JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

Sukan Bowling KBJ_IOI Mall Kulaijaya

Salam to all,

Alhamdulillah, pada 22hb Mei yang lalu Kelab Belia JIM Johor telah mengadakan aktiviti sukan boling yang diadakan di komplek beli-belah IOI Mall, Kulaijaya. Aktiviti ini melibatkan penggerak2 KBJ Johor bersama rakan2 yang pernah mengikut program KBJ Johor sebelum ini. Antara objektif aktiviti sukan ini adalah untuk meramaikan lagi penggerak KBJ Johor agar program2 KBJ Johor yang telah dirancang dapat berjalan dengan lancar. Seramai lebih kurang 24 orang telah menyertai aktiviti sukan boling ini.



image001421.jpgBeberapa AJK Belia 4B Felda Taib Andak termasuk pengerusinya, Sdr Ajis (yang duduk berbaju gelap) turut serta, termasuk alumni JJB dari Felda Taib Andak, Sdr Hanifa (berkaca mata).



image002322.jpg

Aksi peserta lelaki & macam2 gaya ada &



image003228.jpg

Aksi peserta wanita & masa yang akan datang pihak penganjur akan menyediakan kategori peserta bola boling paling banyak masuk longkang &



image004167.jpg

Selesai aktiviti sukan boling, KBJ Johor telah meraikan hari ulangtahun Sdr Safwan(penggerak KBJ) & Sdri Noraliya(bakal penggerak KBJ). Kemudian diikuti majlis penyerahan hadiah kepada juara kumpulan lelaki oleh Sdr Mohd Said(SU KBJ Johor) dan kepada juara kumpulan wanita oleh Sdri Rafidah(Tim Pengarah II KBJ Johor).



image005158.jpg

Sukan boling ini adalah merupakan salah satu aktiviti sihat sepanjang hayat yang telah dimasukkan dalam senarai beberapa aktiviti2 untuk penambahan penggerak KBJ yang telah diputuskan dalam muzakarah Belia Johor pada bulan Feb yang lepas. (up 1 notch)



image006127.jpg

Mudah-mudah aktiviti sebegini akan dapat menarik lebih ramai lagi belia untuk bersama2 dengan KBJ & menggerakkan aktiviti belia didalam masyarakat.



Sekian & Salam

Khalid Liman@Pak Kay

Tim Pengarah I KBJ Johor

No Response to "Sukan Bowling KBJ_IOI Mall Kulaijaya"