini memasuki fasa “maghfirah”. Sepuluh hari yang berlalu, kita berharap rahmah, belas kasihan dari Allah. Di hari mendatang, pintu maghfirah Allah terbuka luas menunggu kepulangan hamba-hamba-Nya.
Kita perlu menilai semula, review pencapaian kita. Untuk itu, kita boleh mengambil iktibar dari sebuah kisah yang dinukilkan oleh Sheikh Said Hawa mengenai Al-Hasan bin Abul Hasan al-Bishri. Bahawa beliau ini pada suatu ketika pada bulan Ramadan berjalan melalui satu kelompok manusia yang sedang tertawa sambil bersenda gurau, kemudian al-Hasan berkata:
“Sesungguhnya Allah azzawajalla menjadikan Ramadan sebagai bahan ujian yang tersembunyi bagi seluruh makhluk-Nya. Semua orang sama berlumbalumba, atau dahulu-mendahului untuk berbuat ketaatan kepada Allah (SWT).
Setelah melalui sepertiga Ramadahan, eloklah kita berhenti sejenak, menilai prestasi kita dalam sepuluh hari yang telah berlalu. Antara soalan yang boleh kita tanyakan diri kita ialah:
- Sudahkah kita memanfaatkan sebaik-baiknya kehadiran bulan ramadan yang penuh berkat ini?
- Sudahkah kita cuba sedaya upaya mencantikkan puasa kita?
- Sudahkan kita memastikan anak-isteri-suami dan seluruh keluarga kita sama-sama menikmati keberkatan Ramadan ini?
- Sudahkah kita mencapai tahap minimum pembacaan al-Quran setiap hari? Jika standard kita ialah satu juzuk sehari, maka kini sepatutnya kita telah melebihi sepuluh juzuk.
- Sudahkan kita memastikan sunat-sunat puasa seperti bersahur disempurnakan?
- Sudahkah kita memastikan kita tetap istiqamah dengan solat tarawih dan berazam untuk meneruskannya ke hujung Ramadan?
- Sejauh manakah Ramadan kita tahun ini lebih baik dari Ramadan yang lepas?