JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

Pelajar buang bayi serah diri

KUANTAN: Seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah menengah agama di sini, ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes membuang bayi di halaman sebuah rumah sewa di Taman Balok Makmur, kelmarin.

Pelajar perempuan berusia 16 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner, Mohd Jasmani Yusoff, pelajar terbabit yang tinggal di Balok dibawa ibunya ke IPD, di sini dan mengakui perbuatannya membuang mayat bayi berkenaan.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Pelajar terbabit dihantar untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya di sini, semalam.

Mohd Jasmani berkata, pelajar itu mendakwa dia dirogol seorang kenalan sehingga mengandung.

Kelmarin, pekerja kilang, Suhaimi Ibrahim dan rakannya, Mohd Hafiz Ismail menemui mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat yang dibungkus dengan selendang putih di pekarangan rumah sewa di Taman Balok Makmur, kira-kira jam 7.30 pagi.

Turut ditemui bersama mayat bayi itu ialah sekeping nota bertulis: 'tolong kebumikan. Terima kasih, saya sayang dia tapi tak berupaya untuk lakukan pengebumian. Saya hargai pertolongan anda'.

Mohd Jasmani berkata, siasatan awal tidak menolak kemungkinan bayi terbabit baru dilahirkan antara empat hingga lima jam sebelum ditemui berdasarkan keadaan bayi.

3 Response to Pelajar buang bayi serah diri

June 1, 2009 at 3:21 AM

huhu.elak da buat tapi tak malu mengaku kena rogol pula.hade.semoga DIA mengampunkan dosa.

June 30, 2009 at 5:29 PM

salam...

jaga sikit mulut tu... kalau tak tau perkara sebenar... bahaya pertuduhan tu...

silap2, tuduh tanpa bukti... kene 'kazab' pulak...

sebagai renungan:

Firman Allah,"Orang-orang yang menuduh perempuan suci (berzina) kemudian mereka tidak mengemukakan 4 orang saksi, hendaklah kamu dera mereka itu 80 kali dan janganlah kamu terima kesaksiannya selama-lamanya, kerana mereka orang yang fasik.

An-Nur-4.

wallahu 'alam...

***

July 1, 2009 at 4:53 AM

hmmm.. menarik comment sepohon kayu.

Jzkk atas komen bernas. InsyaAllah selepas ni, bila ada berita2 yang di ambil dari surat khabar seperti ini, kami akan cuba tapis.

Apa2 pun, teruskan comment yang berasas dan bermanfaat.