Bermula hari ini, Kempen Jom Jadi Bijak akan mengadakan sedikit sambutan selama seminggu, sehinggalah tarikh keramat ulangtahun perasmian kempen ini, iaitu pada 14hb Februari 2009....
Featured Content
Tanggal 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu saban tahun oleh para remaja khususnya yang sedang dilamun cinta. Pada tanggal ini si jejaka akan sibuk mencari hadiah untuk si gadis bagi membuktikan rasa kasih dah sayang, manakala si gadis pula....
Keruntuhan akhlak di kalangan generasi muda pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Mereka merupakan aset utama negara pada masa akan datang dan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya generasi muda pada hari ini tidak..

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. .....
CURRENT CONTENT
4:59 PM
Menurut Md Izuddin, antara kes pernah ditanganinya ialah anak seorang ahli perniagaan yang menjadi mangsa abang kandung selepas berparti di kediaman mereka. Beliau berkata, ibu bapa mereka ke luar negara dan anak mengambil kesempatan mengadakan parti, termasuk mengambil minuman keras.“Apabila sedar daripada tidur keesokan hari, si adik mendapati abangnya tidur bersebelahan dan berlaku sumbang mahram. Bagaimanapun, perkara terbabit didiamkan bagi menjaga nama baik keluarga.“Satu lagi kes membabitkan bapa dengan anak. Alasan diberi bapa ialah dia yang membesarkan anaknya dan antara cara balasan budi selama ini ialah dengan mengadakan hubungan seks bersama,” katanya.
Metro Ahad 15/11/2009
6:29 PM
KUALA TERENGGANU: Penduduk kampung Budiman, Batu Buruk di sini gempar dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki di dalam Surau Budiman petang ini. Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui bilal surau berkenaan, Mohamed Embong, 60, yang datang datang pada jam 4.10 petang untuk melaungkan azan dan menunaikan solat Asar. Katanya, semasa beliau membuka pintu surau, beliau ternampak satu benda seperti anak patung dibungkus dengan sehelai tuala yang diletakkan di tengah dewan pelbagai guna surau itu.
"Setelah diperiksa saya terkejut mendapati benda yang disangkakan anak patung itu adalah mayat seorang bayi lelaki," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Mohamed berkata, beliau yakin mayat bayi itu diletakkan di situ selepas waktu Zohor kerana semasa beliau datang untuk mengerjakan solat Zohor dewan itu masih kosong. Katanya, beliau terus menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mhd Khani Mhd Biku, memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi itu.
Mohd Khani, 57, ketika ditemui, berkata beliau berada di pusat Dewan Undangan Batu Buruk tidak jauh dari surau berkenaan semasa dihubungi Mohamed. "Saya kemudiannya terus menghubungi polis," katanya. - Bernama
10:56 PM

8:01 PM
KUALA TERENGGANU 2 Nov. - Penduduk Kampung Banggol di Permaisuri, Setiu terkejut apabila kepala seorang bayi yang sudah berulat ditemui dalam sebuah tong sampah di kampung itu awal pagi ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, seorang penduduk kampung berkenaan keluar membuang sampah dan menemui kepala bayi tersebut dalam tong sampah itu.Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, selepas menemui kepala tersebut, penduduk kampung berkenaan membuat laporan di Balai Polis Permaisuri kira-kira 45 minit kemudian. Berikutan laporan itu katanya, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu diarahkan ke tempat kejadian.
''Pasukan forensik hanya menemui kepala bayi yang dipercayai sudah berusia seminggu berdasarkan keadaannya yang berulat di dalam tong sampah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, pihak polis masih menyiasat mengenai punca kematian bayi tersebut.
Katanya, seorang wanita berusia 41 tahun dipercayai ibu bayi berkenaan ditahan di rumahnya di Kampung Banggol kira-kira pukul 3.30 pagi ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.''Wanita berkenaan yang sebelum ini merupakan seorang ibu tunggal telah rujuk semula dengan bekas suaminya beberapa bulan lalu.''Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," ujarnya. Sementara itu beliau berkata, kes rogol di negeri ini menunjukkan peningkatan dengan 140 kes dilaporkan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini berbanding 128 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas. Beliau meminta ibu bapa meningkatkan pemantauan ke atas anak-anak mereka terutama dalam musim cuti persekolahan tidak lama lagi.
''Jangan biarkan mereka terlalu bersosial dan pastikan mereka tidak keluar pada waktu malam bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku," ujarnya.
11:37 PM
Pemeliharaan kehormatan nasab (keturunan ) itu menjadi antara lima objektif penting (Al-Kuliyyatul Khams) bagi agama Islam, maka ia dengan sepenuh ketegasan melarang umatnya daripada melakukan zina. Kenapa? Kerana ZINA adalah perbuatan sangat keji, hina menurut pandangan Allah dan Rasul-NYA manakala mereka yang melakukannya mendapat dosa besar.
Agar terhindar dari zina, Allah SWT sekali lagi menegah hamba-hamba-NYA daripada terjebak kepada ‘mukhadimah’ atau ‘perkara-perkara’ yang menjadi pendahuluan zina. Mukhadimah zina merujuk kepada pergaulan bebas tanpa batasan, berkhayal dan berimaginasi perkara-perkara lucah, membaca bacaan lucah, melihat gambar atau VCD lucah, menonton filem porno, berdua-duaan di tempat sunyi, berdating tanpa mahram, berpegangan tangan, berpelukan dan berciuman. Inilah yang disebutkan mukhadimah zina yang mana akhirnya bakal mencetuskan zina yang hina-dina.
Firman Allah: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesunguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk". (al-Isra: 32).
Kerana jahil dan lemah iman, ramai yang beranggapan pertunangan adalah 'lesen' untuk melakukan adegen-adegen yang ‘ringan’ sebagimana yang dinyatakan di atas tadi. Ampun maaf, banyak kes penzinaan berlaku di dalam fasa pertunangan. Sikap meremehkan yang ‘ringan-ringan’ itu hasilnya membuahkan penyakit-penyakit hati yang baru. Al-Fadhil Ustaz Zaharuddin mencatatkan di dalam artikelnya seperti berikut: Ia berdalilkan firman Allah SWT: Ertinya“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya”. (al-Baqarah:10).
BENCANA AKIBAT ZINA
Maka sesiapa yang membiarkan ikatan pertunangan dan era mudanya dicerami dengan ‘ringan-ringan’ dan zina, ia membenihkan penyakit yang serius dalam hati. Tanpa taubat yang sebenar, Allah SWT akan membiakkan lagi peluang dan ruangnya untuk menjadi orang yang celaka, dan mendapat keluarga yang bakal runtuh, kecoh dan hancur. Keluarga yang berpotensi melahirkan suami yang bermain kayu tiga, isteri bercinta dan zina dengan rakan sekerja, anak yang menjadi penzina muda di sekolah dan lain-lain bencana keluarga yang pastinya diakhiri dengan penceraian dan penderitaan anak-anak. Matinya si ibu dan bapa ini kelak, mungki diiringi dengan celaan atau sorakkan oleh anak-anak peninggalannya. Ohh..sungguh menakutkan.
Andai benar-benar ingin menjadi umat Nabi Muhammad SAW, maka jauhilah zina. Berjanjilah sepenuh hati untuk sedaya upaya menjauhi zina termasuklah segala mukhadimahnya. Rasulullah SAW, ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sabahat lelaki dna perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.
Allah memberi amaran, bahawa balasan-NYA ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-NYA. Di dalam wahyu-Nya yang suci Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina, hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.
Firman Allah : “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera, Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya , satu golongan daripada orang Mukmin.” (an-Nur:2).
Pernahkan anda terbaca bagaimana Amirul Mukminim, Syaidina Umar al-Khattab r.a telah menjalankan sendiri hukuman sebat ke atas anak lelakinya yang terjebak dengan zina?. Ya, sememangnya dugaan yang maha besar. Namun, dia akur dan pasrah pada kehendak Allah dari kehendak dirinya sendiri. Begitulah kepatuhan beliau yang tuntas kepada Allah dan Rasul-NYA walaupun melibatkan anak beranaknya sendiri. Dia telah meletakkan hukum Allah di atas segala-galanya. Redha Allah untukmu duhai al-Faruq!.
Thabrani’an Ibni Ababs meriwayatkan, daripada hadis Rasullullah SAW, BAginda bersabda ‘ Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah kepadanya, dan ia berkekalan dalam neraka”.
Menurut satu riwayat, Rasulullah bersabda: “Takutlah kamu berbuat zina, kerana bagi orang yang mengerjakan perbuatan zina itu, akan diberi enam macam bala oleh Allah. Tiga daripadanya seksa sewaktu berada di dunia, iaitu mengurangkan rezekinya, menghilangkan keberkatan umurnya, sewaktu dicabut nyawanya kelak, tidak ada rahmat dan belas kasihan terhadap dirinya”..
Oleh : Amal Islamy (Anis Oktober 2009).
