Featured Content

JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

Dinoda Rakan Laman Sembang

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
Metro :31/12/2009





AMPANG: Bagaikan terpukau, seorang pelajar kolej swasta hanya menurut kehendak seorang lelaki yang baru dikenalinya melalui laman sembang beberapa jam sebelum dia dirogol tiga kali dalam tempoh 18 jam di sebuah rumah di Taman Bukit Teratai, di sini, baru-baru ini.

Lebih mengerikan apabila sepanjang tempoh itu, mangsa berusia lingkungan 20-an berada dalam keadaan ketakutan ‘dikurung’ dalam rumah itu selain dijadikan tempat melempiaskan nafsu lelaki terbabit sebelum dihantar pulang ke asramanya keesokan harinya.

Difahamkan, mangsa yang baru menetap di sini sebaik memulakan pengajiannya beberapa bulan lalu tidak menyedari dia sedang jatuh ke dalam perangkap kenalan barunya itu.

Semuanya bermula apabila mangsa yang baru berhubung melalui laman sembang dengan lelaki itu beberapa jam sebelum dirogol dipelawa bertemu di Bukit Bintang, dekat sini, untuk menonton wayang.

Walaupun ragu-ragu, mangsa bersetuju menemui lelaki itu kerana tempat pertemuan yang dijanjikan adalah kawasan tumpuan ramai dan yakin suspek tidak akan dapat mengambil kesempatan terhadapnya.

Sebaik bertemu kira-kira jam 3 petang, lelaki terbabit mendakwa filem yang bakal ditonton mereka adalah pada jam 11 malam dan memberitahu mangsa dia terpaksa pulang ke rumah terlebih dulu bagi mengambil beberapa dokumen penting miliknya yang tertinggal selain meminta pelajar malang itu mengikutinya.

“Mangsa menolak pada mulanya, namun dia bagaikan terpukau dan mematuhi semua arahan lelaki terbabit. Sebaik tiba di rumah suspek, mangsa dirogol buat kali pertama,” katanya.

Sumber berkata, lelaki terbabit turut mengunci pintu rumah dan bilik yang didiami mangsa bagi mengelakkannya melarikan diri.

“Selepas itu, mangsa dibawa keluar menonton wayang seperti dijanjikan lelaki terbabit. Mangsa yang meminta dihantar ke asramanya selepas habis menonton tidak diendahkan.

“Sebaliknya, lelaki itu membawa mangsa pulang ke rumahnya semula dan merogolnya kali kedua kira-kira jam 2 pagi. Malah, mangsa yang tidak berpakaian juga ‘dikurung’,” katanya.

Mangsa cuba melepaskan diri namun usahanya tidak berjaya dan diugut dicederakan lelaki itu.

Sumber berkata, keesokannya mangsa yang mengejutkan suspek meminta dihantar ke asrama sekali lagi dirogol.

“Suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke asrama kira-kira jam 8 pagi,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Perdana, di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian namun enggan mengulas lanjut.

Azam Tahun Baru

BismillahiRahmaniRahim,


Assalamualaikum WRT WBT,

Alhamdulillah, akak masih diberi peluang untuk sama-sama menyumbang dalam penulisan di blog ini. Semoga kita sama-sama dapat mencari iktibar dan pengajaran dari segala article dan tazkirah yang terdapat di sini selama ini.

Semalam, kita dapat baca tazkirah dari Kak Anne. Hari ni dari akak pula.

Dua hari lepas, akak dapat alert dari Facebook account akak. Akak dpt msg dari kawan-kawan Universiti yang mengajak akak pergi bersama-sama mereka holiday di Port Dickson, sambil 'meraikan' tahun baru 2010. Almaklumlah, mmg dah lama tak jumpa. Semenjak akak duduk Johor ni, 6 bulan sekali pun kadang-kadang tak jumpa. Kami cuma berhubung dalam alam maya sahaja.

Rancangan mereka, nak sewa satu apartment, dan tido satu malam disitu. Plan malam tu, akak tak tahulah ape. Tp mereka nak buat ala-ala 'reunion', nak kumpulkan ramai2 sekali untuk bersuka ria.

Wahai adik-adik yang akak sayangi,

Walaupun tarikan untuk bersama-sama rakan sebaya itu cukup kuat, tp sebelum adik-adik membuat suatu keputusan, adik-adik jangan lupa Allah Taala. Walaupun keinginan untuk bersama-sama bergelak ketawa dan bergembira, keinginan untuk sekali sekala melupakan masalah hidup, tawaran untuk relax dan lepak bersama kawan-kawan itu cukup menarik, tetapi janganlah kita lupa akan janji Allah Taala kepada setiap manusia, iaitu mati.

Mati itu satu kepastian adik-adik, Syurga dan Neraka Allah itu suatu yang pasti. Bukannya perkara yang kita boleh buat main-main.

Macamana kalau time kite tengah bersuka ria tu, time kite tengah bergelak ketawa itulah detik kematian kita. Adakah kita nak mati dalam keadaan lupa pada Allah Taala, atau pada waktu kita sedang beribadah?

Sepatutnya adik-adik, dengan penambahan setahun dalam hidup kita, kita lagi ingat akan kubur, sebab penambahan setahun itu sbnrnya penambahan setahun untuk kita lagi dekat untuk mati. Bukannya dengan kebebasan dari mak ayah itu, kita buat apa yang kita suka.

Wahai adik-adik yang akak sayangi,

Dalam dua hari sebelum tahun baru ini, kita ambillah peluang untuk menggariskan beberapa azam, beberapa perubahan dan islah yang kita target untuk capai tahun hadapan. Kita semua tahu, seorang muslim itu seharusnya berusaha untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini.

Tak terkecualilah dengan satu tahun. Buatlah azam baru, apa usaha kita untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik. Tulis besar-besar atas kertas (kalau nak guna kertas mahjong pun boleh hehe), buat cantik-cantik, dan tampal dalam bilik supaya kita selalu nampak. Tapi jangan berazam je, tapi takde usaha untuk capai. Tiada apa yang mustahil adik-adik.

Siapa pernah tengok cerita Syurga Cinta? Ingat tak time Ikmal ckp kat ayah dia:

"Cikgu Mal kata, murah rezeki kalau senyum pagi-pagi, ketawa pagi-pagi"

Ha.. ibarat mcm tu lah adik-adik. Kalau satu hari tu kite bangun, pagi-pagi senyum, good mood, InsyaAllah satu hari kita good mood. Samalah dengan setahun. Kalau kita mulakan setahun itu dengan perkara-perkara yang baik, permulaan yang baik dan bijak, InsyaAllah satu tahun itu juga baik.

Begitulah juga sebaliknya. Kalau awal-awal pagi kita dah marah-marah, satu hari tu... adeee je tak kene. Semua benda tak kene. Jadi janganlah kita start tahun baru ni dengan buat benda-benda yang tak elok. Jgn buat benda-benda pelik adik-adik. Jangan buat benda-benda yang Allah tak suka.

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."

Wahai adik-adik yang akak sayangi,

Allah dah sebut dah dalam Quran. Adik-adik pun tahu bahawa senjata paling kuat org Islam adalah doa. Doa kita je Allah makbulkan wahai adik-adik.

Tapi janganlah kita berdoa sahaja tanpa usaha. Kalau adik-adik telah mendapat kesedaran, maka janganlah adik-adik sia-siakannya.

So ape lagi? Takkan kite cuma nak ckp "takutlah", "ish dah nak qiamat ni", "aku tak cukup amal lagi ni" je? Ape guna hanya berkata-kata tanpa amal. Rugilah seorang manusia itu apabila ilmu yang diperolehinya tidak diamalkan. Allah SWT dah tunjukkan pelbagai peringatan kat kita. Gempa bumi dah makin dahsyat, sampai kat Malaysia pun dah sampai, adakah kita nak buat tak tahu je?

Sememangnya Allah Taala sahajalah yang mampu mengurniakan kesedaran dan membuka hati-hati kita. Selagi ada yang mengingatkan kita, selagi itu lah Allah Taala sayangkan kita. Mereka yang tidak diberi peringatanlah manusia yang paling rugi di muka bumi. Selagi ada yang menegur, selagi ada yang mengingatkan kita padaNya, selagi itulah Allah mahukan kita lebih dekat kepadaNya.

Namun begitu, Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum atau seseorang itu, jika mereka sendiri yang tiada usaha untuk mencari HidayahNya.

Semoga hidup kita semua sentiasa di bawah lindungan dan RahmahNya. Perjalanan kita masih jauh, yang pastinya akan berliku dan banyak dugaan. Kerana itulah hakikat kehidupan seorang mu'min, penuh onak dan duri. Jalan yang benar itulah yang banyak rintangan dan ujian. Siratul Mustaqim itulah yang sentiasa membawa kita lebih dekat kepadaNya.

Semoga kita semua tabah mengharungi hidup ini, dengan harapan dan impian untuk mati Syahid bersama para Mujahidin dan Mujahidah. Destinasi kita hanyalah Syurga Allah yang kekal abadi. Ameen.

Selamat Tahun Baru adik-adik. Semoga adik-adik selepas ini lebih BIJAK dengan cara meraikan kedatangannya.

Wallahu'alam

Salam Sayang,
KakMyra

Sempena Sambutan Tahun Baru 2010.

Sempena Sambutan Tahun Baru 2010... (3 hari lagi..BIJAKkah kita?)

Salam alaik…

Hai adik-adik..apa khabar semua? Alhamdulillah..Allah panjangkan usia kita untuk selangkah ke tahun baru (2010)..Happy New Year 2010...pejam jelik-pejam jelik...rasanya sebentar sahaja 365 hari telah berlalu...dan selangkah lagi usia kita menuju ke arah kedewasaan..Tapi dewasakah kita dalam menyambut tahun baru kali ini?...Bagaimana cara dan saluran yang betul untuk sambutan kali ini...Adik-adik ada plan apa-apa ke ?

Adakah dengan cara begini?

1) Meraikannya dengan penuh keseronokkan bercampur lelaki dan perempuan?

2) Mengadakan pertandingan dijalanan dengan aksi-aksi “hebat” ibarat seorang

penunggang profesional?

3) Berpelukan bersama botol-botol haram dan si dia berwajah ayu/tampan?

4) Penyumbang kepada melariskan penjualan kondom di pasaran dunia?

5) atau..penyumbang kepada kelahiran tanpa tauliah pada September nanti?

Dan kesemua perancangan kita untuk sambutan tahun baru yang `hebat´ ini kita jalankan dibumi Allah SWT yang cukup indah ini..Adik-adik jika itu pilihan kita dalam meraikan sambutan tahun baru kali ini..tidakkh kita merasa malu kepada NYA?...Jangan kita lupa adik-adik, setiap perlakuan kita akan ditayangkan tanpa sebarang penapisan di sana nanti dan ketika itu...alangkah ruginya kita kerana filem terbitan kita itu cukup mengaibkan dan dipertontonkan oleh semua mahkluk Allah SWT..

"Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka?, Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan waktu yang ditentukan.Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya." (QS. Ar-Ruum, 30 : 8)

Adik.-adik...alangkah beruntungnya sekiranya sambutan tahun baru kali ini diraikan dengan perkara-perkara yang berfaedah.. diraikan di masjid-masjid atau di surau-surau dengan solat berjemaah, bacaan Yasin dan Al-Quran, majlis-majlis ilmu untuk santapan rohani dan sekaligus membantu diri kita untuk berubah ke arah kebaikan.

Dengan melakarkan sekeping azam yang baru untuk berubah ke arah kebaikan sempena kedatangan tahun baru ini bukankah ianya sesuatu yang cukup indah dan cantik adik-adik. Semoga dengan anugerah akal fikiran yang sihat oleh Allah SWT kepada kita...dapatlah kita menilai perancangan bagaimana yang terbaik untuk kita lakarkan pada tahun baru ini...Adakah lakaran kita akan menghasilkan buih-buih kebaikan dan ketaatan hamba kepada PenciptaNYA atau sekadar menambahkan lagi isu-isu `sensasi´ di paparan akhbar pada 1 Januari 2010 nanti.

Fikirkanlah dengan sebaiknya hala tuju hidup kita pada tahun akan datang ini...kerana tanda kasihnya Allah kepada hambanya apabila ia mendatangkan ujian atau dugaan berupa keseronokkan dunia, dan hambanya itu dapat menangkisnya dengan ketakwaan, sesungguhnya itulah hambaNYA yang BIJAK..insyaAllah...

"Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakkudan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau ridhai ; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh" (QS. An-Naml, 27 : 19)

Salam sayang dan kasih buat adik-adik semua...jangan nakal-nakal di tahun baru ini dan teruskan menjadi BIJAK di muka bumi Allah ini...

JOM JADI BIJAK – Raikan Tahun Baru dengan BIJAK



Wassalam..
Kak Anne

Waris Bayi Lelaki Dicari



KUALA LUMPUR: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat sedang mengesan ibu atau waris kepada seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang ditinggalkan di Sungai Ramal, baru-baru ini.

Bayi malang itu, yang dinamakan Muhammad Firdaus ditemui di depan pintu rumah seorang penduduk kampung jam 6.30 petang, 16 Jun lalu dalam keadaan masih bertali pusat.

Pegawai Pelindung, Rohaidah Omar, berkata bayi berkenaan kini diletakkan di bawah jagaan Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras, di sini, sementara siasatan lanjut dijalankan mengenai waris atau saudara-mara bayi.

“Waris diminta tampil menuntut bayi ini sebelum 14 Januari 2010 kerana selepas tempoh berkenaan, Mahkamah Bagi Kanak-kanak akan meneruskan perintah tetap berhubung proses pengambilan anak angkat,” katanya.

Beliau memohon ibu atau waris kanak-kanak terbabit serta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat di talian 03-8737 8007.

Metro : 29/12/2009

JJB@Felda Taib Andak

Assalamualaikum WRT WBT

Alhamdulillah, pelayaran Program Jom Jadi Bijak (JJB) telah selamat berlabuh tanpa sebarang kecederaan. Bertarikh 26-27 Disember, bertempat di Tiram Indah Village Ulu Tiram, seramai 43 orang peserta lelaki dan perempuan daripada Gerakan Belia 4B Felda Taib Andak telah berjaya mengikuti program JJB ini. (Pergh.. felda Mawi tuuu... hehe).

Kami semua mendoakan adik-adik Taib Andak di beri kekuatan untuk sentiasa bijak dalam melakukan sesuatu, dan menjadi orang yang bijak melakukan perubahan. Jangan lupa pesan Paklong, abg-abg dan kakak-kakak fasi; Jaga solat, jaga diri, jaga maruah. Sebelum buat apa2, ingat mak ayah kita, ingat keluarga kita. Kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul!

Terima kasih juga kepada barisan AJK Gerakan Belia 4B Felda Taib Andak Kulai Johor di atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan. Jangan lupakan kami di sini. Kalau ada rezeki, kita berjumpa lagi.

Terima kasih kepada Kelab Belia JIM Johor (KBJ) yang telah menjadi peneraju utama mengendalikan program ini. Terima kasih banyak-banyak kepada semua team JJB yang terlibat; Pak Long, Pak K, Abg Azan, Abg Arozi, Abg Adib, Abg Safwan, Kak Fida, Kak Anie, Kak Myra, Kak Siti dan Kak Nisha. Tak lupa juga kepada semua yang telah mendoakan kejayaan program ini.

Semoga jasa kalian semua di balas oleh Allah Ta'ala dan dikira sebagai ibadah InsyaAllah.

Allah maha penyayang & Allah maha pengampun. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa adik2 & kami juga, Moga Allah beri kekuatan pada semua utk kembali ke pangkal jalan & kekuatan jua pada kami untuk meneruskan ‘tugas’ kami.

Moga Allah terima amal kita ni & hidayah Allah utk kita semua.

http://item.slide.com/r/1/87/i/2EnpShxyxj8Vj2Y8eRlKbkhYwHbiqwzM/

Bersama peserta Felda Taib Andak

http://item.slide.com/r/1/217/i/3OZUnnawyj9A0ouyGMQJ_idHo7fEHHxf/

Bersama Pengerusi Belia 4B Bahagian Kawasan Kulai

http://item.slide.com/r/1/246/i/TfdxKii-7T9xyOhXcP35mnXrlYNCNn4N/
Bersama AJK Belia 4B Felda Taib Andak

http://item.slide.com/r/1/195/i/tnIr-gXv6T-ts1yQ1o_EvLX-tUQgjEoS/

Jom Jadi Bijak!


Buang janin bagai sampah

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
Metro : 28 Disember 2009


KUALA LUMPUR: Masih ada manusia yang tidak berhati perut apabila tergamak mencampakkan janin yang bertali pusat bersama sampah sebelum ia ditemui di atas lantai konkrit berhampiran Sungai Klang, Jalan Jelatek Datuk Keramat, dekat sini, semalam.




TEMPAT dibulatkan menunjukkan lokasi bungkusan berisi janin yang ditemui di Sungai Klang dekat Jalan Jelatek, Kuala Lumpur semalam


Difahamkan, individu yang membuang janin itu menyangkakan mayat terbabit sudah hanyut dalam sungai berkenaan namun sangkaan itu ternyata meleset apabila bungkusan itu terjatuh di lantai konkrit sebelum ditemui seorang wanita yang mahu membuang sampah di kawasan terbabit.

Wanita berkenaan yang terkejut apabila menemui janin yang masih bertali pusat dan dipenuhi darah itu memberitahu seorang lelaki sebelum dua anggota polis yang kebetulan melakukan rondaan dimaklumkan berhubung kejadian terbabit.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata janin terbabit ditemui kira-kira jam 1 tengah hari selepas polis menerima maklumat daripada orang awam.


“Hasil siasatan awal kita mendapati ia mungkin dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu dan jantinanya dipercayai perempuan dan dianggarkan berukuran lapan hingga sembilan sentimeter.

“Mayat sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut Zakaria, polis menyifatkan kes pembuangan janin terbabit sebagai tidak berperikemanusiaan dan kejam.

“Setakat ini, kami masih menyiasat sama ada janin terbabit dibuang di lokasi lain sebelum hanyut atau mungkin ada individu yang memang meninggalkan janin berkenaan di situ,” katanya.

Orang ramai yang ternampak atau mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Akhbar kelmarin turut melaporkan penemuan mayat bayi perempuan oleh seorang lelaki yang pada mulanya disangka bangkai ayam di kawasan rekreasi Hutan Lipur Lata Renyut, Kuala Balah, Jeli.

Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui dalam keadaan ngeri apabila kepalanya didapati hancur.

JJB@Felda Taib Andak

Assalamualaikum WRT WBT

Alhamdulillah, pelayaran Program
Jom Jadi Bijak (JJB) telah selamat berlabuh tanpa sebarang kecederaan. Bertarikh 26-27 Disember, bertempat di Tiram Indah Village Ulu Tiram, seramai 43 orang peserta lelaki dan perempuan daripada Gerakan Belia 4B Felda Taib Andak telah berjaya mengikuti program JJB ini. (Pergh.. felda Mawi tuuu... hehe).

Kami semua mendoakan adik-adik Taib Andak di beri kekuatan untuk sentiasa bijak dalam melakukan sesuatu, dan menjadi orang yang bijak melakukan perubahan. Jangan lupa pesan Paklong, abg-abg dan kakak-kakak fasi;
Jaga solat, jaga diri, jaga maruah. Sebelum buat apa2, ingat mak ayah kita, ingat keluarga kita. Kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul!

Terima kasih juga kepada barisan AJK
Gerakan Belia 4B Felda Taib Andak Kulai Johor di atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan. Jangan lupakan kami di sini. Kalau ada rezeki, kita berjumpa lagi.

Terima kasih kepada
Kelab Belia JIM Johor (KBJ) yang telah menjadi peneraju utama mengendalikan program ini. Terima kasih banyak-banyak kepada semua team JJB yang terlibat; Pak Long, Pak K, Abg Azan, Abg Arozi, Abg Adib, Abg Safwan, Kak Fida, Kak Anie, Kak Myra, Kak Siti dan Kak Nisha. Tak lupa juga kepada semua yang telah mendoakan kejayaan program ini.

Semoga jasa kalian semua di balas oleh Allah Ta'ala dan dikira sebagai ibadah InsyaAllah.

Allah maha penyayang & Allah maha pengampun. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa adik2 & kami juga, Moga Allah beri kekuatan pada semua utk kembali ke pangkal jalan & kekuatan jua pada kami untuk meneruskan ‘tugas’ kami.

Moga Allah terima amal kita ni & hidayah Allah utk kita semua.

http://item.slide.com/r/1/87/i/2EnpShxyxj8Vj2Y8eRlKbkhYwHbiqwzM/

Bersama peserta Felda Taib Andak

http://item.slide.com/r/1/217/i/3OZUnnawyj9A0ouyGMQJ_idHo7fEHHxf/

Bersama Pengerusi Belia 4B Bahagian Kawasan Kulai

http://item.slide.com/r/1/246/i/TfdxKii-7T9xyOhXcP35mnXrlYNCNn4N/
Bersama AJK Belia 4B Felda Taib Andak

http://item.slide.com/r/1/195/i/tnIr-gXv6T-ts1yQ1o_EvLX-tUQgjEoS/

Jom Jadi Bijak!


Berwajah Baru!

Assalamualaikum WRT WBT

Ape khabar adik-adik semua? Di sini ade satu pengumuman besar ye adik-adik.

Mulai tahun baru Hijrah ini, Kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) negeri Johor akan mengalami sedikit perubahan. Bersama azam baru tahun ini, team kami juga akan melangkah ke tahun baru dengan wajah yang
baru.

Seorang muslim itu perlulah berubah menjadi yang lebih baik dari hari sebelumnya, dan kempen kita tak terkecuali.

Bermula dari tahun Hijrah akan dtg ini, Kempen ABJZ akan diupgrade menjadi Kempen
JOM JADI BIJAK! InsyaAllah, bersama-sama perubahan ini, kita semua lebih bersemangat dan meningkatkan usaha kempen ini dengan 2x ganda tahun sebelum ini.

Kini, jumlah peserta Kempen ABJZ.. opps.. silap.. (hehe).. kempen Jom Jadi Bijak (JJB) sudah mencecah lebih 11,000 orang. Ape lagi adik-adik, ajak Mak, Ayah, Ibu, Bapa, Bonda, Ayahanda, Kaklong, KakNgah, Uteh, Acik, adik-adik yang lain untuk sama-sama dalam usaha menyebarkan kempen Jom Jadi Bijak ini!

Oh ye, bermula dari esok, Kempen Jom Jadi Bijak tidak akan lagi menggunakan logo yang sblm ini. Meh akak share logo kite yang baru. Sila lihat ditepi ---->

Ha, ape macam? Cun tak? Hehe.

InsyaAllah selepas ini juga, memandangkan kita dah upgrade ke wajah baru, blog kita pun InsyaAllah akan diupgrade. Tapi yang tu akak terpaksa amik masa sikit ye adik-adik. Nanti bile dah siap semua, akak akan postkan url blog kita yang baru.

Nantikan! Blog berwajah baru! Kempen berwajah baru!! Caiyok caiyok!

Oh ye, nasib baik tak lupa.. Selamat Tahun Baru semua!! 1431! Semoga penambahan setahun dalam hidup kita membawa kita selangkah lebih dekat dengan Allah Taala.

Salam Maal Hijrah,
KakMyra

Rahsia gadis 15 tahun hilang dinihari terbongkar

Harian Metro : Rabu 23/12/09


KUALA TERENGGANU: Rahsia hubungan seks seorang gadis bawah umur dengan teman lelaki sebanyak lapan kali akhirnya terbongkar apabila dia dilihat cuba ‘menceroboh’ masuk ke rumahnya pada awal pagi.Kepulangan mangsa berusia 15 tahun dalam keadaan mencurigakan pada awal pagi, Khamis lalu itu dihidu keluarganya menyebabkan dia disoal selepas dilihat cuba menyembunyikan kepulangannya daripada pengetahuan keluarga.Berikutan itu, mangsa, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Besut tiada pilihan melainkan memberitahu dia pernah mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria, berkata mangsa datang ke Balai Polis Kampung Raja, Besut membuat laporan mengenai kejadian itu, kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.Beliau berkata, kejadian pertama berlaku dalam bilik di rumah mangsa di rumah kos rendah, Nyiur Tujuh, kira-kira jam 3.30 pagi pada 15 Disember lalu.Kamaruddin berkata, dalam kejadian berikutnya, mangsa keluar rumah melalui pintu belakang, kira-kira jam 2 pagi pada 17 Disember dan bertemu dengan teman lelaki serta membonceng sebuah motosikal ke kedai makan di Jalan Kampung Lampu, Kampung Raja.

Beliau berkata, mangsa mendakwa teman lelakinya mengadakan hubungan seks dengannya di kedai makan itu, sebelum dihantar pulang ke rumah, kira-kira jam 3.30 pagi berkenaan.Menurutnya, suspek berusia 19 tahun dikenal pasti dan usaha mencarinya sedang dijalankan.Katanya, mangsa dihantar untuk membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Beliau berkata, polis menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol.

"Kejadian seperti ini dapat dielakkan jika pengawasan dan pemantauan ibu bapa dan penjaga dengan didasari dengan kasih sayang berpaksikan ajaran agama,”katanya.

Cekik Anak Sampai Mati

METRO
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud

SEREMBAN: Bimbang rahsianya terlanjur dengan teman lelaki terbongkar, seorang wanita didakwa bertindak kejam apabila tergamak mencekik bayi yang baru dilahirkan di sebuah rumah di Labu di sini, sebelum menanamnya di kawasan hutan berhampiran.

Wanita berusia 20-an itu bersalin di rumahnya 9 Disember lalu dan perbuatan kejamnya terbongkar selepas ada individu menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 1 tengah hari, kelmarin.

Harian Metro difahamkan, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat bergegas ke tempat kejadian dan cuba mengesan lokasi mayat bayi malang itu ditanam, namun tidak menemuinya.

Selepas melakukan siasatan, polis membawa wanita itu ke hospital untuk menjalani pemeriksaan bagi memastikan sama ada dia bersalin atau sebaliknya.

Bagaimanapun, wanita itu enggan menjalani pemeriksaan dipercayai bagi mengelak tembelangnya menanam bayi berkenaan terbongkar.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata rahsia itu bagaimanapun terbongkar juga apabila penduduk kampung yang mengetahui kejadian itu turut membantu polis melakukan usaha mengesan lokasi mayat bayi malang itu ditanam.

“Akhirnya, penduduk menemui bungkusan kain berbau busuk di belakang rumah terbabit dan memaklumkan kepada polis untuk tindakan lanjut kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.

“Polis kemudian menahan wanita yang tidak bekerja itu untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Difahamkan, wanita itu mendakwa bersalin ketika hendak membuang air kira-kira seminggu lalu sebelum mencekik dan menanamnya di hutan berhampiran.

Apabila menyedari tembelangnya terbongkar, dia menggali semula mayat bayi itu sebelum mencampaknya di tepi pagar rumah.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu dan wanita terbabit kini direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh anak.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran.

17 'kenduri' 4 remaja

METRO

Oleh Kasdi Ali

BATU GAJAH: Nafsu serakah yang menggila mendorong sekumpulan 17 lelaki menjadikan empat remaja perempuan bawah umur sebagai pemuas nafsu dalam empat pesta rogol berasingan pada 4 hingga 12 Disember lalu.

Pesta seks itu terbongkar susulan kejayaan polis menahan 15 daripada 17 suspek berusia antara 13 dan 55 tahun termasuk dua pelajar, di beberapa lokasi sekitar pekan ini, kelmarin.

Semua mangsa berusia 15 tahun dengan tiga daripadanya pelajar tingkatan tiga manakala seorang sudah tidak bersekolah.

Dalam kejadian pertama pada 4 Disember, seorang remaja perempuan dikatakan mengikut kenalan lelakinya bersiar-siar di sekitar pekan ini sebelum dibawa ke sebuah rumah di Kampung Ara Payung, dekat sini.

Menurut sumber, sebaik sampai di rumah itu, remaja perempuan itu mendapati terdapat empat lagi lelaki dalam kediaman berkenaan, namun dia yang mengenali semua suspek yang juga rakan kepada kenalan lelakinya, tidak mengesyaki perkara buruk bakal berlaku.

Bagaimanapun, jangkaannya meleset apabila teman lelaki dan empat kenalannya berubah menjadi ‘syaitan’ apabila mereka bergilir-gilir merogolnya kira-kira jam 12 tengah malam.

Mangsa dihantar pulang ke rumahnya pada keesokan harinya dan mengadu kejadian itu kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis pada hari sama.

Pada masa sama, kelima-lima lelaki terbabit yang masih tidak berpuas hati dengan ‘habuan’ pertama mereka, mencari mangsa lain untuk memuaskan nafsu.

Menurut sumber, dengan menggunakan taktik sama seperti kejadian pertama, seorang daripada lelaki durjana itu mengumpan seorang kenalan perempuannya dengan membawa bersiar di kawasan sebuah lombong di Kampung Pisang, dekat sini.

Sebaik tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa diperkosa lelaki itu sebelum empat lagi rakannya yang sedia menunggu di kawasan berhampiran turut menyertai pesta rogol berkenaan.

Selepas selesai melakukan kerja terkutuk itu, lelaki terbabit menghantar mangsa pulang ke rumahnya. Seperti kes pertama, mangsa mengadu kejadian itu kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis keesokan harinya.

Kelima-lima lelaki terbabit memperdaya seorang lagi remaja perempuan hanya beberapa jam selepas kejadian kedua.

Kali ini, kelima-lima lelaki itu mengajak lima lagi rakan mereka untuk turut serta dalam pesta rogol itu di sebuah rumah di Kampung Bendera kira-kira jam 1.30 pagi pada 8 Disember lalu.

Mangsa yang sudah terkepung dalam rumah itu tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu membiarkan dirinya diratah 10 lelaki terbabit secara bergilir-gilir sebelum seorang daripada mereka menghantarnya pulang ke rumahnya beberapa jam kemudian.

Dalam satu lagi kejadian rogol berasingan pada 11 Disember, seorang remaja perempuan yang keluar bersiar-siar bersama kenalan lelakinya dikurung di dalam bilik sebuah rumah di Tanjung Tualang, dekat sini.

Mangsa kemudian dirogol lima lelaki secara bergilir-gilir termasuk kenalan lelakinya kira-kira jam 10.30 malam pada 12 Disember sebelum dihantar pulang ke rumahnya pada keesokan harinya. Mangsa membuat laporan polis pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Najib Mohamad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kes sedang disiasat.

Beliau berkata, polis yang bertindak atas laporan keempat-empat mangsa menahan 15 lelaki berusia lingkungan 13 hingga 55 tahun secara berasingan di sekitar Batu Gajah pada 15 Disember.

“Polis masih mengesan dua lagi suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian rogol itu serta laporan perubatan terhadap mangsa juga mengesahkan kejadian itu dan semua 15 suspek kini direman sehingga 21 Disember,” katanya.

JJB - ILP Ledang

Assalamualaikum WBT

Hai adik-adik...Akak telah kembali ..Akak minta maaf banyak-banyak lama tak update blog..hmm..Adik-adik semua apa khabar? Akak harap semuanya berada dalam kesihatan yang baik dan semoga sentiasa di bawah naungan rahmat Allah SWT. Hmm..alhamdulillah kita baru sahaja diberi peluang oleh-NYA untuk meraikan Hari Raya Aidiladha..semoga semangat berkorban ke arah kebaikan terus meresap kukuh di dalam diri kita..InsyaAllah.

Alhamdulillah..perkembangan terkini kempen ABJZ di Johor semakin rancak. Baru-baru ini "kapal pelayaran" kami telah selamat berlabuh di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ledang, iaitu pada 20 hingga 22 November 2009 tanpa sebarang kecederaan. Seramai 40 pelajar ILP Ledang yang terdiri daripada adik-adik lelaki dan perempuan berjaya mengikuti Program JJB - 29 jam yang di jalankan di Tebing Tinggi, Segamat, Johor. Hmm..pertama kali team ABJZ Johor sampai di Tebing Tinggi. Nice place . Program Jom Jadi Bijak (JJB) merupakan modul terbaru untuk golongan belia. Tahniah diucapkan kepada adik-adik kerana berjaya menjadi duta ABJZ. Akak doakan semoga semangat adik-adik terus mekar dan terus bersama kami mencegah kemungkaran dan menegakkan amal ma'ruf. Kami mendoakan adik-adik terus konsisten dalam pertemuan mingguan selepas program ini yang dibuat atas inisiatif kalian semua untuk terus kekal jadi bijak dan menjadi hamba Allah yang lebih cemerlang sehingga ke akhir hayat, InsyaAllah. Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak ILP Ledang dan seribu kemaafan dipohon sekiranya terdapat kekurangan daripada pihak kami. Tidak lupa juga kepada semua team ABJZ/KBJ : Pak Long, Pak Arab, Pak K, Abang Safwan, Abang Nizam, Kak Fida, Kak Myra, Kak Ani, Kak Siti dan semua yang telah mendoakan kejayaan program ini. Jazakallah dan tahniah atas sumbangan kalian. Semoga kita semua terus diberi peluang untuk melakukan kebaikan supaya apabila bertemu denganNYA nanti kita akan tersenyum dengan riang..InsyaAllah .. Akhir kata, sedikit memori untuk tatapan adik-adik yang akak sayangi...(~_~).



Bersama adik-adik lelaki


Bersama adik-adik perempuan



Team KBJ dan ABJZ Johor dengan Modul Jom Jadi Bijak

Jom join Belia bersama Program Jom Jadi Bijak :P

Salam ceria :

Kak Anne



Perkembangan Kempen di Johor

Assalamualaikum WRT WBT dan Salam Sejahtera.

Hi adik adik! Kini KakMyra kembali bersama dalam blog Kempen ABJZ Negeri Johor ini. Ape khabar adik2? Akak doakan kita sama2 sentiasa dalam keadaan sihat dan sentiasa berada dalam jalan siratulmustaqim.

Akak minta maaf kerana dah lama tak menulis kat blog ni. Kemungkinan ada adik2 yang setia membuka blog ABJZ ni tiap-tiap hari. Sekali lagi akak nak minta maaf bagi pihak Team ABJZ Negeri Johor. Sejak dua menjak ni, kami agak sibuk dengan memenuhi permintaan yang semakin banyak di seluruh negeri Johor. Dalam masa yang sama, kami semua sedang dalam process memperbaiki dan melakukan penambahbaikan kepada bahan-bahan kempen.

Jadi, walaupun blog ni jarang di update, kami semua masih mendoakan adik2 semua masih bersemangat dan masih setia bersama-sama kami dalam perjuangan mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar.

Selepas bulan Ramadhan dan bulan Syawal, sudah semakin ramai adik2 yang terlibat sama dalam kempen ini. Ahlan wa Sahlan kepada adik-adik yang baru sahaja menyertai kami, termasuklah adik-adik dari SMK Sultan Ibrahim, SMK Kulai Besar, SMKA Johor Bahru, SMKA Segamat, SMKA Bandar Penawar, SMKA Muar dan dari pelbagai lagi sekolah diseluruh negeri Johor. Tak lupa juga pada adik-adik Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ledang, Tangkak yang berpeluang mengikuti modul Jom Jadi Bijak 29 jam.

Alhamdulillah Allah memberikan peluang pada adik-adik bersama kami dan memberi peluang kita sama-sama berubah kepada menjadi insan yang lebih baik, InsyaAllah.

Di sini akak sertakan sedikit gambar-gambaran daripada SMK Kulai Besar.

Akhir kata, Salam AidilAdha buat semua adik-adik yang akak sayangi. Selamat berkorban semua! :D

KakMyra

Anak Cekup Ibu Khalwat

Oleh Norfaisal


MELAKA: Tidak sanggup melihat insan disayangi terus bergelumang dosa, seorang anak membulatkan tekad menahan ibu kandungnya selepas mengetahui wanita terbabit berkhalwat dengan seorang lelaki di rumahnya di pinggir bandar ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, anak lelaki wanita terbabit yang berusia awal 20-an ke rumah sewa ibunya di bandar raya ini selepas mengesyaki ada lelaki datang ke rumah itu.

Difahamkan, selepas menunggu beberapa jam di luar rumah, teman lelaki ibunya masih tidak keluar menyebabkan anak wanita berkenaan curiga lalu menghubungi polis dan pegawai penguat kuasa agama di kawasan berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya.Bagaimanapun, tanpa diduga beberapa minit selepas laporan dibuat, lelaki terbabit keluar dari rumah dan menyedari dia mahu beredar, anak wanita itu bersama beberapa rakannya menahannya.

Selepas menunggu beberapa minit, pegawai syarak yang diiringi anggota polis tiba di rumah berkenaan dan dimaklumkan mengenai penahanan lelaki berusia 39 tahun itu.

Pemeriksaan dalam rumah berkenaan menemui seorang wanita berusia 40-an.Berdasarkan soal siasat, wanita dan lelaki terbabit mengakui berkurung dalam rumah itu. Berikutan itu, mereka ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut.

Harian Metro difahamkan, lelaki terbabit sudah berumah tangga manakala wanita itu kini dalam proses perceraian dengan suaminya. Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan terbabit.

Beliau berkata, siasatan awal terhadap rumah tempat pasangan terbabit ditahan ialah rumah sewa wanita berkenaan yang turut dikongsi bersama beberapa rakan lain.“Ketika kejadian, wanita berkenaan yang juga pekerja industri hanya berseorangan di rumah, manakala rakannya keluar bekerja,” katanya di sini, semalam.

Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.“Sabit kesalahan mengikut seksyen berkenaan, pasangan terbabit boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya,” katanya.

ABJZ di SMKA Bandar Penawar

Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah..
Segala puji-pujiaan hanya kembali kpd Allah SWT…
Selawat dan salam utk Rasulullah SAW..
Syukur…pada 14.11.09…..buat kali keduanya dengan izin Allah SWT program
Aku Bijak Jauhi Zina (ABJZ) telah berjaya dilaksanakan di daerah Kota Tinggi.
Abu Nuha, Dr Mazlan (Ajk JIM KT) dan Ukhti Gee KRJ telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk mengendalikan Program ABJZ di SMKA Bandar Penawar, Kota Tinggi dengan kehadiran kira2 100 orang pelajar tingkatan 2 & 4...
JZKK kepada semua yang terlibat
Apa2 pun…DOA dulu..
Finalis pertandingan tinggi…rendah…panjang…pendek…

Abu Nuha : “Antum adalah pemimpin & pengawal kepada kaum wanita”

Dr Mazlan sedang menyampaikan ceramahnya….


Sesi melafazkan ikrar “Aku Bijak Jauhi Zina”…..

Dr Mazlan menyampaikan banting ABJZ kepada pihak sekolah.



Pelajar Agama Berkhalwat

MELAKA: Seorang pelajar yang menuntut dalam bidang keagamaan di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negeri ini dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jaim) kerana disyaki berkhalwat dengan pasangannya di sebuah hotel bajet di bandar ini.Pelajar berusia 20 tahun itu ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jaim bersama pasangannya berusia 16 tahun di sebuah hotel di Jalan Tun Perak, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi kelmarin.Ketika ditahan, pelajar terbabit hanya bertuala, manakala teman wanitanya berada dalam bilik air serta hanya berpakaian dalam.Kedua-dua pasangan terbabit yang berasal dari Negeri Sembilan menyewa bilik itu sejak awal malam hari berkenaan sebelum dicekup.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata pihaknya melakukan operasi di hotel berkenaan selepas menerima aduan.
Metro 18/Nov/2009

Usah Sembunyi Kes Suami Perkosa Anak

KUALA LUMPUR: Ibu perlu memainkan peranan penting untuk memberi sokongan dan dorongan kepada remaja perempuan yang menjadi mangsa rogol atau pencabulan oleh ahli keluarga sendiri. Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa (Malaysia), Dr Robiah Kulop Hamzah berkata, terdapat ibu yang cuba menyembunyikan kes rogol dan cabul anak sendiri kerana takut menderhaka kepada suami dan ingin menjaga nama baik keluarga masing-masing. “Ibu seharusnya menjadi pelindung anak apabila bapa tidak menjalankan tanggungjawab, malah ibu mempunyai kuasa untuk melaporkan perbuatan sumbang suami kepada pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi semalam. Katanya, ibu yang gagal bertindak dan menafikan hak itu akan menyebabkan anak menjadi murung, mengalami tekanan perasaan, pendiam ataupun bertindak agresif sebagai cara meluahkan tekanan dihadapi mereka.

Robiah mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai bapa dan abang kandung yang mencabul darah daging sendiri berusia 13 tahun sejak setahun lalu. Menurutnya, hampir 300 peratus kes rogol dan pencabulan dikendalinya tahun ini dilakukan oleh ahli keluarga sendiri.Kebanyakkan mangsa sukar untuk meluahkan masalah dihadapi diugut oleh pelaku seks yang juga ahli keluarga sendiri seperti mencederakan mangsa, memberhentikan persekolahan atau akan menceraikan ibu jika menyuarakan hal itu.
Metro (Selasa 17 November 2009)

Kecuaian Ibu Bapa

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Kejadian seorang adik sanggup memperkosa kakak sendiri sehingga hamil membuktikan kedua-dua ibu bapa remaja berkenaan gagal mengesan dan memperbetulkan ciri-ciri kerosakan akhlak yang mula ditunjukkan anak mereka. Pengerusi Pertubuhan Kebajikan, Ekonomi dan Sosial Islam Malaysia (Pekesim), Ghafar Nin, berkata pada usia 14 hingga 16 tahun, seseorang anak itu sudah menunjukkan pemikiran mereka sama ada ke arah kebaikan atau keburukan dan ibu bapa perlu mengambil pendekatan menasihat serta mendampingi mereka bagi mengelak perkara tidak diingini.“Apabila perkara sebegini berlaku, saya lihat anak bukan saja hilang kewarasan disebabkan ‘miskin’ ilmu mengenai apa yang baik dan buruk, malah ibu bapanya juga ‘miskin’ ilmu dalam mendidik anak menjadi orang baik,” katanya, semalam. Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun yang sanggup memperkosa kakaknya setahun lebih tua sehingga hamil.

Disebabkan perbuatan terkutuk adiknya, mangsa yang dikenali sebagai Yanti, 15, tertekan dan terpaksa ditempatkan di sebuah rumah perlindungan sehingga bayi dikandung dilahirkan.

Ghafar berkata, ada banyak punca menyebabkan seorang kanak-kanak mendapat maklumat salah mengenai seks sama ada menerusi rakan dan bahan lucah yang semakin mudah diperoleh.“Dia terangsang selepas dipengaruhi bahan lucah yang mudah diperoleh sama ada di Internet, telefon bimbit atau video cakera padat.“Saya lihat ibu bapa cuai mengesan perubahan anak sama ada penampilan, percakapan dan gaya hidup sehingga menyebabkan mereka sanggup melakukan perkara terkutuk,” katanya. Menurutnya, pada usia sedemikian, kebiasaannya golongan itu sudah boleh berfikir tetapi ia perlu ‘diperkayakan’ lagi dengan nilai mulia yang perlu diterapkan ibu bapa.“Di peringkat awal lagi ibu bapa perlu melindungi pemikiran anak mereka dan tanamkan rasa kotor terhadap perbuatan maksiat,” katanya. Beliau berkata, kejadian itu amat menyedihkan kerana Islam sepatutnya menjadi modul terbaik untuk mendidik anak.“Ibu bapa perlu bertindak bukan saja memperkayakan anak dengan material tetapi ilmu kerana ia adalah aset terpenting mereka di masa depan,” katanya.

Punah Angkara Adik

KUALA LUMPUR: Baru berusia 14 tahun tetapi selayaknya dia digelar ‘adik setan’ kerana tergamak merogol kakak kandungnya yang hanya setahun lebih tua. Lebih memilukan, perbuatan jijik sumbang mahram itu bukan hanya menimbulkan perasaan trauma dan tekanan kepada mangsa tetapi pada usia yang masih mentah, dia terpaksa mengusung ‘benih’ adiknya. Itu yang berlaku kepada Yanti, berusia 15 tahun, yang kini sarat mengandung dan hanya menanti masa untuk melahirkan anak. Gara-gara perbuatan adik setan itu, Yanti terpaksa berjauhan daripada keluarga, malah meninggalkan alam persekolahan buat seketika.

“Sepatutnya saya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan lalu tetapi terpaksa melupakannya. Saya meninggalkan buat seketika alam persekolahan sehingga anak dikandung ini lahir.

“Saya benar-benar tertekan kerana pada usia muda terpaksa berdepan situasi yang tidak sepatutnya saya lalui,” kata Yanti ketika ditemui wartawan Metro Ahad baru-baru ini. Menurut Yanti, tragedi hitam itu berlaku tahun lalu dan ia berulang sehingga empat kali sebelum dia disahkan mengandung.“Tragedi hitam itu berlaku di rumah. Ketika semua ahli keluarga tidur, adik menyusup masuk ke dalam bilik ketika saya tidur.“Adik menekup mulut saya dan mengugut mahu mencederakan saya jika saya buat bising. Selepas itu, bagaikan dirasuk setan, saya dirogol,” katanya. Yanti berkata, walaupun dia kakak, dia tidak mampu melawan, apatah lagi diugut akan dicederakan jika melawan.“Kudrat saya memang tidak mampu melawan kekuatan adik ketika itu. Selepas merogol saya dia sekali lagi mengugut akan mencederakan saya, malah sanggup melakukan lebih daripada itu jika mendedahkan perbuatan terkutuknya kepada sesiapa saja, terutama ayah dan ibu.“Begitulah yang dilakukannya ketika merogol saya. Seingat saya, empat kali dia merogol saya,” katanya. Selepas empat kali dirogol, dia berasa tidak sihat dan lemah hinggalah kelainan pada dirinya disedari ibu bapanya. Ibu Yanti kemudian membawanya ke klinik dan pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati dia mengandung.“Saya menceritakan perkara sebenar kepada ibu. Pulang ke rumah, ayah dan ibu bertanya adik dan dia mengaku. Ketika itu menangis air mata darah sekalipun takkan mengubah apa yang berlaku,” katanya.Yanti berkata, adiknya seperti tiada perasaan kerana seolah-olah tidak rasa bersalah dengan perbuatannya.“Depan ibu dan ayah, dia menunjukkan rasa bersalah dan meminta maaf, tetapi dengan saya, dia buat seolah-olah tiada apa berlaku.“Hubungan saya dengan dia sebelum ini biasa saja, tetapi tidaklah rapat sangat. Mungkin kerana masih terlalu mentah, dia seperti tidak rasa bersalah,” katanya.

Menurut Yanti, sukar untuk dia memberitahu punca mengapa adiknya sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.“Pada usia semuda itu, adik memang nakal. Bercampur dengan mat rempit dan kadangkala ponteng sekolah.“Barangkali kerana pengaruh rakan, adik jadi ‘lebih tahu’ mengenai hal berkaitan seks sehingga dia terdorong untuk mencuba. Namun saya langsung tidak menyangka adik sanggup merogol saya,” katanya.Yanti memberitahu, selepas disahkan hamil, ibu bapa terpaksa ‘menyembunyikannya’ di rumah seorang saudara mereka sebelum dihantar ke sebuah rumah perlindungan.“Saya akan ada di sini (rumah perlindungan) sehingga bayi yang dikandung lahir. Selepas itu saya akan menyerahkan anak saya kepada keluarga angkat.“Selepas ini saya mahu mulakan hidup baru. Saya mahu bersekolah semula dan belajar seperti rakan seusia yang lain,” katanya.Ditanya adakah dia memaafkan perbuatan adiknya, Yanti berkata: “Mulanya memang saya bencikannya, tetapi lama kelamaan saya terima hakikat. Dia bukan orang lain... dia adik saya.“Saya harap dia menyesali perbuatannya. Perkhabaran terkini yang saya dengar daripada ibu dan ayah, adik kini bersekolah di sekolah pondok. Semoga ilmu diperoleh menjadikannya adik yang soleh,” katanya.

Sumbang Mahram Membimbangkan

KUALA LUMPUR: “Menakutkan.” Itulah rumusan perunding motivasi, Profesor Madya Md Izuddin Ali, ketika mendedahkan statistik sepanjang 2008 dan 2009 berkaitan sumbang mahram yang dikumpulnya secara peribadi hasil aduan mangsa.Dari Januari hingga Disember 2008, beliau menerima 30 aduan daripada mangsa berbeza dan sepanjang 10 bulan pertama 2009, 15 kes dilaporkan kepadanya membabitkan sumbang mahram dengan mangsa paling muda berusia 14 tahun.“Itu semua yang didedahkan kepada saya sepanjang mengadakan sesi motivasi. Selain mereka, pasti ada lagi yang mendiamkan diri kerana takut atau malu untuk mendedahkan apa berlaku.“Gejala itu sungguh membimbangkan kerana ia kini bukan setakat haruan makan anak tetapi turut membabitkan adik, abang atau individu lain yang ada pertalian keluarga. Kebiasaannya pula, ia akan berulang,” katanya.

Menurut Md Izuddin, antara kes pernah ditanganinya ialah anak seorang ahli perniagaan yang menjadi mangsa abang kandung selepas berparti di kediaman mereka. Beliau berkata, ibu bapa mereka ke luar negara dan anak mengambil kesempatan mengadakan parti, termasuk mengambil minuman keras.“Apabila sedar daripada tidur keesokan hari, si adik mendapati abangnya tidur bersebelahan dan berlaku sumbang mahram. Bagaimanapun, perkara terbabit didiamkan bagi menjaga nama baik keluarga.“Satu lagi kes membabitkan bapa dengan anak. Alasan diberi bapa ialah dia yang membesarkan anaknya dan antara cara balasan budi selama ini ialah dengan mengadakan hubungan seks bersama,” katanya.

Md Izuddin berkata, mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ibu tetapi si ibu mendiamkan perkara itu kerana bimbang kehilangan tempat bergantung. Katanya, kejadian sumbang mahram itu berlaku berkali-kali hingga akhirnya mangsa terpaksa mengadu kepada pihak sekolah kerana tidak tahan diperlakukan seperti itu. Selain itu ada juga aduan membabitkan ayah cuba mengacah anak perempuan dengan sentuhan dan kata-kata meragukan ketika ketiadaan anggota keluarga lain di rumah.“Saya pernah bersemuka dengan lelaki terbabit dan memberinya kaunseling selain motivasi. Syukur, dia sedar dan berjanji akan menjadi ayah yang baik.“Selepas itu saya menghubungi remaja berkenaan dan dia memberitahu ayahnya sudah berubah dan tidak lagi mengacahnya,” katanya.
Bagi memastikan perkara seperti itu mampu ditangani, tiga perkara hendaklah dilakukan membabitkan keluarga, masyarakat dan pihak berkuasa. Beliau berkata, didikan agama penting dan kerana itu seawal anak berusia 10 tahun, tempat tidur mereka hendaklah diasingkan.“Dalam masa sama, batasan hubungan antara adik beradik berlainan jantina juga perlu diambil kira kerana ada kemungkinan ia boleh menjurus kepada sumbang mahram.“Faktor ekonomi, latar belakang keluarga dan persekitaran juga memberi kesan dalam sumbang mahram. Kerana itu keluarga adalah pemain utama dalam membanteras gejala negatif terbabit,” katanya. Masyarakat pula hendaklah ‘jaga tepi kain’ jiran tetapi daripada sudut positif. Jika melihat anak jiran dalam keadaan bermasalah, cuba tanya apa berlaku supaya perkara seperti itu dapat dibendung. Selain itu, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan lebih tegas terhadap pesalah dan tidak menganggapnya sebagai masalah keluarga kerana jika dibiarkan, pemangsa mungkin melakukan lebih teruk lagi terhadap wanita lain pada masa depan.

Metro Ahad 15/11/2009

Mayat Bayi Ditemui Dalam Surau

KUALA TERENGGANU: Penduduk kampung Budiman, Batu Buruk di sini gempar dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki di dalam Surau Budiman petang ini. Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui bilal surau berkenaan, Mohamed Embong, 60, yang datang datang pada jam 4.10 petang untuk melaungkan azan dan menunaikan solat Asar. Katanya, semasa beliau membuka pintu surau, beliau ternampak satu benda seperti anak patung dibungkus dengan sehelai tuala yang diletakkan di tengah dewan pelbagai guna surau itu.

"Setelah diperiksa saya terkejut mendapati benda yang disangkakan anak patung itu adalah mayat seorang bayi lelaki," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Mohamed berkata, beliau yakin mayat bayi itu diletakkan di situ selepas waktu Zohor kerana semasa beliau datang untuk mengerjakan solat Zohor dewan itu masih kosong. Katanya, beliau terus menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mhd Khani Mhd Biku, memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi itu.

Mohd Khani, 57, ketika ditemui, berkata beliau berada di pusat Dewan Undangan Batu Buruk tidak jauh dari surau berkenaan semasa dihubungi Mohamed. "Saya kemudiannya terus menghubungi polis," katanya. - Bernama

Rama-rama & Wanita

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda – warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci. Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.

Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa. Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar – indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada taraf A1, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.




Kepala Bayi Berulat Dalam Tong Sampah


KUALA TERENGGANU 2 Nov. - Penduduk Kampung Banggol di Permaisuri, Setiu terkejut apabila kepala seorang bayi yang sudah berulat ditemui dalam sebuah tong sampah di kampung itu awal pagi ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, seorang penduduk kampung berkenaan keluar membuang sampah dan menemui kepala bayi tersebut dalam tong sampah itu.Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, selepas menemui kepala tersebut, penduduk kampung berkenaan membuat laporan di Balai Polis Permaisuri kira-kira 45 minit kemudian. Berikutan laporan itu katanya, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu diarahkan ke tempat kejadian.
''Pasukan forensik hanya menemui kepala bayi yang dipercayai sudah berusia seminggu berdasarkan keadaannya yang berulat di dalam tong sampah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, pihak polis masih menyiasat mengenai punca kematian bayi tersebut.
Katanya, seorang wanita berusia 41 tahun dipercayai ibu bayi berkenaan ditahan di rumahnya di Kampung Banggol kira-kira pukul 3.30 pagi ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.''Wanita berkenaan yang sebelum ini merupakan seorang ibu tunggal telah rujuk semula dengan bekas suaminya beberapa bulan lalu.''Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," ujarnya. Sementara itu beliau berkata, kes rogol di negeri ini menunjukkan peningkatan dengan 140 kes dilaporkan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini berbanding 128 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas. Beliau meminta ibu bapa meningkatkan pemantauan ke atas anak-anak mereka terutama dalam musim cuti persekolahan tidak lama lagi.
''Jangan biarkan mereka terlalu bersosial dan pastikan mereka tidak keluar pada waktu malam bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku," ujarnya.
Utusan Malaysia : 3 November 2009


Bahana Zina


BAHANA ZINA

Pemeliharaan kehormatan nasab (keturunan ) itu menjadi antara lima objektif penting (Al-Kuliyyatul Khams) bagi agama Islam, maka ia dengan sepenuh ketegasan melarang umatnya daripada melakukan zina. Kenapa? Kerana ZINA adalah perbuatan sangat keji, hina menurut pandangan Allah dan Rasul-NYA manakala mereka yang melakukannya mendapat dosa besar.

Agar terhindar dari zina, Allah SWT sekali lagi menegah hamba-hamba-NYA daripada terjebak kepada ‘mukhadimah’ atau ‘perkara-perkara’ yang menjadi pendahuluan zina. Mukhadimah zina merujuk kepada pergaulan bebas tanpa batasan, berkhayal dan berimaginasi perkara-perkara lucah, membaca bacaan lucah, melihat gambar atau VCD lucah, menonton filem porno, berdua-duaan di tempat sunyi, berdating tanpa mahram, berpegangan tangan, berpelukan dan berciuman. Inilah yang disebutkan mukhadimah zina yang mana akhirnya bakal mencetuskan zina yang hina-dina.


Firman Allah: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesunguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk". (al-Isra: 32).

Kerana jahil dan lemah iman, ramai yang beranggapan pertunangan adalah 'lesen' untuk melakukan adegen-adegen yang ‘ringan’ sebagimana yang dinyatakan di atas tadi. Ampun maaf, banyak kes penzinaan berlaku di dalam fasa pertunangan. Sikap meremehkan yang ‘ringan-ringan’ itu hasilnya membuahkan penyakit-penyakit hati yang baru. Al-Fadhil Ustaz Zaharuddin mencatatkan di dalam artikelnya seperti berikut: Ia berdalilkan firman Allah SWT: Ertinya“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya”. (al-Baqarah:10).

BENCANA AKIBAT ZINA

Maka sesiapa yang membiarkan ikatan pertunangan dan era mudanya dicerami dengan ‘ringan-ringan’ dan zina, ia membenihkan penyakit yang serius dalam hati. Tanpa taubat yang sebenar, Allah SWT akan membiakkan lagi peluang dan ruangnya untuk menjadi orang yang celaka, dan mendapat keluarga yang bakal runtuh, kecoh dan hancur. Keluarga yang berpotensi melahirkan suami yang bermain kayu tiga, isteri bercinta dan zina dengan rakan sekerja, anak yang menjadi penzina muda di sekolah dan lain-lain bencana keluarga yang pastinya diakhiri dengan penceraian dan penderitaan anak-anak. Matinya si ibu dan bapa ini kelak, mungki diiringi dengan celaan atau sorakkan oleh anak-anak peninggalannya. Ohh..sungguh menakutkan.

Andai benar-benar ingin menjadi umat Nabi Muhammad SAW, maka jauhilah zina. Berjanjilah sepenuh hati untuk sedaya upaya menjauhi zina termasuklah segala mukhadimahnya. Rasulullah SAW, ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sabahat lelaki dna perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.

Allah memberi amaran, bahawa balasan-NYA ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-NYA. Di dalam wahyu-Nya yang suci Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina, hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.

Firman Allah : “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera, Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya , satu golongan daripada orang Mukmin.” (an-Nur:2).

Pernahkan anda terbaca bagaimana Amirul Mukminim, Syaidina Umar al-Khattab r.a telah menjalankan sendiri hukuman sebat ke atas anak lelakinya yang terjebak dengan zina?. Ya, sememangnya dugaan yang maha besar. Namun, dia akur dan pasrah pada kehendak Allah dari kehendak dirinya sendiri. Begitulah kepatuhan beliau yang tuntas kepada Allah dan Rasul-NYA walaupun melibatkan anak beranaknya sendiri. Dia telah meletakkan hukum Allah di atas segala-galanya. Redha Allah untukmu duhai al-Faruq!.

Thabrani’an Ibni Ababs meriwayatkan, daripada hadis Rasullullah SAW, BAginda bersabda ‘ Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah kepadanya, dan ia berkekalan dalam neraka”.

Menurut satu riwayat, Rasulullah bersabda: “Takutlah kamu berbuat zina, kerana bagi orang yang mengerjakan perbuatan zina itu, akan diberi enam macam bala oleh Allah. Tiga daripadanya seksa sewaktu berada di dunia, iaitu mengurangkan rezekinya, menghilangkan keberkatan umurnya, sewaktu dicabut nyawanya kelak, tidak ada rahmat dan belas kasihan terhadap dirinya”..


Oleh : Amal Islamy (Anis Oktober 2009).


Peserta Kini

Assalamualaikum wrt wbt

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Kini peserta Kempen Anda Bijak Jauhi Zina ini telah mencecah 10, 583 orang, yang melibatkan 9655 pelajar sekolah, 456 guru-guru, 230 IbuBapa dan 340 pelajar IPT.

Teruskan mengunjungi blog kami untuk perkembangan kempen, isu semasa dan tazkirah.

Jangan lupa khabarkan kepada kawan-kawan, saudara mara, guru-guru, ahli keluarga dan sahabat handai!

Terima Kasih kepada semua yang menyokong kempen kami. Semoga Allah memberkati usaha kalian.

Wahai Lelaki

Assalamualaikum WRT WBT

Wahai lelaki,

Janganlah hipokrit, semua lelaki perlukan wanita. Tanpa wanita hati, perasaan, dan fikiran lelaki akan rosak. Mereka masih mencari walaupun ada segalanya. Apa yang tidak ada disyurga sehingga Adam tetap rindukan Hawa..?

Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri, ataupun puteri. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus , mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Wahai lelaki, luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah. Didiklah wanita dengan panduan dari-Nya. Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka sungguh dan semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal kerana di situlah punca bagi kekuatan dunia.

Akal wanita setipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman. Hiasilah ia dengan akhlak. Bisikkan ke telinga mereka kelembutan bukan satu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Tuhan.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan melurus bahkan membengkok.

Itulah akibat andai wanita tidak kenal TuhanNya. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan, tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepadaNya. Jinakkan diri pada Allah nescaya akan jinaklah segalanya di bawah pimpinanmu.

Dan… janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Sayidina Ali Karramallhuwajhah…

Renugkanlah dirimu..

Sifat Malu

Assalamualaikum wrt wbt

Ape khabar adik-adik semua. KakMyra minta maaf sebab lama tak update blog kite ni. Tapi harapnya adik-adik semua masih setia bersama kami menjadi duta kempen ABJZ di negeri Johor ni InsyaAllah.

Mari kita bermuhasabah sedikit hari ni ye. Ni ade satu article yang menarik minat akak untuk letak di sini. Buat renungan kita semua.

-----------------------------------
Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita.

Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya,di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu" (Hadis riwayat Baihaqi)

Wanita,apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati,apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu"

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.

Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka.

Sayang, wanita yang sepatutunya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Tapi percaya lah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.