Bermula hari ini, Kempen Jom Jadi Bijak akan mengadakan sedikit sambutan selama seminggu, sehinggalah tarikh keramat ulangtahun perasmian kempen ini, iaitu pada 14hb Februari 2009....
Tanggal 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu saban tahun oleh para remaja khususnya yang sedang dilamun cinta. Pada tanggal ini si jejaka akan sibuk mencari hadiah untuk si gadis bagi membuktikan rasa kasih dah sayang, manakala si gadis pula....
Keruntuhan akhlak di kalangan generasi muda pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Mereka merupakan aset utama negara pada masa akan datang dan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara.
Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya generasi muda pada hari ini tidak..
Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. .....
SOLAT adalah tiang, tunjang, rukun dan lambang Islam yang kekal abadi, umpama kepala kepada tubuh manusia. Solat jugak penyeri hidup, penenang jiwa, penghibur hati, penghubung antara hamba dan Tuhan, pelantar untuk roh kekasih naik ke tingkat tertinggi menikmati belaian Ilahi dan bergembira di taman suci.
Sembahyang menggabungkan kebahagiaan dua alam, alam ghaib dan alam nyata.
Solat seolah cahaya yang bersinar di dalam jiwa yang menghayatinya. Solat akan terasa indah bagi sesiapa yang menikmatinya.
Cara terbaik untuk membersihkan jiwa manusia adalah dengan solat-solat yang khusyuk. Solat yang menggilap hati, Solat yang membuang segala noda dosa dan membersihkan segala kotoran hati. Solat yang mengurniakan cahaya Iman melegakan dada dengan kedinginan taqwa.
Majoriti dari umat Islam menunaikan solat secara teknikal yang diwarisi dari org tua. Mereka membaca sesuatu, melakukan pergerakan tertentu dan merasa yakin telah menunaikan kewajipan walaupun tanpa mengetahui rahsia dan merasai kesannya.
Sebenarnya segala bacaan dan perbuatan dalam sembahyang hanyalah ibarat jasad, rohnya adalah kefahaman, tunjangnya adalah khusyuk dan tiangnya ialah kesan.
Oleh itu, kita dapat lihat kenapa kebykkan manusia tidak memperolehi apa-apa manfaat daripada sembahyang mereka. Walaupun solat, namun mereka masih tidak berhenti melakukan jenayah. Sedangkan solat yang betul pasti membersihkan jiwa dan hati serta mampu menghalang pelakunya dari dosa dan perkara yang diharamkan.
Oleh itu, perlulah kita memberi perhatian yang utama dalam menghadirkan hati ketika solat dan menjaga kekhusyukkan ketika beribadat. Agar kita dapat merasai nilai ketaatan, menuruti cahaya Allah yang akan terpancar pada diri kita dan merasai agungnya mengenali Allah.
"Orang yang sembahyang pada waktunya, dia menjaga wudu'nya serta melakukan dengan sempurna dalam ruku', sujud dan khusyuknya, sembahyang ini akan naik ke langkit dalam bentuk cahaya putih, yang terang menderang dan ia akan berkata: 'Semoga Allah memeliharamu sepertimana engkau memeliharaku'.
Orang yang sembahyang diluar waktunya dan tidak menjaga wudu'nya serta tidak melakukan dengan sempurna dalam ruku', sujud dan khusyuknya, sembahyang itu akan naik dalam bentuk cahaya yang hitam pekat dan berkata:'Semoga Allah mengabaikanmu sebagaimana engkau mengabaikanku.' Apabila ia berada ditempat yang dikehendaki Allah, sembahyang itu akan dilipat seperti baju kusam lalu ia digunakan utk memukul pelakunya."
(Hadith Anas diriwayatkan oleh al-Tabarani)
"Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Allah) dengan bersabar dan dengan mengerjakan sembahyang.." (Al-Baqarah: 153)
MELAKA 17 Mei – Bagaikan bermusim, gejala buang bayi kini seperti tiada penghujungnya.Ada yang dihanyutkan ke sungai, dibakar, disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat pembuangan sampah. Semuanya ini menimbulkan persoalan bilakah episod kejam itu akan berakhir. Ketika masyarakat masih diselubungi rasa simpati, seorang lagi bayi lelaki menjadi mangsa kekejaman ibu bapanya. Yang mengejutkan, dia adalahanak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun.Mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini pada Rabu lalu.
Difahamkan, sebaik sahaja dilahirkan, bayi yang cukup sifat itu masih hidup tetapi dipercayai meninggal dunia sebelum ditanam.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, kejadian itu disedari ibu kepada remaja perempuan terbabit selepas pulang dari tempat kerjanya pada Rabu lalu.
“Wanita berusia lingkungan 30-an itu terkejut apabila mendapati anak gadisnya yang baru berusia 15 tahun dalam keadaan berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, doktor yang membuat pemeriksaan kemudian mengesahkan remaja perempuan yang masih bersekolah itu baru sahaja melahirkan seorang bayi.
“Terperanjat dengan kata-kata doktor itu, ibunya kemudian membuat laporan polis pada pukul 2.30 petang hari yang sama,” katanya.
Susulan daripada itu, Mohd. Adnan memberitahu, polis menahan teman lelaki pelajar perempuan terbabit yang merupakan penuntut sebuah pusat pengajian tinggi di Terengganu.
Tambahnya, hasil soal siasat terhadap remaja lelaki berusia 19 tahun itu, polis pergi ke lokasi tempat mayat bayi tersebut ditanam pada pukul 4 pagi keesokan harinya.
“Polis kemudian menemui mayat bayi yang ditanam sedalam 0.8 meter di tebing sebatang sungaisebelum membawanya ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.
“Siasatan mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala,” katanya.
Berikutan itu, polis menahan pasangan terbabit di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah esok.
Berfirman Allah Taala yang bermaksud : "Wahai anak Adam, tidak Aku jadikan kamu sia-sia dan terdinding. Aku tidak lupa dan aku sangat mengetahui terhadap hal-halmu. Tidak sekali-kali kamu peroleh darjat di sisi-Ku melainkan dengan sabar atas perkara yang kamu tidak sukai semata-mata kerana menuntut keredhaan-Ku. Bersabar untuk mentaati-Ku itu lebih mudah daripada bersabar melakukan maksiat.
Meninggalkan dosa itu lebih mudah bagimu daripada merasai kepanasan azab neraka. Azab dunia itu lebih ringan bagimu daripada azab akhirat. Wahai anak Adam, setiap kamu itu sesat kecuali mereka yang mendapat petunjuk-Ku. Setiap kamu bersalah melainkan Aku memeliharanya.
Bertaubatlah kepada-Ku, nescaya Aku akan mengasihimu. Janganlah kamu menyembunyikan sebarang rahsia daripada Tuhan yang tidak tersembunyi bagi-Nya sebarang rahsia" (Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali:al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah)
24hb April 2010, Alhamdulillah, Kelab Belia JIM (KBJ) Johor telah mengadakan satu aktiviti khidmat masyarakat dengan nama ‘Belia Prihatin Masyarakat’ (BPRIMA) di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas, Johor Baharu. Aktiviti BPRIMA ini telah pun bermula pada 22hb April yang lalu dengan kehadiran 30~35 beliawanis dari Skudai yang menyantuni dan meladani penghuni wanita di rumah penjagaan untuk warga emas wanita yang terletak tidak jauh dari pusat jagaan itu.
Sebelum aktiviti bermula pagi tadi, seramai 35 orang peserta telah berkumpul di Masjid Al-Mizan Kempas. Penyampaian tazkirah yang santai telah disampaikan oleh Pengarah KBJ Johor, Hj Aminuddin@Pak Long sambil menikmati sarapan pagi. Kemudian penerangan tugasan untuk peserta yang telah disediakan oleh Pengarah Program BPRIMA, ukht Mozarita Amin dengan dibantu oleh ukht Siti Rohani Mahat (Pen Pengarah BPRIMA). Disamping itu brosur tentang JIM Johor, Wanita JIM Johor dan KBJ Johor telah diberikan kepada peserta yang baru menyertai aktiviti KBJ Johor.
Setelah itu, peserta BPRIMA bergerak ke pusat tersebut yang terletak tidak jauh dari Masjid Al-Mizan secara berkonvoi. Salam perkenalan antara peserta bersama penghuni. Senyum, salam dan sapa …
Aktiviti khidmat masyarakat bermula dengan pembahagian zon tugasan samada di dalam kawasan rumah atau di bahagian luar. Ada yang ditugaskan mengemas, menyapu, mengemop, mengecat, membasuh, memotong rumput …
Cadar dan sarung bantal ditukar dengan yang baru ….
Masing-masing menjalankan tugasan yang telah diberikan …
Sementara sebahagian peserta BPRIMA melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat, ada yang ditugaskan untuk menyantuni penghuni sambil menonton tayangan video. Dr Zamil sedang memberi nasihat kesihatan kepada penghuni.
Di akhir aktiviti ini, Pengarah KBJ Johor, Hj Aminuddin@Pak Long menyerahkan sumbangan yang dihulurkan oleh mereka yang prihatin serta plag BPRIMA kepada pengerusi Rumah Nur Ehsan, Tn Hj Sharipin. Peserta juga turut memberikan sedikit buah tangan serta sampul duit untuk setiap penghuni. Tn Hj Sharipin mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan KBJ Johor dan menyerahkan surat penghargaan kepada Pengarah KBJ Johor.
Ucapan Jazakallah kepada beliawanis, ukth Mozarita Amin dan Siti Rohani Mahat telah telah berusaha mengendalikan dan menjayakan aktiviti BPRIMA ini. Bagi pihak KBJ Johor juga mengucapkan Jazakallahu Khairan Kathira atas kesudian semua yang terlibat dalam aktviti BPRIMA ini dan juga atas apa jua sumbangan yang telah diberikan. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya.
Di antara isu semasa yang hangat diperkatakan pada hari ini adalah bencana alam di sekitar kawasan eropah. Ada sape2 yang baca surat khabar atau tengok berita?
Kalau kita perasan, sejak dua menjak ni, byk betul gempa bumi yang berlaku diseluruh dunia. Sebelum ni akak dah tulis pun tentang kesan gempa-gempa ni kepada usia dunia. Bagi sesiapa yang belum sempat membacanya, sila browse thru archive blog JJB ni.
Hari ni, akak nak bawa adik-adik melihat peristiwa letusan gunung berapi di Iceland yang bernama Eyjafjallajokull. Gunung berapi yang ketinggian 1,666 meter ini sebenarnya terletak di kawasan beku dan dibawah lapisan ais yang tebal. Kalau adik-adik lihat gambar disebelah, begitulah rupa gunung berapi ini.
Bila tengok gambar, kita tak sangka wujudnya satu gunung berapi yang mempunyai suhu yang amat berbeza berbanding apa yang berada diluarnya.
Sebenarnya, menurut kajian dan sejarah, kali terakhir gunung berapi ini meletus (sebelum tahun 2010) adalah pada 1823. Sejak itu, gunung ini tiada peristiwa letusan sehinggalah tahun ini. Bagi tahun 2010 sahaja, gunung Eyjafjallajokull telah meletus sebanyak 2 kali -- kali kedua lebih dahsyat sehinggakan membawa kepada banjir/kenaikan paras air dikawasan sekelilingnya dan juga letupan debu-debu sehingga berkilometer tingginya.
Bila akak dengar dan baca laporan ni, akak teringat kisah gunung berapi Vesuvius di kawasan Itali sana. Bagi adik-adik yang dah pun mengikuti program Jom Jadi Bijak (JJB) atau Anda Bijak Jauhi Zina Negeri Johor, adik-adik akan paham apa yang akak maksudkan.
Sebelum ini juga, akak telah menulis satu post tentang kaum yang telah menerima azab Allah Taala pada zaman dulu, iaitu Kaum Pompeii.
Kalau kita tengok sejarah kaum yang menerima azab Allah ini, jalan ceritanya byk yang sama dengan apa yang berlaku sekarang.
Pada waktu dahulu, penduduk Pompeii yang tidak takut dengan Allah ini, malah tidak malu melakukan maksiat yang berleluasa, telah menerima balasan yang cukup dahsyat. Bila akak baca ceritanya, bila akak tahu kisah disebalik menurunan azab Allah ini, seram sejuk dibuatnya.
Jalan ceritanya lebih kurang sama.
1. Gunung berapi yang mengeluarkan asap-asap tebal, debu-debu yang beracun sehingga berbelas-belas kilometer tingginya.
- berlaku tak adik-adik? Ya.
2. Keadaan dimana langit disekeliling gunung tersebut ditutupi sehingga keadaan kelihatan seperti malam hari, tidak kelihatan warna langit yang biru.
- berlaku tak? Ya. Kalau kita tengok berita, letusan gunung berapi ini begitu dahsyat keluaran debunya sehingga sampai ke negara-negara sekelilingnya seperti United Kingdom, Frace, Denmark, Finland, Sweden dan sebagainya. Kawasan Eropah seolah-olah menjadi kawasan padang pasir, tetapi depenuhi debu.
3. Keadaan yang gelap dimana yang kelihatan hanya sambaran kilat-kilat yang bunyi guruh yang banyak dan berkali-kali.
- berlaku tak dengan peristiwa gunung berapi ini? Ya adik-adik. Keadaan di Iceland ini punya la pelik sehinggakan para scientist dari US pun tak dapat pastikan bagaimana keadaan Electric Storm ini berlaku.
Sewaktu peristiwa azab di Pompeii, kawasan yang dahulunya maju dan dikunjungi oleh manusia dari serata dunia itu telah 'hilang' di tutupi dan ditembusi debu beracun dan lava yang panas dalam masa 24 jam sahaja.
Penduduk Pompeii telah tertimbus dibawah lebih kurang 15 meter debu gunung berapi Vesuvius, sehinggakan apabila semuanya telah reda, kawasan Pompeii tidak lagi dapat dipastikan kedudukan asalnya.
Selepas beratus tahun peristiwa Pompeii ini, barulah para scientist pergi menggali di kawasan gunung tersebut dan menjumpai 'bandar' yang dahulunya terkenal.
Apa yang mereka jumpa? Manusia-manusia yang menjadi batu, ada yang masih bergigi, dalam pelbagai kedudukan. (kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca di sini (click here). But take note yang post tentang Pompeii ini adalah dalam English.
Kalau kita tengok gambar-gambar kesan daripada letupan yang berlaku di Iceland ini -- rumput tidak lagi kelihatan malah terbakar, laut bertukar warna ke kelabu, binatang ternakan mati kerana tidak dapat bernafas, dsb.
Dua hari lepas, para pengkaji di Eropah telah mengisytiharkan, dengan letusan gunung Eyjafjallajökull, sbnrnya boleh mengaktifkan gunung berapi berdekatan dengannya yang bernama Katla. Katla ni, lagi besar berkali-kali ganda berbanding Eyjafjallajökull dan jika ia meletus, lagi dahsyat kesannya.
Kalau dengan keadaan ini pun kita tak nak sedar lagi, ape nak jadi? Kalau keadaan yang jelas mcm ni pun kita buat tak tahu je, macamane dgn Iman kita sebenarnya? Allah dah tunjukkan pelbagai bukti, sebagai peringatan kepada kita, tapi ada juga golongan yang merasakan peristiwa dan bencana yang sedang berlaku di serata dunia ini tidak melibatkan kita.
Wahai kawan-kawan seperjuangan, kakak-kakak, abg-abg dan adik-adik. Marilah sama-sama kita bertaubat sebelum semuanya terlambat. Usia dunia kita ni sudah hampir ke penghujungnya. Sampai bila kita nak membutakan mata? Ayuh kita menyediakan diri untuk menghadap Allah Taala.
Semoga penulisan akak hari ini akan menjadi iktibar pada akak sendiri dan semua yang membaca. Jom kita jadi orang yang bijak, dan kekal bijak hingga ke Syurga.
BULAN FEBRUARI 6 February Hospital Pakar Sultanah Fatimah 27 February FU-JJB Benut
BULAN MARCH 6 March FU-JJB Majidee
TAHNIAH! ANDA TELAH MENYERTAI KEMPEN JOM JADI BIJAK
FEBRUARI 2009 14 Feb Pelancaran Kempen ABJZ Peringkat Daerah Batu Pahat, UTHM [500 org] 27 Feb PUSPATRI [40 org] 28 Feb Pelancaran Kempen ABJZ Peringkat Negeri Johor, Pusat Islam Iskandar, Johor [1500 org]
MAC 2009 27 Mac SMK Permas Jaya 3 [132] 28 Mac Masjid Bandar Baru Uda [140]
APRIL 2009 4 April SMK Tg Adang, GP [226] SMK Tmn Universiti [160] 10 April SMK Tmn Daya (Siri 1) 15 April SMK Mount Austin [153] 17 April Majlis Pelancaran Peringkat Sekolah SMK Tengku Mahmod Iskandar, BP [900] 24 April SMK Tmn Daya (Siri 2) 25 April SMK Dato' Menteri, Ayer Hitam [300] SMK Dato' Ali, Pontian [200] 25 & 26 April (Pakej 29 jam) SMK Bandar Baru Uda [100] 28 April Pameran Sambutan Hari Kesihatan Kebangsaan, PERSADA Johor [1000]
MEI 2009 8 Mei SMK Sri Rahmat [500] 16 Mei SMK Dato' Ali, Pontian (L) [200] SMK Dato' Abdul Rahman Andak, Simpang Renggam [200] 20 Mei SMK Tmn Desa Jaya [140] 23 Mei SMK Batu Anam, Segamat [200] 30 Mei SMK Sri Lalang [150]
JUN 2009 4 Jun Tmn Manis Parit Raja, BP [71] 10 Jun Pusat Kesihatan Rengit, BP [81] 12 Jun MRSM Batu Pahat [145] 13 Jun PAS JB (Isteri Aktivis PAS) [145] 16 Jun SMK Pasir Gudang 3 [100] 19 Jun SMK Pasir Gudang 3 [200] Sek Tunku Abdul Rahman Putra [116] 20 Jun SMK Senai & PPD Kulai [60 pelajar + 30 guru] Staf Sokongan SMK Taman Daya [69] 29 Jun Taman Manis 2 (Wanita Dewasa) [30]
JULAI 2009 7 Julai SMK Benut, Pontian [225] 11&12 Julai(Package 29jam) SMK Cha'ah Segamat [63] 18 Julai SMK Tmn Daya [113 pelajar L] 25 Julai SMK Tmn Daya [120 pelajar P] 31 Julai SMK Tmn Damai Jaya [125] OGOS 2009 1 & 2 Ogos(Package 29jam) SMK Benut Pontian [80] 7 Ogos Pejabat JIM Muar [20] 8 Ogos SMK Bandar Maharani [100] 9 Ogos Universiti Teknologi Malaysia, Skudai [100] 15 & 16 Ogos(Package 29jam) SMK Tun Syed Nasir Ismail, JB [89] 21 Ogos SMK Tmn Pasir Putih [318]
RAMADHAN & SYAWAL
SEPTEMBER 9 @ 16 September SMK Bandar Kota Tinggi
OKTOBER 4 Oktober Penduduk Kg Parit Lapis Sri Medan (Remaja, Belia & Ibubapa) 15 Oktober SMK Bandar Tenggara 24 Oktober Sek. Men Islam Hidayah
NOVEMBER 13 November SMKA Segamat 14 November 1) SMKA JB 2) SMKA Bandar Penawar 3) SMKA Muar 20-22 November Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ledang
JANUARY 2010 6 January SM Teknik Perdagangan [404] 22 January MRSM Pontian [508]
Statistik Penyertaan (31/1/10): 12, 955 peserta
Statistik Kempen (31/1/10): 62 kempen
TAHNIAH kepada DAERAH JOHOR yang terlibat
Johor Bahru |
Pasir Gudang |
Kulaijaya |
Segamat |
Muar |
Kluang |
Batu Pahat |
Daerah Pontian