CURRENT CONTENT
Team JK Pemuda- Remaja Belia IKRAM Johor dengan diiringi oleh beberapa anak muda dan seorang lagi otai RnB ( Pak uteh ) telah melakukan jaulah ke Segamat pada hujung minggu lalu Perjalanan kami bermula pada Jumaat malam 6 Ogos yang lalu.
Kami memulakan perjalanan dari KulaiJaya, selepas solat Isyak.Alhamdulillah rezeki kami di KulaiJaya. Sempat pekena pizza Pak Uteh dan di jamu dengan jamuan makan malam di rumah YDP IKRAM KulaiJaya. Tetapi Ust Ajmain tiada dirumah malam tu kerana ada ceramah semarak ramadhan. Kami di layani oleh Kak Noraini serta anakanda Hafizul Amin dan isteri Sakeenah Norkhair. JZKK utk ust sekeluaga
Kami bermalam di Pej IKRAM Segamat yang terletak di Taman Yayasan Akhwat pula di Log Home, rumah paklong YDP IKRAM Segamat. Oppsss… pejabat IKRAM terletak kat atas kedai farmasi tu. Nie sebelum kami berpecah untuk ke 3 lokasi yang berbeza pada awal pagi 7 Ogos :
- JJB SMKA Segamat ( lead by PakLong)
- JJB SMK Sri Kenangan (lead by Fidah)
- KBM UiTM Segamat ( lead by Pak Uteh)
… nantikan lapurannya nanti.
Tempat penginapan kami pada hari kedua. Siti Anie, Myra , Fidah, Paklong, Taufik, Aslam,Acap, Ahmad dan Pak Uteh. Sape pulak ek yang jadi jurukamera? JZKK ikhwah UiTM Segamat
Semasa berlangsungnya KBM di UiTM, team JK Pemuda- RnB Ikram Johor telah mengadakan persidangan meja bulat dengan ikhwah di Segamat. Turut hadir ialah TYDP Ikram Segamat merangkap Pengerusi Tarbiyyah, Ust Mohd Narawi, Pengerusi Pemuda- Remaja Belia IKRAM Segamat, Cikgu Ariff dan Presiden Kelab Insaf, UiTM, Sdr Fakhrul Razi. Banyak perkara berkaitan, Remaja/Belia dan UiTM yang telah kami bincangkan. Alhamdulillah.
Selepas tamat prog KBM di UiTM petang semalam, rombongan telah melawat bekas penggerak KRI/KBJ akhi Ariffin dan Ukhti Azizah dirumah mereka di Batu Anam. Alhamdulillah ceria nampaknya Akhi Arifin dalam menerima kunjungan kami, tu bakal cameraman cum SU IKRAM Segamat, InsyaAllah.
Alhamdulillah rezeki kami merasa durian Segamat. Memang lain durian Segamat nie. JZKK Pak Long dan Mak Long
Tazkirah santai dari PakLong…ke2-2 paklong, paklong senior dan paklong junior.
Akhirkata....
JZKK kepada semua yang mengikuti jaulah ini. JZKK kepada tuan rumah, ikhwah dan akhwat Segamat Semuga semua usaha dirahmati Allah hendaknya. Amin...
Yang melaporkan;
PakLong JB
No Response to "Jaulah RnB IKRAM ke Segamat"
Post a Comment