JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

Waris Bayi Lelaki Dicari



KUALA LUMPUR: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat sedang mengesan ibu atau waris kepada seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang ditinggalkan di Sungai Ramal, baru-baru ini.

Bayi malang itu, yang dinamakan Muhammad Firdaus ditemui di depan pintu rumah seorang penduduk kampung jam 6.30 petang, 16 Jun lalu dalam keadaan masih bertali pusat.

Pegawai Pelindung, Rohaidah Omar, berkata bayi berkenaan kini diletakkan di bawah jagaan Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras, di sini, sementara siasatan lanjut dijalankan mengenai waris atau saudara-mara bayi.

“Waris diminta tampil menuntut bayi ini sebelum 14 Januari 2010 kerana selepas tempoh berkenaan, Mahkamah Bagi Kanak-kanak akan meneruskan perintah tetap berhubung proses pengambilan anak angkat,” katanya.

Beliau memohon ibu atau waris kanak-kanak terbabit serta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat di talian 03-8737 8007.

Metro : 29/12/2009

1 Response to Waris Bayi Lelaki Dicari

December 28, 2009 at 7:19 PM

sayu hati melihat bayi secomel ini ditinggalkan tanpa rasa kasih dan sayang...ke mana hilangnya rasa cinta dan kasih seorg ibu kepada anaknya?