Bermula hari ini, Kempen Jom Jadi Bijak akan mengadakan sedikit sambutan selama seminggu, sehinggalah tarikh keramat ulangtahun perasmian kempen ini, iaitu pada 14hb Februari 2009....
Featured Content
Tanggal 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu saban tahun oleh para remaja khususnya yang sedang dilamun cinta. Pada tanggal ini si jejaka akan sibuk mencari hadiah untuk si gadis bagi membuktikan rasa kasih dah sayang, manakala si gadis pula....
Keruntuhan akhlak di kalangan generasi muda pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Mereka merupakan aset utama negara pada masa akan datang dan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya generasi muda pada hari ini tidak..

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. .....
CURRENT CONTENT
Alhamdulillah, kini telah masuk bulan ke 6 Kempen ABJZ peringkat Negeri Johor telah dilaksanakan dengan jumlah 35 kempen diseluruh negeri Johor yang melibatkan 8.298 peserta dari pelbagai sekolah dan institutsi pengajian tinggi.
Pada 30 Julai 2009, Team ABJZ Johor telah mengadakan satu lagi sesi training (TOT) untuk para fasilitator yang akan bersama-sama dalam pakej ABJZ 29 jam.
Kehadiran pada TOT ini amatlah dihargai dan semoga usaha yang kerdil seumpamanya ini dan pengorbanan serta usaha kita diberkati Allah hendaknya. Jazakumullahu Khairan Kathira diatas kerjasama semua.
Kami mengharapkan berkat doa semua pihak di atas kejayaan dan keberkesanan program kali ini. Segala yang baik itu daripada Allah Ta'ala, dan kekurangan itu dari kelemahan pihak kami sendiri.
Bersama Mohd Zawawi Yusoh
SILATURAHIM adalah satu sunnah yang tidak lagi diminati masyarakat hari ini.
Buktinya ada di mana-mana. Wujudnya kejengkelan terhadap silaturahim bermula daripada diri individu seterusnya melanda kepada institusi kekeluargaan.
Ada banyak kes pada hari ini menunjukkan silaturahim bsukanlah suatu ikatan yang diutamakan dalam diri setiap individu.
Antaranya, kes pembunuhan ibu atau bapa oleh anak-anak, suami membunuh isteri yang sedang menyusukan anak, isteri membunuh suami yang curang dan juga cucu membunuh nenek atau datuk.
Malah, yang paling menyayat hati seorang ibu sanggup menggugurkan anak yang dikandung dan jika lahir pun, bayi itu sanggup dibuang merata-rata laksana sampah yang tiada nilainya.
Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang berkualiti.
Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati.
Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 1, bermaksud: “Dan takutlah kepada Allah yang minta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu.”
Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah. Ibu bapa juga adalah orang yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian darah.
Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang maha besar dari Allah sebagai orang yang harus dihormati kerana jasa mereka sejak kita dalam kandungan sehingga dewasa.
Malah, sehingga kita mati pun, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu bapa tak akan pernah putus. Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan kebeningan hati ibu bapa.
Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara.
Pernah diceritakan pada zaman nabi mengenai jasa seorang ibu membesarkan anaknya.
Kisah ini berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah.
Ada seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia amat keletihan.
Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: “Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?”
Ibnu Umar menjawab: “Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya.”
Selain ibu bapa, kita juga harus menjaga silaturahim sesama jiran. Jiran tetangga adalah kerabat paling hampir dengan keluarga kita.
Malah, hubungan rapat dan mesra yang terjalin kadangkala melebihi sanak-saudara yang mempunyai pertalian darah dengan kita.
Allah memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama ada jiran tetangga yang dekat atau jauh.
Ini jelas sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisaa’, ayat 36, bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya.”
12:51 AM
ABJZ Semakin Rancak di Johor
Zulkifli Khair
PONTIAN, 7 Julai – Suatu program kesedaran kendalian Dr Shaharuddin Mohd Said telah berjaya dilangsungkan di SMK Benut di sini. Kempen “Anda Bijak Jauhi Zina” (ABJZ) yang bermula pada jam lapan pagi dan berlangsung selama empat jam itu dihadiri kira-kira 250 orang pelajar dari tingkatan satu hingga lima yang rata-rata dari kelas E dan F.
“Saya tidak sangka ada pelajar tingkatan satu yang hadir. Sepatutnya, ia dihadiri oleh pelajar menengah empat dan lima,” jelas Shaharuddin. “Pada awalnya ada yang kelihatan dipaksa hadir, lalu kami sediakan beberapa aktiviti seperti permainan.” Menurut beliau, kempen ABJZ bukanlah bersifat monotonous dengan pengisian ceramah semata-mata.
ABJZ tajaan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Johor membabitkan dua pakej program: Program selama 4 jam dan program selama 29 jam (membabitkan dua hari). Buat masa ini, ia lebih difokuskan kepada golongan remaja. Antara sekolah yang pernah terlibat termasuklah SMK Permas Jaya 3, SMK Dato' Menteri (Ayer Hitam), SMK pasir Gudang 3, MRSM Batu Pahat, SMK Batu Anam (Segamat) dan banyak lagi.
Program ini turut berjaya menarik golongan dewasa sebagaimana yang diadakan untuk sebuah kumpulan Yasin kaum wanita. Malah, ia pernah juga dihadiri golongan bukan Islam sepertimana pada 19 Jun lalu di SMK Tunku Abdul Rahman Putra (STARP). Dalam kempen tersebut, seramai 116 pelajar prauniversiti menyertainya termasuk 39 orang bukan Islam.
Sehingga 3 Julai 2009, seramai 7,788 orang telah menyertai kempen ABJZ membabitkan 31 kempen. Bermula hujung minggu ini (11 Julai 2009) hinggalah ke bulan Ogos, pihak sekretariat sudah pun menerima lapan tempahan daripada pihak sekolah dan masyarakat kampung bagi mengadakan kempen ABJZ di tempat mereka.
Dua objektif utama kempen ABJZ adalah:
- Memberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang punca dan perkara-perkara yang membawa seseorang itu terjebak dengan gejala zina.
- Mengendalikan satu program untuk generasi muda bagi membina jati diri, seterusnya boleh dijadikan panduan untuk membentengi diri daripada terlibat dengan gejala sosial khususnya zina.
Kempen ABJZ dilancarkan secara besar-besaran di peringkat negeri Johor pada 28 Februari 2009 di Pusat Islam Iskandar. Johor tidak terlepas daripada masalah zina yang kronik. Dianggarkan seramai lapan bayi luar nikah dilahirkan setiap hari di negeri Johor Darul Takzim pada masa ini. Maklumat lanjut lagi terkini mengenai ABJZ boleh diakses di http://abjzjohor.blogspot.com/.
6:42 AM
Assalamu’alaikum WRT WBT dan Salam Sejahtera.
Hi adik2 semua! KakMyra here again! Ish, lagi2 muka kakmyra ek kat blog nih. Tapi nak buat mcmana, dah mmg tanggungjawab. Jadi InsyaAllah dalam masa akan datang pun akan nmpk lagi muka akak di sini *wink*.
Apa khabar adik2 semua? Di doakan semua sihat2 belaka, dan sentiasa gembira disamping keluarga tersayang.
Bagi yang baru datang, selamat datang. Semoga kita semua disatukan dibawah naungan dan Rahmat Allah Ta'ala. Bagi adik2 yang pernah join kempen ABJZ negeri Johor ini, selamat bersua kembali.. Ingat akak lagi tak? Itu pun kalau akak pernah datang ke tempat adik2 lah ye. Adik2 semua masih aktif menjadi duta kempen ABJZ? Harapnya begitulah. Jangan kita putus menyebarkan ilmu ya.
Alhamdulillah baru-baru ini, pelayaran ABJZ JIM Johor pada 11-12 Julai di Sek Men Cha'ah Segamat telah selamat berlabuh tanpa sebarang kecederaan. Pada pelayaran yang berlangsung selama 29jam kali ini disertai oleh 63 peserta dikalangan adik laki2 dan perempuan.
Dapatlah kami team ABJZ Johor melangkah kaki ke bumi Cha'ah buat pertama kali.
Hari ini dah hari kedua program di SMK Cha'ah selesai, apa khabar adik2 di sana? Masih gagah? InsyaAllah.. Di doakan adik2 semua masih bersemangat dan masih kuat mengharungi ujian hidup. Apa yang penting? Bak kata KakFida, "Yang penting kita perlu biasakan apa yang betul dan betulkan benda yang biasa"
Disini, sekali lagi kami team ABJZ Johor ingin memohon kemaafan pada pihak sekolah jika terdapat kekurangan dari pihak kami. Segala yang baik itu datang dari Allah Ta'ala dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kami sendiri.
Akhir sekali jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Seramai 9 fasi lelaki & 8 Fasi perempuan yang mana hampir 70 % terdiri dari kalangan penggerak KBJ dan alumni pgm2 KBJ Johor.
Jzkk & Tahniah kepada TEAM ABJZ/KBJ/KRJ : Pak Long, Pak K, Safwan, Saleh, Faizal, Wan, Al-Azahari, Yusuf ( sri medan ), Anas , Fida, Myra, Anie, Lia, Sahrah, Ina, Yati, Mia dan juga semua yang telah mendoakan kejayaan program ini.
Jzkk, semoga Allah memberkati usaha kita semua dan menerimanya sebagai ibadah InsyaAllah.
6:32 AM
Kempen ABJZ Johor telah diteruskan di STARP, Kulai Johor.
Tarikh: 19 Jun 2009
Bil Peserta: 116 (Tingkatan 6)
Team ABJZ:
Pn Hjh Sumilah
KakFida
KakMyra
Kak'Abyd
Abg 'Asim