Featured Content

JOM JADI BIJAK HARI INI!



CURRENT CONTENT

Tulisan Mak

Apa itu Keluarga?


Anak, Tahukah dikau..
Dulu mak bercita-cita
Kupingin anakku
Bila dewasa kelak Bergelak doktor
Atau bergelar cikgu
Atau menjadi orang hebatan
Orang terkenalan

Bukan seperti emakmu
Jerih mencuci pinggan
Perit menyental lantai
Untuk wang merah sekeping cuma

Bukan juga seperti arwah bapak
Hari-hari menjadi kuli
Melicinkan kasut hitam
Mengilatkan jendela motokar
Menaikinya jauh sekali

Kita orang susah, nak..
Mahu makan pun teragak
Mulut kau luas tersua
Pohon mak isi dengan rezeki

Tapi kau tahu
Mak bapakmu ini orang susah
Makan pun dicatu

Nak..
Biar kita miskin harta
Jangan miskin ilmu
Jangan miskin budi
Biar orang pandang kita ke bawah
Tapi hati mesti tinggi

Mak sekolahkan kau
Biar kau ingat diri
Untuk kau ubah usul kita
Biar keturunananmu senang
Tak malu dengan kepayahan

Mak ingat lagi
Mak sarungkan baju sekolahmu nak
Kau tersenyum simpul
Kau gembira
Hari-hari berbonceng basikal
Untuk pastikan kau tak ketinggalan

Bila kau demam
Selera mak pun hilang
Kerja pun tak terbuat
Dek risaukan anakku seorang

Bila kau meningkat remaja
Kau jadi anak yang segak
Anak bergaya

Mak ingat lagi
Umur kau 16
Kau bilang,
tak mahu ke sekolah lagi
Mahu tolong mak

Alahai nak
Tulang empat kerat mak masih mampu
Mak masih kuat
Tapi kau bertekad
Kau kata kau nak ubah nasib keluarga
Tak mampu lagi mak berkata apa

Kau bilang, kau mau ikut teman ke kota
Kerja di sana lumayan
Bulan-bulan kau janji kirim wang
Mak rayu pada kau, nak
Jangan..
Di kampung ni masih ada kerja
Jangan jauh dengan mak
Mak tak punya sesiapa

Tapi, kau kata
Hidup di kota lagi senang
Untung-untung kau bawa calon bini
Buat teman mak hari-hari

Mak ingat lagi
Mak hantar kau dengan air mata
Mak uzur ketika tu nak
Tak mampu melangkah jauh
Mak lambai sampai kelibat kau hilang

Mulalah hidup mak sepi tanpa teman
Bulan pertama, kau kirim wang
Bulan kedua, kau kirim wang
Bulan ketiga, kau kirim wang

Mak lupa nak tanya
Apa agaknya kerja kau, nak
Mesti hebat
Orang kampung cemburukan mak
Hidup makan bersuap duit
Semua kerana kau, nak

Bulan ke enam..
Bulan ketujuh..
Kau diam

Mak jatuh sakit, nak
Mak rindukan anak mak
Kaki mak kebas
Tak boleh jalan

Bulan kesembilan
Bulan kesepuluh
Tangan mak tak boleh gerak, nak..
Mana kau, nak?
Cukuplah cari duit, nak
Tengok mak kau ni..

Genap setahun
Mak tunggu atas lantai
Terkapar mak tunggu

Satu hari
Kawan kau datang
Katanya kau mintak ampun
Kau pohon restu mak

Mak ingat kau nak kahwin
Jangan risau, nak
Kalau kau nak kahwin,
Kalau kau dah jumpa calonnya,
Mak redha nak

Kawan kau geleng
"Mat hukum gantung, makcik.."
Mak geleng juga
"Hukum gantung tu apa, Man?"
"Anak aku buat apa?"
Kawan kau menangis..
"Semua salah saya, makcik!"
"Mat kena hukum mati!"
"Polis tangkap!"
"Dia edar dadah, makcik!"

Pandangan mak gelap

Bila mak sedar,
ramai kawan-kawan mak keliling mak

Mat, mak dah tua
Tapi mak tak ada orang lain
Kawan-kawan mak je la teman mak
Mak ingat mak mati dulu

Mak ingat Mat nak bagi mak rumah besar
Rupanya tak
Sampai ke akhir hayat mak kat sini
Rumah Orang Tua Seri Alam

20.6.2009: Remaja jumpa bayi dalam plastik

Berita Harian

KUALA TERENGGANU: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dari Kampung Baru, Seberang Takir di sini terkejut selepas membuka bungkusan plastik di pagar rumahnya yang mengandungi bayi baru dilahirkan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata remaja itu memeriksa bungkusan berkenaan selepas mendengar tangisan bayi yang masih bertali pusat kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Katanya, remaja itu meminta bantuan orang ramai menghantar bayi terbabit ke Pusat Kesihatan Seberang Takir sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Manoharan berkata, walaupun dilahirkan tidak cukup bulan, bayi itu berada dalam keadaan sihat.

Katanya, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyi kelahiran bayi dan meminta orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian itu menghubungi polis.

Sekadar Peringatan

Assalamualaikum wrt wbt pada adik2 dan Salam Sejahtera.

Hi semua, KakMyra in the house! Apa khabar semua? Di doakan adik2 semua sehat kehendaknya InsyaAllah. Hari ni akak alhamdulillah telah berpeluang menjejakkan kaki ke Sek Tunku Abdul Rahman Putra (STARP) untuk meneruskan aktiviti kempen ABJZ ni.

Seronok betul dapat berprogram bersama adik2 form 6 seramai lebih kurang 116 kesemuanya. Semoga kita bersama2 dapat mengambil manfaat daripada program ABJZ ni tak kira umur, agama dan bangsa sekali pun.

Lama dah rasanya akak tak berpeluang mengupdate blog ni. Minta maaf ye adik2. Jadi dikesempatan ini, KakMyra ingat nak buat sedikit muhasabah diri, boleh tak? Boleh eh. Manusia ni golongan yang cepat lupa so sekali sekala kena ade tazkirah *wink*

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."
(Ar-Rad: 11)


Sebagai seorang manusia yang banyak kelemahan dan kecacatan, kita kene selalu acknowledge yang orang lain pun ade kelemahan mereka sendiri. Kita juga perlu menerima orang lain bersama-sama dengan kelemahan mereka.

Jangan kita paksa seseorang tu berubah, sebab hanya Allah SWT sahaya yang mampu dan berhak mengurniakan Taufiq dan HidayahNya. Dont try to change people based on what we think they should be like. You might end up being despised for it. Let people change because they WANT to change and because of the right reasons.

Namun begitu, seorang muslim itu seharusnya berusaha untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini. Kalau tak, diri sendiri yang rugi.

Cuba tengok zaman sekarang ni. You dont have to go very far, tengok negara kite je. Dah brape jenis penyakit yang ade skrg. Memanglah dunia tgh risau tentang virus Influenza A atau Virus H1N1, tp sbnrnya byk lagi penyakit yang melanda bumi Malaysia ni. Allah turunkan bala pada kita ke? Tanda-tanda akhir Qiamat dah terlalu byk kita boleh nampak.

So ape lagi? Takkan kite cuma nak ckp "takutlah", "ish dah nak qiamat ni", "aku tak cukup amal lagi ni" je? Ape guna hanya berkata-kata tanpa amal. Rugilah seorang manusia itu apabila ilmu yang diperolehinya tidak diamalkan. Allah SWT dah tunjukkan pelbagai peringatan, adakah kita nak buat tak tahu je? Jom adik-adik, kawan-kawan, kita start beramal before its too late.

Sememangnya Allah Taala sahajalah yang mampu mengurniakan kesedaran dan membuka hati-hati kita. Selagi ada yang mengingatkan kita, selagi itu lah Allah Taala sayangkan kita. Mereka yang tidak diberi peringatanlah manusia yang paling rugi di muka bumi. Selagi ada yang menegur, selagi ada yang mengingatkan kita padaNya, selagi itulah Allah mahukan kita lebih dekat kepadaNya.

Namun begitu, Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum atau seseorang itu, jika mereka sendiri yang tiada usaha untuk mencari HidayahNya.

Tidak semua perkara yang kita minta daripada Allah itu adalah yang terbaik buat kita. What we want sometimes is not good for us. Kadang-kadang, kita yang salah berdoa. Kita minta pada Allah apa yang kita nak, sedangkan sepatutnya apa yang kita perlu doakan adalah apa yang terbaik buat kita.

And remember, setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Dan rancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan. When something doesnt go as planned, just remember that He has a bigger and better plan for us. His plan is always better for us.

Semoga hidup kita semua sentiasa di bawah lindungan dan RahmahNya. Perjalanan kita masih jauh, yang pastinya akan berliku dan banyak dugaan. Kerana itulah hakikat kehidupan seorang mu'min, penuh onak dan duri. Jalan yang benar itulah yang banyak rintangan dan ujian. Siratul Mustaqim itulah yang sentiasa membawa kita lebih dekat kepadaNya.

Semoga kita semua tabah mengharungi hidup ini, dengan harapan dan impian untuk mati Syahid bersama para Mujahidin dan Mujahidah. Destinasi kita hanyalah Syurga Allah yang kekal abadi. Ameen.

Wallahu'alam
KakMyra

*Tazkirah buat diriku sendiri dan rakan2 yang lain =)

Pelajar mengaku khalwat

Oleh Mohamed Farid Noh


Photobucket
TERTUDUH, Raden Farah dan Tengku Mohd Faisal menutup muka ketika di luar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: "Saya tahu saya sudah mencalarkan maruah keluarga tetapi saya sudah insaf dan berjanji akan menjadi orang lebih baik selepas ini," itulah luahan pelajar perempuan Kuliah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum dijatuhkan hukuman penjara dan denda kerana berkhalwat.

Raden Farah Al Wani Ab Halim, 21, yang mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang tentera yang baru lima hari dikenalinya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, menangis teresak-esak ketika memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya.

Bagaimanapun, Hakim Syarie Mohd Radzi Abd Latif tetap menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM2,000 terhadapnya.

Pasangannya, Tengku Mohd Faisal Engku Mahmood Mahedden, sekitar 20-an, yang hadir di mahkamah lengkap berpakaian tentera mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan bulan depan.

Kedua-dua ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang melakukan operasi cegah maksiat di Bilik A2, Welvest International Youth Hotel, Jalan Merpati off Jalan Raja Laut di sini, jam 2.50 pagi, 1 Januari lalu.

Raden Farah ditemui sedang bersembunyi dalam bilik air dengan hanya menggunakan cadar putih bagi menutupi badan manakala Tengku Mohd Faisal yang membuka pintu hotel itu tidak memakai baju dan hanya berseluar.

Turut didakwa di mahkamah semalam, tujuh pasangan lain termasuk pasangan duda dan janda iaitu kekasih yang bertemu kembali selepas lama berpisah serta ditangkap berkhalwat di rumah wanita itu pada jam 3.05 pagi, selain pasangan pembantu kedai dan lelaki warga Myanmar yang bukan Islam.

Pasangan duda dan janda, Zaharin Zainal, 35, seorang peniaga dan Zarina Anuar, 38, akauntan didenda RM3,000 atau 20 bulan penjara, manakala Shuhaida Sidik, 24, pula dijatuhkan hukuman penjara 30 hari, didenda RM3,000 atau penjara 20 bulan kerana mengaku pernah terlanjur dengan pasangan Myanmarnya.

Pelajar buang bayi serah diri

KUANTAN: Seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah menengah agama di sini, ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes membuang bayi di halaman sebuah rumah sewa di Taman Balok Makmur, kelmarin.

Pelajar perempuan berusia 16 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner, Mohd Jasmani Yusoff, pelajar terbabit yang tinggal di Balok dibawa ibunya ke IPD, di sini dan mengakui perbuatannya membuang mayat bayi berkenaan.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Pelajar terbabit dihantar untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya di sini, semalam.

Mohd Jasmani berkata, pelajar itu mendakwa dia dirogol seorang kenalan sehingga mengandung.

Kelmarin, pekerja kilang, Suhaimi Ibrahim dan rakannya, Mohd Hafiz Ismail menemui mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat yang dibungkus dengan selendang putih di pekarangan rumah sewa di Taman Balok Makmur, kira-kira jam 7.30 pagi.

Turut ditemui bersama mayat bayi itu ialah sekeping nota bertulis: 'tolong kebumikan. Terima kasih, saya sayang dia tapi tak berupaya untuk lakukan pengebumian. Saya hargai pertolongan anda'.

Mohd Jasmani berkata, siasatan awal tidak menolak kemungkinan bayi terbabit baru dilahirkan antara empat hingga lima jam sebelum ditemui berdasarkan keadaan bayi.

Wanita selamat adik daripada sindiket seks

KUALA LUMPUR: Sebelas wanita China berjaya diselamatkan daripada menjadi hamba seks selain dikurung dan dipukul dipercayai oleh sindiket pelacuran antarabangsa selepas polis menyerbu pangsapuri di Jalan Hulu Pudu, Cheras di sini, awal pagi kelmarin.

Polis bertindak selepas menerima panggilan daripada kakak seorang daripada 11 mangsa dari Amerika Syarikat memaklumkan penderitaan adiknya yang dipaksa melacur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata polis juga menahan seorang lelaki dipercayai suspek utama kes itu.

"Kami berjaya mengesan adik pemanggil berusia 24 tahun bersama 10 mangsa, " katanya pada Hari Sukaneka Bersama Rakyat sempena Hari Polis Ke 20 Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Mangsa dikurung di pangsapuri itu malah dipaksa melacurkan diri.

Polis juga mendapati terdapat kesan lebam di tangan mangsa serta keadaan mereka agak lemah.