JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

Hari Jumaat yang Mulia

Bismillahi Rahmani Rahim

Assalamualaikum WRT WBT

Ape khabar semua? InsyaAllah semua berada dalam keadaan sehat walafiat di samping orang2 yang paling disayangi.

Rasa macam dah lamaaaaaaaaaa sangat akak tak menulis dalam blog kita ni. Ye lah, masing2 pun ade tanggungjawab masing2 kan. Tak kira lah sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai suami/isteri (bagi yang dah berkahwin), tanggungjawab kerja, sebagai ibubapa dan sebagainya.

Namun begitu, walaupun masa kita dipenuhi dengan kesibukan duniawi, kita janganlah lupa kepentingan akhirat kita. Selagi mana kita mengaku sebagai seorang Muslim, selagi itulah kita perlu memenuhi keperluan mengerjakan amar makruf nahi mungkar. Punyalah penting amar makruf nahi mungkar ni, sehinggakan ada pendapat ulama yang mengatakan, jika kita tidak mengajak orang ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran di sekeliling kita, maka kita tidak mengerjakan tanggungjawab kita sebagai orang Islam.

Bila bercakap tentang tanggungjawab asas, suka akak sentuh pasal solat.

Majority diantara masyarakat Islam zaman sekarang ni menganggap solat tu sebagai membuang masa dan menyusahkan. Sedangkan solatlah amalan pertama dan tanggungjawab pertama sebagai seorang yang mengaku Lailahailallah Muhammadur Rasulullah.

Ramai di antara kita lupa bahawa solatlah amalan PERTAMA yang akan dihisab di akhirat kelak. Bila sempurna dan lengkap solat seseorang, itu barulah Allah melihat segala amalan2 yang lain untuk dikira. Jika amalan solat tidak sempurna, Allah takkan tengok amalan2 yang lain.

Kalau kita byk bersedekah pada org fakir miskin, kalau kita tolong org yg dalam kesusahan, kalau kita penat2 puasa pada bulan Ramadhan, tapi solat kita missing sana sini, semuanya rugi je sbb Allah takkan tengok pun nanti.

Ada juga diantara masyarakat kita yang solat hanya pada hari Jumaat je. Time tu je lah yang kita lihat Masjid2 penuh dengan jamaah. Alangkah sedihnya melihat di antara golongan lelaki yang solat jumaat pun tak berusaha untuk pergi. Malah, tidak malu dengan keingkaran tersebut. Boleh lagi mereka melepak-lepak di kedai makan, boleh lagi mereka tidur dengan lena tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Kalau kita lihat situasi di Mekah dan Madinah, sejak dari zaman Rasulullah lagi, bilamana azan berkumandang, semua para peniaga berhampiran masjid akan terus meninggalkan perniagaan mereka untuk mengerjakan solat yang merupakan tanggungjawab yang lebih penting.

Tapi zaman sekarang, apa yang kita lihat?

Akak ingat dulu, kat taman akak ni, ada satu gerai yang jual cendol sedap. Kami sekeluarga selalu beli cendol kat situ. Tapi, satu hari sewaktu akak nak beli cendol untuk sekeluarga, ayah akak kata tak payah lah. Bila akak tanya kenapa, ayah akak jawab sebab dalam Islam, bila masuk waktu zuhur pada hari jumaat, jika terdapat lelaki yang tidak meninggalkan perniagaan mereka untuk solat, maka kita sebagai seorang Islam jangan bersubahat dengan menggalakkan penerusan perniagaan tersebut.

Kenapa lah ek, mereka ini lebih mementingkan hasil perniagaan dan duit daripada mendapat keredhaan dan keberkatan Allah Taala? Tidakkah mereka sedar bahawa kejayaan dan rezeki perniagaan itu semuanya datang dari Allah.

Ada juga adik-adik lelaki yang akak nampak lebih gemar melepak di shopping compleks, main kat game arcade. Ada yang sampai ’menyorok’ dalam panggung wayang, kononya sebab malu kalau org nampak tak pergi solat jumaat. Tapi wahai adik-adik, tidakkah adik2 sedar yang walau apa pun kita buat, Allah nampak. Kenapa kita boleh malu dengan org lain tapi tidak malu dengan Allah Taala?

Ada pula golongan yang sengaja melambatkan diri untuk pergi ke Masjid kerana ’malas’ nak dengar khutbah. Astaghfirullah, adik-adik.. mendengar khutbah tu salah satu rukun. Kalau miss dengar khutbah dengan sengaja, maka miss lah pahala jumaat yang berganda-ganda tu.

Hadith Rasulullah ada mengatakan bahawa bila seorang lelaki tidak pergi solat Jumaat 3 kali berturut-turut dengan sengaja, dia boleh dikategorikan sebagai murtad.

Wahai kaum adam, andalah yang bakal menjadi pemimpin agama. Anda lah yang menjadi penahanan barisan hadapan apabila menghadapi musuh Islam, andalah yang akan menjadi ketua keluarga, seorang abang yang bertanggungjawab terhadap adik-adiknya, seorang anak yang bertanggungjawab terhadap ibunya sehingga akhir hayatnya, andalah yang akan mengazankan anakmu. Dan anda jugalah yang akan menjadi para barisan mujahidin. Maka sedarlah wahai para rijal-rijal. Jika Iman tidak mantap dalam dirimu, bagaimanakah nasib Islam pada masa hadapan?

Bagi kaum hawa, bila kita nampak keadaan dimana terdapat kaum lelaki yang tak pergi solat Jumaat, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur. Janganlah kita malu untuk melakukan perkara yang baik.

Jom lah wahai adik-adik dan rakan seperjuangan. Inilah masa kita untuk bergerak membetulkan yang biasa yang membiasakan yang betul. Hari yang paling mulia dalam Islam adalah hari jumaat. Hari jumaat jugalah masa kita rehat paling lama. Ramai diantara kita mengambil masa ini untuk pergi bershopping dan lunch bersama rakan-rakan. Ambillah peluang ini untuk menegur kaum lelaki yang kita jumpa yang terang-terangan tidak pergi solat jumaat. Sekali lagi, janganlah malu untuk menegur dan melakukan kebaikan. Sesungguhnya ganjaran Allah itu lebih besar di akhirat kelak.

Jom Jadi Bijak dengan mengerjakan tanggungjawab anda!

Salam Sayang dari,
KakMyra

No Response to "Hari Jumaat yang Mulia"