JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

Perkembangan Kempen di Johor

Assalamualaikum WRT WBT dan Salam Sejahtera.

Hi adik adik! Kini KakMyra kembali bersama dalam blog Kempen ABJZ Negeri Johor ini. Ape khabar adik2? Akak doakan kita sama2 sentiasa dalam keadaan sihat dan sentiasa berada dalam jalan siratulmustaqim.

Akak minta maaf kerana dah lama tak menulis kat blog ni. Kemungkinan ada adik2 yang setia membuka blog ABJZ ni tiap-tiap hari. Sekali lagi akak nak minta maaf bagi pihak Team ABJZ Negeri Johor. Sejak dua menjak ni, kami agak sibuk dengan memenuhi permintaan yang semakin banyak di seluruh negeri Johor. Dalam masa yang sama, kami semua sedang dalam process memperbaiki dan melakukan penambahbaikan kepada bahan-bahan kempen.

Jadi, walaupun blog ni jarang di update, kami semua masih mendoakan adik2 semua masih bersemangat dan masih setia bersama-sama kami dalam perjuangan mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar.

Selepas bulan Ramadhan dan bulan Syawal, sudah semakin ramai adik2 yang terlibat sama dalam kempen ini. Ahlan wa Sahlan kepada adik-adik yang baru sahaja menyertai kami, termasuklah adik-adik dari SMK Sultan Ibrahim, SMK Kulai Besar, SMKA Johor Bahru, SMKA Segamat, SMKA Bandar Penawar, SMKA Muar dan dari pelbagai lagi sekolah diseluruh negeri Johor. Tak lupa juga pada adik-adik Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ledang, Tangkak yang berpeluang mengikuti modul Jom Jadi Bijak 29 jam.

Alhamdulillah Allah memberikan peluang pada adik-adik bersama kami dan memberi peluang kita sama-sama berubah kepada menjadi insan yang lebih baik, InsyaAllah.

Di sini akak sertakan sedikit gambar-gambaran daripada SMK Kulai Besar.

Akhir kata, Salam AidilAdha buat semua adik-adik yang akak sayangi. Selamat berkorban semua! :D

KakMyra

2 Response to Perkembangan Kempen di Johor

November 26, 2009 at 3:11 AM

SALAM....
KAK MIRA,SAYA SALAH SEORANG PESERTA DARI ILP Ledang,Tangkak
KOMITMEN YANG DIBERIKAN CUKUP MEMBERIKAN SATU SEMANGAT BARU BUAT DIRI INI.....

HIDUP KBJ JOHOR...!!!!!

November 26, 2009 at 6:03 AM

Salam adik Que Zee.

Wah, sungguh glamor nickname adik ni. Hehe =)

Alhamdulillah. Kami semua mendoakan semangat yang adik dpt itu kekal dan adik sentiasa beristiqamah dalam mengerjakan tanggungjawab amar ma'ruf nahi mungkar.

Salam Aidiladha dan semoga kita semua dapat berjumpa lagi di lain hari insyaAllah. Keep in touch! *hugs* :D