JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

4 Ramadhan: Sorok Dalam Almari

Oleh Azida Shaharuddin
azida@nstp.com.my

Lelaki sembunyi elak ditahan dalam operasi maksiat hari ke-4 Ramadan

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 23 tahun tidak sempat memakai seluar dalam sebelum bertindak bersembunyi dalam almari kanvas kecil, manakala teman wanita sebayanya hanya membalut tubuh dengan cadar ketika pintu bilik mereka diketuk Jabatan Agama Johor (JAJ) dalam serbuan di Rumah Pangsa Sri Lanang, Desa Tebrau, di sini awal pagi semalam.

Pasangan itu antara dua pasangan yang diserbu sekumpulan tujuh anggota penguat kuasa JAJ daerah diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasaan Unit Operasi JAJ, Adam Ibrahim selepas jabatan itu menerima maklumat awam mengenai kegiatan maksiat.

Serbuan pertama dibuat ke atas rumah sewa pekerja kilang wanita terbabit yang terletak di tingkat tiga rumah pangsa itu dalam operasi jam 1.15 pagi.

Selepas kira-kira lima minit mengetuk salah satu pintu bilik rumah dipercayai tempat pasangan itu bersekedudukan dan memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa, penghuni bilik iaitu seorang wanita yang hanya 'berkemban' dengan menggunakan cadar membuka pintu dengan wajah seperti baru bangun tidur sambil mengakui tiada lelaki dalam bilik itu.

Namun, cubaan wanita itu untuk menipu anggota penguat kuasa terbabit gagal apabila pasangannya dikesan menyorok dalam almari sebelum diarahkan keluar oleh salah seorang penguat kuasa.

Dalam serbuan kedua kira-kira jam 2 pagi pula, anggota penguat kuasa JAJ menyerbu sebuah rumah lot tepi di Jalan Kiambang Empat, Taman Sri Pandan, di sini sebelum menahan seorang lelaki warga emas bersama pasangan berusia 27 tahun.

Ketika serbuan, lelaki berusia 60 tahun itu membuka pintu membenarkan pihak berkuasa masuk dan kelihatan bersahaja mengakui hanya beliau dan wanita yang didakwa tunangnya saja berada dalam rumah, manakala penyewa lain pulang ke kampung dengan mereka bercadang untuk berkahwin selepas Aidilfitri.

Dalam soal siasat itu warga emas terbabit turut mengakui mempunyai satu rumah lain di jalan berlainan di taman sama, yang didiami bersama isterinya.

Kedua-dua pasangan masing-masing kemudian dibawa anggota penguat kuasa JAJ ke Balai Polis Taman Pelangi Indah dan Balai Polis Majidee, di sini bagi membuat laporan polis.

Adam berkata, pihaknya menerima banyak aduan menyatakan terdapat pasangan Islam yang bersekedudukan di sekitar bandar raya ini.

Beliau berkata, semua mereka kini ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997, iaitu kesalahan khalwat yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau satu tahun penjara.

“Pasangan pertama membabitkan lelaki dan wanita yang berusia 23 tahun ini adalah pekerja kilang, yang bekerja di sekitar kawasan Perindustrian Desa Tebrau dengan masing-masing berasal dari Taman Saujana, Johor Bahru serta Felda Air Tawar 1, di Kota Tinggi.

“Warga emas ini pula bekerja sendiri dan sememangnya berasal dari Taman Sri Pandan, manakala pasangannya yang tidak bekerja berasal dari Tanjung Karang Selangor, ” katanya.

--------------------------------------

Bila mana manusia tiada lagi perasaan takut atau malu dengan Allah, begini lah jadinya.

Dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ni, semasa pintu taubat terbuka luas, apabila pintu neraka di tutup rapat, masih lagi ada manusia yang tidak takut melakukan maksiat.

YaAllah, ampunkanlah dosa-dosa seluruh ummat Islam YaAllah. Tetapkanlah kami dalam agamaMu dan istiqamah dalam mengerjakan ibadah.

Semoga kita semua mengambil iktibar dengan berita-berita yang disiarkan.

Mari sama-sama kita doakan agar mereka-mereka yang masih dalam keadaan terlena ini, bangun dan kembali pada jalan yang benar.

Ameen..

2 Response to 4 Ramadhan: Sorok Dalam Almari

August 26, 2009 at 2:18 AM

semoga mereka dicerdikkan dengan sedikit ilmu agama untuk memandu mereka mendekati yang ESA.

August 26, 2009 at 1:42 PM

sedarlah wahai manusia... sesungguhnya kehidupan ini adalh kehidupan yang sementara... akhirat kekal abadi.

kita semua akan mati untuk mengadap tuhan yang Maha Kuasa...

kita akan dipersoalkan setiap zarah yang kita perlakukan di dunia ini~