Friday, March 26, 2010
1:18 AM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Apa khabar semua..diharap dalam keadaan sihat selalu :)..insyaAllah..maklumlah cuaca sekarang tidak menentu, sekejap cerah sekejap hujan..tetapi igt satu perkara..sihat atau sakit itu adalah nikmat Allah kepada kita, dan tanda sayangnya Dia kepada hambanya..terima dengan hati yang terbuka..Alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini..dan akak juga masih diberikan peluang untuk terus menulis..he3..lama rasanya memdiamkan diri..hari ini terpanggil untuk berkongsi sesuatu dengan adik-adik semua..dalam duk membelek-belek internet waktu rehat pada hari Jumaat nie, akak terjumpa satu cerita yang pada akak cukup simbolik dan terpanggil untuk berkongsi dengan semua..cerita tentang keldai..let go...jom kita hayati cerita keldai nie ^________^.
Suatu hari keldai milik seorang petani jatuh ke dalam sumur. Sementara si petani, sang pemiliknya, memikirkan apa yang harus dilakukannya. Akhirnya, ia memutuskan bahawa haiwan itu sudah tua dan sumur juga perlu ditimbun karena berbahaya. Petani itu berfikir, jadi tidak bergunanya menolong si keldai ini. Ia mengajak tetangganya untuk membantunya. Mereka membawa skop dan mulai menyekop tanah ke dalam sumur. Ketika si keldai menyedari apa yang sedang terjadi, ia meronta-ronta. Tetapi kemudian, ia menjadi diam.

Setelah beberapa sekop tanah dituangkan ke dalam sumur, si petani melihat ke dalam sumur dan tercengang melihatnya.Walaupun punggungnya terus ditimpa oleh bersekop-sekop tanah dan kotoran, si keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Ia menggoncang-goncangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun ke bawah, lalu menaiki tanah itu. Si petani terus menuangkan tanah kotor ke atas punggung haiwan itu, namun si keldai juga terus mengoncangkan badannya dan kemudian melangkah naik. Si keldai akhirnya bisa meloncat dari sumur dan kemudian melarikan diri.
hurmm...apa sebenarnya simbolik di sebalik cerita keldai nie?..
Ibrah : “Kehidupan terus saja menuangkan tanah dan kotoran kepada kita, segala macam tanah dan kotoran. Cara untuk keluar dari “sumur” (kesedihan dan masalah) adalah dengan menguncangkan segala tanah dan kotoran dari diri kita (pikiran dan hati kita) dan melangkah naik dari “sumur” dengan menggunakan hal-hal tersebut sebagai pijakan. Setiap masalah-masalah kita merupakan satu batu pijakan untuk melangkah. Kita dapat keluar dari “sumur” yang terdalam dengan terus berjuang, jangan pernah menyerah. Goncangkanlah hal-hal negatif yang menimpa dan melangkahlah naik. Wallahu alam”

Akhir kata dr akak; jaga diri baik-baik, jaga iman dan jangan nakal2.. peace (^_*)
salam sayangKakSiti
Monday, March 22, 2010
2:30 AM
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my2010/03/21
KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.
Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara. Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.
Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa. Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes). Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah). “Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran. “Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.
Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah. “Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN. “Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod. “Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.
Sunday, March 21, 2010
10:58 PM
IPOH: Menyedihkan apabila seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan menggigil kesejukan ketika hujan lebat selepas ditinggalkan dekat kawasan pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh, di sini, petang kelmarin

KASIH...Omar mencium bayi yang ditemui dibuang dalam semak semalam
Bayi perempuan seberat 2.8 kilogram cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya masih bertali pusat ditinggalkan dalam semak di belakang sebuah pasar raya besar, di sini. Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, bayi itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 5.30 petang.
“Bayi ini dipercayai baru dilahirkan dan ketika dijumpai berada dalam keadaan pucat dan menggigil kesejukan kerana ditinggalkan dalam hujan lebat.
“Bayi ini juga ditemui dalam keadaan lemah akibat ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama sehingga tidak mampu menangis,” katanya.
Katanya, bayi malang itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan untuk rawatan sebelum tindakan lanjut diambil. Bayi itu dilihat mengalami luka dan calar di muka dan kepalanya mungkin akibat dihurung semut.
Sementara itu, Timbalan Pengarah HRPB, Dr Rahimi Goon berkata, bayi itu dihantar ke hospital berkenaan kira-kira jam 8 malam. “Pemeriksaan mendapati bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan dan kini ditempatkan di wad,” katanya selepas melawat bayi berkenaan bersama Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad.
harian metro online:220310
Alhamdulillah, pada 14hb Mac 2010 yang lalu, Kelab Belia JIM (KBJ) Johor telah mengadakan program Karnival Sukan & Anugerah Belia Bijak 2010 bersama Kelab Belia 4B (KB4B) Felda Taib Andak Kulaijaya. Program ini merupakan program susulan yang kedua kepada peserta Jom Jadi Bijak Felda Taib Andak. Program bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.
Antara aktiviti yang diadakan dalam program tersebut ialah perlawanan futsal & bola jaring antara pasukan dari KBJ Johor dengan pasukan KB4B Felda Taib Andak

Dalam perlawanan futsal KBJ Johor menghantar 2 pasukan sementara KB4B menghantar 3 pasukan. Pasukan FTA B berjaya menjadi juara & naib juara adalah pasukan FTA C.

Sementara dalam perlawanan bola jaring pula, 1 pasukan dari KBJ Johor dan 2 pasukan dari KB4B. Alhamdulillah
pasukan KBJ Johor berjaya menjadi naib juara.
Selepas perlawanan futsal dan bola jaring, aktiviti diteruskan dengan acara sukaneka. Kemudian peserta berehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti seterusnya iaitu Anugerah Belia Bijak dan penyampaian hadiah.

Majlis Anugerah Belia Bijak & penyampaian hadiah diadakan di Balairaya.
Majlis penyampaian sijil dan hadiah ini telah dipengerusikan oleh Saudara Mohd Said (Setiausaha KBJ Johor) merangkap Pengarah Program Karnival Sukan & Anugerah Belia Bijak 2010. Majlis anugerah dimulakan dengan ucapan dari Penghulu Felda Taib Andak, Hj Hanafiah dan diikuti ucapan dari Pengerusi Kelab Belia 4B Kulaijaya, Cikgu Ismail . Dalam ucapan mereka, mereka sangat mengharapkan agar KBJ Johor atau JIM dapat mengadakan aktiviti dan program bersama belia Felda Taib Andak secara berterusan. Dan seterusnya ucapan dari Pengarah KBJ Johor, Hj Aminuddin. Dalam ucapannya itu, dimaklumkan jadual aktiviti susulan setiap bulan sepanjang tahun 2010 bersama Kelab Belia 4B Felda Taib Andak.

Kemuncak program ialah penyampaian sijil kepada peserta-peserta Jom Jadi Bijak yang telah diadakan di Tiram Indah Village , Ulu Tiram pada bulan Dis 2009 yang lalu . Majlis berakhir dengan acara penyampaian hadiah oleh Encik Hadzir, selaku Pengerusi Kelab Belia 4B Felda Taib Andak, kepada juara dan naib juara futsal, bola jaring serta kumpalan yang mendapat mata tertinggi dalam acara sukanneka.

Bagi pihak KBJ Johor, jazakallahu khairan kathira kepada semua warga JIM samaada negeri atau daerah yang telah banyak membantu atau turut serta bersama-sama dalam program ini. Semoga usaha yang dilakukan ini menambahkan lagi ruang untuk kita beramal kepada masyarakat dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Salam kasih: Khalid Liman@ Pak Kay
Monday, March 15, 2010
1:19 AM

KEMPEN Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) anjuran Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM) amat dialu-alukan ketika masyarakat digemparkan dengan insiden pembuangan bayi yang seolah-olah tiada kesudahan. Setelah lebih dua dekad isu pembuangan bayi yang disyaki dilakukan oleh remaja, kempen ABJZ JIM memang tepat pada waktunya.Mengapa?

Sebahagian besar daripada
mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah adalah kalangan kumpulan remaja dan awal dewasa. Menurut JIM bilangan kelahiran bayi luar nikah dilakukan oleh pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) meningkat. Ini merupakan satu jumlah yang amat menggerunkan. Dalam memperkatakan ABJZ,
JIM menggunakan terma zina. JIM menolak penggunaan terma seks bebas, seks rambang, hubungan luar nikah dan terlanjur. Penolakan kepada terma-terma yang menjurus kepada perspektif psikologi Barat itu adalah tindakan berani JIM.
Terma zina lebih berat kerana ia merangkumi isu moral, sahsiah, hukum hakam, dosa dan hukuman di dunia dan di akhirat. Malah, zina turut diiringi dengan konsep taubat yang dapat membersihkan diri daripada dosa selagi perbuatan itu tidak diulangi.
Memang banyak pendapat dan kritikan daripada pelbagai pihak diutarakan apabila gejala pembuangan bayi mendapat liputan meluas media. Ada yang menyalahkan remaja yang tidak berupaya mengawal tuntutan nafsu, malah ada juga yang menuding jari kepada institusi keluarga yang goyah.
Pasca pemodenan

Ada juga yang mengatakan gejala pembuangan bayi kesan akibat pembangunan pasca pemodenan.
Pada era globalisasi dengan kecanggihan perkembangan teknologi komunikasi turut mempengaruhi perlakuan seksual remaja. Setakat ini,
JIM dengan Rumah Perlindungan Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudatus Sakinah di Sungai Buluh, Selangor dan Sungai Bakap, Pulau Pinang termasuk Kem Modal Insan Pusat Kebahagiaan Wanita Remaja (Kewaja) di Gombak dan Baitul Figh di Hulu Langat, Selangor begitu proaktif dalam mengurus remaja dan gadis-gadis malang yang trauma, ketakutan dan kebimbangan akibat keterlanjuran seksual. Ketiga-tiga badan bukan kerajaan (NGO) itu bertungkus- lumus mengurus dan membimbing remaja serta gadis malang yang mengandung luar nikah bagi meneruskan kehidupan semasa, sewaktu dan selepas melahirkan anak menerusi pendekatan Islam.
NGO itu ternyata menzahirkan keprihatinan mereka dalam bentuk tindakan. Isu pembuangan bayi di kemuncaknya apabila berlaku kes bayi yang dibuang kemudian di bakar di tempat pembuangan sampah. Adakah persatuan-persatuan profesional dan kementerian terbabit masih dilihat lambat menangani situasi itu? Atau mungkinkah disebabkan dana kementerian atau jabatan terbabit makin berkurangan akibat kegawatan ekonomi global yang menghindar mereka daripada terus bertindak proaktif?
Realitinya, persatuan-persatuan dan agensi-agensi terbabit tidak mempunyai rumah-rumah perlindungan. Mereka juga tidak mempunyai pusat bantuan dengan kakitangan-kakitangan yang boleh mengurus remaja dan gadis mengandung luar nikah dalam masa terdekat.
Dalam keadaan mendesak dapatkah ahli persatuan, graduan profesional dan kakitangan kementerian terbabit menguruskan kes-kes kehamilan luar nikah sehingga saat mereka melahirkan anak?
Dalam memperkatakan tentang tindakan membuang bayi itu, kita mungkin terlupa malah mengenepikan sama sekali salah satu punca utama bencana musibah kehamilan luar nikah itu. Tumpuan lebih kepada bayi malang yang mati dibuang dan dosa kesilapan yang dilakukan oleh gadis yang terlanjur.
Kita alpa kepada lelaki durjana yang bertanggungjawab di atas bencana keterlanjuran seksual itu. Mereka perlu diburu, dipertanggungjawabk an di atas apa yang telah dan sedang berlaku. Tidak adil dengan hanya menyalahkan gadis perempuan yang menanggung beban penderitaan keterlajuran seksual ini.
Lelaki itu wajar diheret ke muka pengadilan di atas perbuatan salah laku seksual mereka. Gadis-gadis malang itu ditinggalkan menanggung trauma mengandung luar nikah dengan sokongan sosial yang lebih banyak mencemuh, mencerca daripada membantu.
Memandangkan perbuatan zina kebanyakannya dituruti dengan pembuangan bayi dalam kalangan remaja sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi (IPT), peranan kaunselor amat penting. Di Amerika Syarikat (AS), di samping kaunselor, jawatan pekerja sosial diwujudkan di sekolah bagi meluaskan lagi peranan proses bantuan. Kepekaan, kesanggupan, kerelaan berkerjasama, memberi sumbangan dalam apa juga bentuk amat diperlukan tanpa mengharapkan pengiktirafan.
Persoalannya, sanggupkah kita?