JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

Sesi Training

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, kini telah masuk bulan ke 6 Kempen ABJZ peringkat Negeri Johor telah dilaksanakan dengan jumlah 35 kempen diseluruh negeri Johor yang melibatkan 8.298 peserta dari pelbagai sekolah dan institutsi pengajian tinggi.

Team ABJZ Johor kini mendapat permintaan dari pelbagai pihak di seluruh negeri Johor, termasuklah daerah-daerah seperti Muar, Kluang, Batu Pahat, Simpang Renggam dan Pontian. Target kami adalah untuk menyebarkan kempen ABJZ ini keseluruh pelusuk negeri Johor, agar sama-sama kita membetulkan apa yang biasa dan membiasakan apa yang betul.

Pada 30 Julai 2009, Team ABJZ Johor telah mengadakan satu lagi sesi training (TOT) untuk para fasilitator yang akan bersama-sama dalam pakej ABJZ 29 jam.

Program ABJZ 29 jam paling terdekat adalah pada 1 & 2 Ogos bertempat di SMK Benut, Pontian. Seramai 11 sukarelawan anak-anak muda telah menghadirkan diri di training ini bagi penyediaan mental dan rohani mereka.

Kehadiran pada TOT ini amatlah dihargai dan semoga usaha yang kerdil seumpamanya ini dan pengorbanan serta usaha kita diberkati Allah hendaknya. Jazakumullahu Khairan Kathira diatas kerjasama semua.

Kami mengharapkan berkat doa semua pihak di atas kejayaan dan keberkesanan program kali ini. Segala yang baik itu daripada Allah Ta'ala, dan kekurangan itu dari kelemahan pihak kami sendiri.

1 Response to Sesi Training

July 30, 2009 at 7:55 PM

semoga DIA terus membekalkan kekuatankekuatan yang hebat untuk kalian.