JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

Kerana Sayangkan Kamu - Part 1

Assalamualaikum WRT WBT

Apa khabar semua..semoga ketika ini diberi kesihatan yang baik utk terus menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini...insyaAllah..tengah akak membelik-belik Solusi isu 21 kali (he3..majalah favorite akak)..ada something yang akak rasa akak perlu share dgn adik-adik yang akak sayang..tajuk di Solusi ini Berpakaian Tetapi Telanjang...cukup menggerunkan..jom kita renungkan cetusan ilmu dari Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang..semoga ada kebaikan daripadanya.....

Buat para ibu, isteri, kakak, adik2 perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak perempuannya, Rasululllah s.a.w telah memberi amaran tentang suatu sikap segolongan kaum hawa yang menjadi PENGHALANG kepada mereka utk mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkahkan kaki utk memasukinya..Nauzubillah!!


Sungguh dahsyatkan adik-adik..hu3..semoga Allah melindungi kita semua..Apakah golongan itu adik2...

Golongan yang dimaksudkan itu adalah sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; " Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan keduanya adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu boleh dihidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh". (Riwayat Muslim n0.3971). Menurut riwayat Imam Malik, ada sambungan daripada hadis ini iaitu :"...bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan". (Al-Muwatta'.no.1421)..

Subhanallah..begitu dahsyat balasan bagi golongan ini..utk mencium bau syurga pun tidak dibenarkan. lagikan utk memasukinya..Nauzubillah.. Adik2 yang disayangi..semoga hadis Rasulullah s.aw ini membuka minda kita sejenak..telek-teleklah cara kita berpakaian..jgn sebab keseronokkan sementara di dunia..kita menjadi orang yang sangat rugi di akhirat sana...ketahui wahai kaum Hawa bahawa Rasulullah s.a.w tersangat sayangkan umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal selamanya...waallahualam





Salam sayang
KakSiti

notahati: baju bagaimana ingin ku pakai hari ini???

No Response to "Kerana Sayangkan Kamu - Part 1"