JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

Pelajar mengaku khalwat

Oleh Mohamed Farid Noh


Photobucket
TERTUDUH, Raden Farah dan Tengku Mohd Faisal menutup muka ketika di luar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: "Saya tahu saya sudah mencalarkan maruah keluarga tetapi saya sudah insaf dan berjanji akan menjadi orang lebih baik selepas ini," itulah luahan pelajar perempuan Kuliah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum dijatuhkan hukuman penjara dan denda kerana berkhalwat.

Raden Farah Al Wani Ab Halim, 21, yang mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang tentera yang baru lima hari dikenalinya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, menangis teresak-esak ketika memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya.

Bagaimanapun, Hakim Syarie Mohd Radzi Abd Latif tetap menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM2,000 terhadapnya.

Pasangannya, Tengku Mohd Faisal Engku Mahmood Mahedden, sekitar 20-an, yang hadir di mahkamah lengkap berpakaian tentera mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan bulan depan.

Kedua-dua ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang melakukan operasi cegah maksiat di Bilik A2, Welvest International Youth Hotel, Jalan Merpati off Jalan Raja Laut di sini, jam 2.50 pagi, 1 Januari lalu.

Raden Farah ditemui sedang bersembunyi dalam bilik air dengan hanya menggunakan cadar putih bagi menutupi badan manakala Tengku Mohd Faisal yang membuka pintu hotel itu tidak memakai baju dan hanya berseluar.

Turut didakwa di mahkamah semalam, tujuh pasangan lain termasuk pasangan duda dan janda iaitu kekasih yang bertemu kembali selepas lama berpisah serta ditangkap berkhalwat di rumah wanita itu pada jam 3.05 pagi, selain pasangan pembantu kedai dan lelaki warga Myanmar yang bukan Islam.

Pasangan duda dan janda, Zaharin Zainal, 35, seorang peniaga dan Zarina Anuar, 38, akauntan didenda RM3,000 atau 20 bulan penjara, manakala Shuhaida Sidik, 24, pula dijatuhkan hukuman penjara 30 hari, didenda RM3,000 atau penjara 20 bulan kerana mengaku pernah terlanjur dengan pasangan Myanmarnya.

2 Response to Pelajar mengaku khalwat

June 1, 2009 at 3:18 AM

semoga DIA ampunkan dosadosa mereka+berikan hidayah kepada mereka.

June 30, 2009 at 5:24 PM

astarghfirullah...

nape sebut nama pesalah?

bukan dah menambahkan aib saudara sendiri ka?

artikel yang baik dan menginsafkan... err tapi, menyebarkan keburukan orang untuk selama artikel ini di'publishkan'

wallahu 'alam...

***