JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

Setiap 17 Minit 17 Saat


Pendaftaran Anak Luar Nikah Setiap 17 Minit 17 Saat.




Itulah senario hari ini. Membaca tajuknya pun sudah cukup menakutkan. Apa sudah jadi dengan istitusi keluarga hari ini?. Pelbagai kempen telah dibuat termasuk pelbagai dasar dibentangkan. Namun, hasilnya, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mencatatkan sejak tahun 2000 hingga Julai 2008, terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa. Secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Dan jika diunjurkan lagi, kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!.


Hakikatnya kajian yang didedahkan oleh Dr. Fatimah Abdullah dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan itu tidak mengambil kira jumlah bayi yang dibuang, disembunyikan, atau yang mati ketika dilahirkan hasil daripada persetubuhan luar nikah.


Turut mengejutkan, laporan kajian oleh Durex & Durex, mendapati Malaysia dikategorikan sebagai negara yang mengamalkan seks luar nikah di kalangan remaja Malaysia dengan purata 62 kali setahun (kajian 2003) dan 86 kali setahun (kajian 2004) berbanding Jepu yang hanya 37 kali setahun (2001). Turut direkodkan, remaja perempuan di Malaysia didapati kehilangan dara pada usia muda iaitu 20 tahun (kajian 2001) dan ketika berumur 19.3 tahun (kajian 2004). Melalui angka-angka tersebut, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Johor adalah negeri-negeri yang mencatatkan kelahiran tak sah taraf dengan peratusan bagi setiap negeri terbabit melebihi 10 peratus.


Pun begitu, menurut Dr. Fatimah, faktor yang mungkin relevan dalam konteks ini ialah penghijrahan golongan muda dari negeri-negeri lain ke Kuala Lumpur dan Selangor sehingga menyebabkan kes-kes di tempat tersebut mencatatkan peratusan yang tinggi. Yang pasti dari kajian yang dilakukan oleh Dr. Fatimah melalui responden daripada 122 orang yang di daftarkan di Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia antara tahun 2004-2008, membabitkan bangsa Melayu dan beragama Islam, mendapati tidak faham hukum hakam agama dan adab pergaulan dengan teman lelaki, menjadi punca kehamilan anak nikah.Ujar Dr. Fatimah, rata-rata mereka yang terlibat dengan ‘insiden’ tersebut berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah, datang dari keluarga ibu atau bapa tunggal, ibu yang tiada pendapatan, serta dikategorikan dari keluarga yang besar iaitu mempunyai jumlah adik-beradik di antara empat hingga lapan orang.


Kesimpulan yang dibuat hasil kajian yang dilakukan ialah dalam konteks Malaysia, dasar dan program yang bersepadu untuk remaja hamil tanpa nikah hampir tidak ada.”Dalam konteks kajian sosial, fenomena ini sebenarnya adalah menifestasi kepada isu yang lebih besar tentang kekalutan dalam struktur dan organisasi sosial dalam masyarakat,”..ujarnya. Jelas Dr.Fatimah, meningkatnya kes kehamilan anak luar nikah ia turut mempengaruhi jumlah petambahan pengguguran janin serta kelahiran bayi yang dibuang.




“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.”

(Surah Al-Isra’ ;32)


Al-Islam Februari 2010



No Response to "Setiap 17 Minit 17 Saat"