Bermula hari ini, Kempen Jom Jadi Bijak akan mengadakan sedikit sambutan selama seminggu, sehinggalah tarikh keramat ulangtahun perasmian kempen ini, iaitu pada 14hb Februari 2009....
Featured Content
Tanggal 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu saban tahun oleh para remaja khususnya yang sedang dilamun cinta. Pada tanggal ini si jejaka akan sibuk mencari hadiah untuk si gadis bagi membuktikan rasa kasih dah sayang, manakala si gadis pula....
Keruntuhan akhlak di kalangan generasi muda pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Mereka merupakan aset utama negara pada masa akan datang dan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya generasi muda pada hari ini tidak..

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. .....
CURRENT CONTENT
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
2010/08/19
MELAKA: Polis menahan reman seorang pesakit wanita dan pasangannya bagi membantu siasatan berhubung kes pembuangan mayat seorang bayi lelaki berusia kira-kira lima bulan di kawasan Hospital Melaka (HM), awal pagi kelmarin.
Menurutnya, sebelum itu, seorang Pegawai Perubatan hospital berkenaan membuat laporan berhubung seorang pesakitnya yang juga pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sedang dirawat di wad kecemasan didapati mempunyai tanda-tanda baru melahirkan anak.
Katanya, susulan laporan itu, pihaknya melakukan siasatan dari segenap aspek ke atas pesakit itu dan dia mengakui melahirkan bayi di dalam tandas di HM dan kemudian membuangnya di dalam tong sampah di wad kecemasan hospital itu.
“Siasatan juga menunjukkan bayi yang dipercayai dibuang itu sudah diambil tanpa disedari pihak bertanggungjawab menguruskan sampah. Kami percaya sampah itu kemudiannya dibuang ke dalam tong sampah besar juga di kawasan hospital.
“Berikutan itu, kami melakukan pemeriksaan rapi dengan bantuan anggota forensik beberapa jam di sebuah tong sampah besar berkenaan, namun sehingga petang semalam (kelmarin) belum menjumpai mayat bayi itu,” katanya.
Sementara itu, Mohd Adnan berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat sebelum memberikan ulasan lanjut berhubung identiti mayat bayi terbabit termasuk sama ada meninggal dunia ketika dilahirkan atau sebaliknya.
Katanya, kedua-dua pasangan berkenaan kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit.
Renungan Ramadan 9
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Salah satu roh yang penting dalam puasa ialah mewujudkan rasa kebersamaan dengan orang yang kurang bernasib baik. Puasa membolehkan kita yang berkemampuan (secara sukarela) merasa apa yang dirasai (secara terpaksa) oleh golongan yang tidak berkemampuan menikmati makanan dan minuman yang mencukupi setiap hari. Bayangkan, kita menahan diri secara sukarela sedangkan peti-sejuk kita dipenuhi makanan, kabinet dapur kita sendat dengan pelbagai bahan, tetapi mereka yang kurang bernasib baik terpaksa berlapar kerana mereka tidak mempunyai wang untuk membeli walaupun makanan yang asas seperti beras dan minyak. Kita masih boleh bergembira kerana kita tahu, lapar kita sekadar adalah seketika, sementara menunggu berbuka tetapi bagi mereka entah malam ini, entah esok belum pasti ada cukup makanan untuk seisi kel uarga.
Memberi makan kepada orang yang lapar adalah tugas mulia. Dari Abdullah bin Amr ra ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah (saw).
(Hadis Riwayat Bukhari).
Jangan kita anggap bahawa golongan yang sebegini hanya wujud di Palestin, Kashmir atau di Somalia. Golongan yang kurang bernasib baik sedemikian mungkin wujud di kawasan atau daerah kita.
Sebaik-baiknya kita cuba dapatkan maklumat keluarga atau orang perseorangan yang kurang berkemampuan serta memerlukan perhatian di kejiranan atau dalam kariah masjid/surau kita dan sampaikan kepada Jawatankuasa surau/masjid untuk diambil tindakan sewajarnya.
Dua hadis berikut ini ini boleh menjadi motivasi kita:
(Hadis Riwayat Tabarani)
Dalam hadis lain, Rasulullah (saw) bersabda:
(Hadis Riwayat Muslim)
Walaupun orang yang memerlukan mungkin bukan jiran sebelah rumah kita tetapi mereka mungkin jiran se kariah, sedaerah, senegeri, senegara dengan kita.
Marilah sama-sama kita merealisasikan salah satu ruh puasa ini dengan menyumbang sebahagian dari rezeki yang Allah kurniakan kepada kita untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik. Pelbagai cara boleh dilakukan; banyak peluang kini dibuka. Pokoknya tepuk dada.. tanyalah iman kita.
Renungan Ramadan 8
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Di dalam sebuah hadis, Nabi (saw) bersabda:
(Hadis Riwayat Ibnu khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Jelas kepada kita bahawa puasa yang berkualiti bukan sekadar menahan diri dari dari makan-minum. Tetapi kita perlu juga menahan diri dari perbuatan kosong (lagha). Cuba bayangkan berapa banyak perbuatan lagha yang kita buat hari ini; dari berbual kosong sehingga kepada bermain computer games atau menonton television. Sebaliknya kita perlu sibukkan harian kita dengan kerja-kerja yang produktif; untuk dunia dan akhirat kita. Jika mempunyai luang dari waktu bekerja mencari nafkah kita, sibukkan diri dengan membaca al-Quran, terjemahannya atau berzikir atau i’tikaf atau menghadiri majlis ilmu atau membaca buku-buku agama dan seumpamanya.Satu lagi adab penting orang berpuasa ialah mengawal lidah dan perasaan. Orang yang berpuasa adalah seorang yang tenang, sabar dan berhati-hati dalam percakapannya. Puasa itulah membolehkan beliau untuk mengawal diri dari memberi tindak balas negatif apabila diuja dengan perkara-perkara negatif oleh orang lain.
Abu Hurairah (ra) berkata bahawa Rasulullah (saw) bersabda:
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Annisa’i)
Begitu kuat tuntutan kita menjaga lidah ini ditekankan lagi dalam sebuah hadis lain pula di mana Nabi (saw) bersabda:
(Hadis Riwayat Jama’ah kecuali Muslim)
Marilah kita berusaha dan berdo’a agar Allah swt mempermudahkan kita menjalani ibadah puasa kita dengan paling sempurna. Semoga puasa kita hari ini lebih baik dari semalam, dan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
------------------------------------------
Terdahulu, tertuduh lelaki yang memakai baju lokap, manakala juvana perempuan berpakaian baju kurung merah dan bertudung coklat tenang di dalam kandang pesalah serta sesekali dilihat bercakap sesuatu antara mereka.
Kedua-dua mereka yang bekerja di kilang sama tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Hazura Hamid dan kes didengar Majistret Mohd Fairuz Johari. Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membuang seorang bayi perempuan di kawasan Kilang Daibochi, Ayer Keroh, kira-kira jam 1 pagi pada 11 Ogos lalu.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Selasa
17 Ogos 2010
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Nabi (saw) mengingatkan kita bahawa di kalangan orang yang berpuasa, ada yang tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga. Dan di sana pula terdapat golongan yang berpuasa dan memperoleh pelbagai keistimewaan dan keberkatan. Di dalam spektrum yang begitu luas, di manakah kita?
Untuk mencapai darjat tertinggi yang dianugerahkan kepada orang yang berpuasa, kita perlu memenuhi syarat lahiriahnya yakni menahan diri dari makan, minum dan perkara lain yang membatalkan puasa. Kita perlu juga menghidupkan sunat dan adab puasa seperti bersahur, menyegerakan berbuka, bertarawih, bersedekah dan membaca al-Quran. Tetapi itu saja tidak mencukupi. Menurut Sheikh Said Hawwa di dalam kitabnya al-Mustakhlas fi Tazkiyatun Nafsi, terdapat enam syarat tambahan yang perlu diberi perhatian oleh orang yang benar-benar berhajat meninggikan kualiti puasanya:
a. Memejamkan mata serta mengekangnya jangan sampai memperluas, atau memperdalamkan penglihatan, yakni melihat dengan berlebih-lebihan kepada segala sesuatu yang tercela dan tidak baik dan dibenci oleh agama.
Demikian pula melihat apa saja yang menyebabkan hati terpesona, sehingga lalai daripada mengingati Allah.
b. Menjaga lisan dari perkataan yang tidak masuk akal atau senda-gurau yang melampaui batas, atau berkata kotor, atau berkata yang sia-sia, atau berdusta atau mengumpat, atau mengadu domba atau berkata jijik, atau bertengkar atau memamerkan diri sendiri. Sebaliknya hendaklah diam atau mengurangkan bicara yang tidak perlu dan menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah gemar membaca al-Quran atau kitab-kitab agama.c. Menahan diri dari mendengar apa yang tidak disenangi dari ukuran agama, sebab setiap perkara yang haram diucapkan maka menjadi haram mendengarnya.
d. Menahan anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa khususnya tangan dan kaki jangan sampai melakukan hal-hal yang terlarang menurut kacamata agama. Begitu juga menahan perut dari makan apa-apa yang bukan sahaja haram tetapi juga yang syubhat, terutama di saat berbuka puasa.
e. Menahan diri dari terlalu banyak makan atau menyediakan pelbagai makanan ketika berbuka, sekalipun makanannya halal, sehingga perut sekan-akan tidak memuatnya lagi. Sebab tiada wadah yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh terisi. Puasa ialah untuk mematahkan segala macam kesyahwatan, maka adakah orang yang puasa itu wajar memupuk kembali syahwatnya ketika berbuka? Sepanjang hari ia menekan nafsu maka ia adakah bermaksud membalas dendam nanti pada waktu berbuka?
f. Pada siangnya, masih ketika berpuasa, ia membeli ini dan itu yang berupa makanan dan waktu berbuka akan dihabiskan semua sekali. Maka tujuan puasa untuk melemahkan nafsu syahwat tetap tidak berhasil. Sewajarnya, sediakanlah makanan dan makanlah sekadar seperti mana hari-hari biasa pada bulan lain, tanpa berlebih-lebihan atau mengistimewakannya sehingga merangsang lagi nafsu.
g. Hendaklah hatinya menggantung harap dan takut mengenai diterima atau tidak puasanya hari itu. Hatinya berdebar-debar dan tidak tenteram; kerana belum ada kepastian. Jika diterima, pasti termasuk dalam golongan almuqarrabin yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Jika tidak, maka pasti tergolong ke dalam golongan yang tertolak amalannya, lagi dimarahi dan dimurkai-Nya. Orang yang tertipu oleh dirinya sendiri mengira ibadatnya pasti diterima, padahal ada kemungkinan tidak demikian. Nanti pada hari kiamat ia akan terkejut mengapa Allah tidak menerima malannya!
Semoga Allah swt menerima membantu kita mengamalkan dan istiqamah dengan keenam-enam perkara di atas ke arah meningkatkan kualiti puasa kita.
------------------------------------------


