JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

Program BPrima (Belia Prihatin Masyarakat)

Salam to all,

24hb April 2010, Alhamdulillah, Kelab Belia JIM (KBJ) Johor telah mengadakan satu aktiviti khidmat masyarakat dengan nama ‘Belia Prihatin Masyarakat’ (BPRIMA) di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas, Johor Baharu. Aktiviti BPRIMA ini telah pun bermula pada 22hb April yang lalu dengan kehadiran 30~35 beliawanis dari Skudai yang menyantuni dan meladani penghuni wanita di rumah penjagaan untuk warga emas wanita yang terletak tidak jauh dari pusat jagaan itu.



Sebelum aktiviti bermula pagi tadi, seramai 35 orang peserta telah berkumpul di Masjid Al-Mizan Kempas. Penyampaian tazkirah yang santai telah disampaikan oleh Pengarah KBJ Johor, Hj Aminuddin@Pak Long sambil menikmati sarapan pagi. Kemudian penerangan tugasan untuk peserta yang telah disediakan oleh Pengarah Program BPRIMA, ukht Mozarita Amin dengan dibantu oleh ukht Siti Rohani Mahat (Pen Pengarah BPRIMA). Disamping itu brosur tentang JIM Johor, Wanita JIM Johor dan KBJ Johor telah diberikan kepada peserta yang baru menyertai aktiviti KBJ Johor.


Setelah itu, peserta BPRIMA bergerak ke pusat tersebut yang terletak tidak jauh dari Masjid Al-Mizan secara berkonvoi. Salam perkenalan antara peserta bersama penghuni. Senyum, salam dan sapa …

Aktiviti khidmat masyarakat bermula dengan pembahagian zon tugasan samada di dalam kawasan rumah atau di bahagian luar. Ada yang ditugaskan mengemas, menyapu, mengemop, mengecat, membasuh, memotong rumput …


Cadar dan sarung bantal ditukar dengan yang baru ….

Masing-masing menjalankan tugasan yang telah diberikan …


Sementara sebahagian peserta BPRIMA melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat, ada yang ditugaskan untuk menyantuni penghuni sambil menonton tayangan video. Dr Zamil sedang memberi nasihat kesihatan kepada penghuni.


Di akhir aktiviti ini, Pengarah KBJ Johor, Hj Aminuddin@Pak Long menyerahkan sumbangan yang dihulurkan oleh mereka yang prihatin serta plag BPRIMA kepada pengerusi Rumah Nur Ehsan, Tn Hj Sharipin. Peserta juga turut memberikan sedikit buah tangan serta sampul duit untuk setiap penghuni. Tn Hj Sharipin mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan KBJ Johor dan menyerahkan surat penghargaan kepada Pengarah KBJ Johor.


Ucapan Jazakallah kepada beliawanis, ukth Mozarita Amin dan Siti Rohani Mahat telah telah berusaha mengendalikan dan menjayakan aktiviti BPRIMA ini. Bagi pihak KBJ Johor juga mengucapkan Jazakallahu Khairan Kathira atas kesudian semua yang terlibat dalam aktviti BPRIMA ini dan juga atas apa jua sumbangan yang telah diberikan. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya.


Yang Melaporkan
Khalid Liman@Pak Kay

No Response to "Program BPrima (Belia Prihatin Masyarakat)"