Featured Content

JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

Mana Dapat tu Kak Mon?


Tak malu ke kita sebagai seorang manusia yang punyai akal?

Program BPrima (Belia Prihatin Masyarakat)

Salam to all,

24hb April 2010, Alhamdulillah, Kelab Belia JIM (KBJ) Johor telah mengadakan satu aktiviti khidmat masyarakat dengan nama ‘Belia Prihatin Masyarakat’ (BPRIMA) di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas, Johor Baharu. Aktiviti BPRIMA ini telah pun bermula pada 22hb April yang lalu dengan kehadiran 30~35 beliawanis dari Skudai yang menyantuni dan meladani penghuni wanita di rumah penjagaan untuk warga emas wanita yang terletak tidak jauh dari pusat jagaan itu.



Sebelum aktiviti bermula pagi tadi, seramai 35 orang peserta telah berkumpul di Masjid Al-Mizan Kempas. Penyampaian tazkirah yang santai telah disampaikan oleh Pengarah KBJ Johor, Hj Aminuddin@Pak Long sambil menikmati sarapan pagi. Kemudian penerangan tugasan untuk peserta yang telah disediakan oleh Pengarah Program BPRIMA, ukht Mozarita Amin dengan dibantu oleh ukht Siti Rohani Mahat (Pen Pengarah BPRIMA). Disamping itu brosur tentang JIM Johor, Wanita JIM Johor dan KBJ Johor telah diberikan kepada peserta yang baru menyertai aktiviti KBJ Johor.


Setelah itu, peserta BPRIMA bergerak ke pusat tersebut yang terletak tidak jauh dari Masjid Al-Mizan secara berkonvoi. Salam perkenalan antara peserta bersama penghuni. Senyum, salam dan sapa …

Aktiviti khidmat masyarakat bermula dengan pembahagian zon tugasan samada di dalam kawasan rumah atau di bahagian luar. Ada yang ditugaskan mengemas, menyapu, mengemop, mengecat, membasuh, memotong rumput …


Cadar dan sarung bantal ditukar dengan yang baru ….

Masing-masing menjalankan tugasan yang telah diberikan …


Sementara sebahagian peserta BPRIMA melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat, ada yang ditugaskan untuk menyantuni penghuni sambil menonton tayangan video. Dr Zamil sedang memberi nasihat kesihatan kepada penghuni.


Di akhir aktiviti ini, Pengarah KBJ Johor, Hj Aminuddin@Pak Long menyerahkan sumbangan yang dihulurkan oleh mereka yang prihatin serta plag BPRIMA kepada pengerusi Rumah Nur Ehsan, Tn Hj Sharipin. Peserta juga turut memberikan sedikit buah tangan serta sampul duit untuk setiap penghuni. Tn Hj Sharipin mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan KBJ Johor dan menyerahkan surat penghargaan kepada Pengarah KBJ Johor.


Ucapan Jazakallah kepada beliawanis, ukth Mozarita Amin dan Siti Rohani Mahat telah telah berusaha mengendalikan dan menjayakan aktiviti BPRIMA ini. Bagi pihak KBJ Johor juga mengucapkan Jazakallahu Khairan Kathira atas kesudian semua yang terlibat dalam aktviti BPRIMA ini dan juga atas apa jua sumbangan yang telah diberikan. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya.


Yang Melaporkan
Khalid Liman@Pak Kay

Kisah Pompeii Bakal Berlaku Semula?

Assalamualaikum WRT WBT

Di antara isu semasa yang hangat diperkatakan pada hari ini adalah bencana alam di sekitar kawasan eropah. Ada sape2 yang baca surat khabar atau tengok berita?

Kalau kita perasan, sejak dua menjak ni, byk betul gempa bumi yang berlaku diseluruh dunia. Sebelum ni akak dah tulis pun tentang kesan gempa-gempa ni kepada usia dunia. Bagi sesiapa yang belum sempat membacanya, sila browse thru archive blog JJB ni.

Hari ni, akak nak bawa adik-adik melihat peristiwa letusan gunung berapi di Iceland yang bernama Eyjafjallajokull. Gunung berapi yang ketinggian 1,666 meter ini sebenarnya terletak di kawasan beku dan dibawah lapisan ais yang tebal. Kalau adik-adik lihat gambar disebelah, begitulah rupa gunung berapi ini.

Bila tengok gambar, kita tak sangka wujudnya satu gunung berapi yang mempunyai suhu yang amat berbeza berbanding apa yang berada diluarnya.

Sebenarnya, menurut kajian dan sejarah, kali terakhir gunung berapi ini meletus (sebelum tahun 2010) adalah pada 1823. Sejak itu, gunung ini tiada peristiwa letusan sehinggalah tahun ini. Bagi tahun 2010 sahaja, gunung Eyjafjallajokull telah meletus sebanyak 2 kali -- kali kedua lebih dahsyat sehinggakan membawa kepada banjir/kenaikan paras air dikawasan sekelilingnya dan juga letupan debu-debu sehingga berkilometer tingginya.


Bila akak dengar dan baca laporan ni, akak teringat kisah gunung berapi Vesuvius di kawasan Itali sana. Bagi adik-adik yang dah pun mengikuti program Jom Jadi Bijak (JJB) atau Anda Bijak Jauhi Zina Negeri Johor, adik-adik akan paham apa yang akak maksudkan.
Sebelum ini juga, akak telah menulis satu post tentang kaum yang telah menerima azab Allah Taala pada zaman dulu, iaitu Kaum Pompeii.

Kalau kita tengok sejarah kaum yang menerima azab Allah ini, jalan ceritanya byk yang sama dengan apa yang berlaku sekarang.

Pada waktu dahulu, penduduk Pompeii yang tidak takut dengan Allah ini, malah tidak malu melakukan maksiat yang berleluasa, telah menerima balasan yang cukup dahsyat. Bila akak baca ceritanya, bila akak tahu kisah disebalik menurunan azab Allah ini, seram sejuk dibuatnya.

Jalan ceritanya lebih kurang sama.
1. Gunung berapi yang mengeluarkan asap-asap tebal, debu-debu yang beracun sehingga berbelas-belas kilometer tingginya.
- berlaku tak adik-adik? Ya.

2. Keadaan dimana langit disekeliling gunung tersebut ditutupi sehingga keadaan kelihatan seperti malam hari, tidak kelihatan warna langit yang biru.

- berlaku tak? Ya. Kalau kita tengok berita, letusan gunung berapi ini begitu dahsyat keluaran debunya sehingga sampai ke negara-negara sekelilingnya seperti United Kingdom, Frace, Denmark, Finland, Sweden dan sebagainya. Kawasan Eropah seolah-olah menjadi kawasan padang pasir, tetapi depenuhi debu.

3. Keadaan yang gelap dimana yang kelihatan hanya sambaran kilat-kilat yang bunyi guruh yang banyak dan berkali-kali.
- berlaku tak dengan peristiwa gunung berapi ini? Ya adik-adik. Keadaan di Iceland ini punya la pelik sehinggakan para scientist dari US pun tak dapat pastikan bagaimana keadaan Electric Storm ini berlaku.

Sewaktu peristiwa azab di Pompeii, kawasan yang dahulunya maju dan dikunjungi oleh manusia dari serata dunia itu telah 'hilang' di tutupi dan ditembusi debu beracun dan lava yang panas dalam masa 24 jam sahaja.

Penduduk Pompeii telah tertimbus dibawah lebih kurang 15 meter debu gunung berapi Vesuvius, sehinggakan apabila semuanya telah reda, kawasan Pompeii tidak lagi dapat dipastikan kedudukan asalnya.

Selepas beratus tahun peristiwa Pompeii ini, barulah para scientist pergi menggali di kawasan gunung tersebut dan menjumpai 'bandar' yang dahulunya terkenal.

Apa yang mereka jumpa? Manusia-manusia yang menjadi batu, ada yang masih bergigi, dalam pelbagai kedudukan. (kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca di sini (click here). But take note yang post tentang Pompeii ini adalah dalam English.

Kalau kita tengok gambar-gambar kesan daripada letupan yang berlaku di Iceland ini -- rumput tidak lagi kelihatan malah terbakar, laut bertukar warna ke kelabu, binatang ternakan mati kerana tidak dapat bernafas, dsb.


Dua hari lepas, para pengkaji di Eropah telah mengisytiharkan, dengan letusan gunung Eyjafjallajökull, sbnrnya boleh mengaktifkan gunung berapi berdekatan dengannya yang bernama Katla. Katla ni, lagi besar berkali-kali ganda berbanding Eyjafjallajökull dan jika ia meletus, lagi dahsyat kesannya.

Kalau dengan keadaan ini pun kita tak nak sedar lagi, ape nak jadi? Kalau keadaan yang jelas mcm ni pun kita buat tak tahu je, macamane dgn Iman kita sebenarnya? Allah dah tunjukkan pelbagai bukti, sebagai peringatan kepada kita, tapi ada juga golongan yang merasakan peristiwa dan bencana yang sedang berlaku di serata dunia ini tidak melibatkan kita.
 
Wahai kawan-kawan seperjuangan, kakak-kakak, abg-abg dan adik-adik. Marilah sama-sama kita bertaubat sebelum semuanya terlambat. Usia dunia kita ni sudah hampir ke penghujungnya. Sampai bila kita nak membutakan mata? Ayuh kita menyediakan diri untuk menghadap Allah Taala.

Semoga penulisan akak hari ini akan menjadi iktibar pada akak sendiri dan semua yang membaca. Jom kita jadi orang yang bijak, dan kekal bijak hingga ke Syurga.
Wallahu'alam

Salam Sayang,
KakMyra

Hari Jumaat yang Mulia

Bismillahi Rahmani Rahim

Assalamualaikum WRT WBT

Ape khabar semua? InsyaAllah semua berada dalam keadaan sehat walafiat di samping orang2 yang paling disayangi.

Rasa macam dah lamaaaaaaaaaa sangat akak tak menulis dalam blog kita ni. Ye lah, masing2 pun ade tanggungjawab masing2 kan. Tak kira lah sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai suami/isteri (bagi yang dah berkahwin), tanggungjawab kerja, sebagai ibubapa dan sebagainya.

Namun begitu, walaupun masa kita dipenuhi dengan kesibukan duniawi, kita janganlah lupa kepentingan akhirat kita. Selagi mana kita mengaku sebagai seorang Muslim, selagi itulah kita perlu memenuhi keperluan mengerjakan amar makruf nahi mungkar. Punyalah penting amar makruf nahi mungkar ni, sehinggakan ada pendapat ulama yang mengatakan, jika kita tidak mengajak orang ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran di sekeliling kita, maka kita tidak mengerjakan tanggungjawab kita sebagai orang Islam.

Bila bercakap tentang tanggungjawab asas, suka akak sentuh pasal solat.

Majority diantara masyarakat Islam zaman sekarang ni menganggap solat tu sebagai membuang masa dan menyusahkan. Sedangkan solatlah amalan pertama dan tanggungjawab pertama sebagai seorang yang mengaku Lailahailallah Muhammadur Rasulullah.

Ramai di antara kita lupa bahawa solatlah amalan PERTAMA yang akan dihisab di akhirat kelak. Bila sempurna dan lengkap solat seseorang, itu barulah Allah melihat segala amalan2 yang lain untuk dikira. Jika amalan solat tidak sempurna, Allah takkan tengok amalan2 yang lain.

Kalau kita byk bersedekah pada org fakir miskin, kalau kita tolong org yg dalam kesusahan, kalau kita penat2 puasa pada bulan Ramadhan, tapi solat kita missing sana sini, semuanya rugi je sbb Allah takkan tengok pun nanti.

Ada juga diantara masyarakat kita yang solat hanya pada hari Jumaat je. Time tu je lah yang kita lihat Masjid2 penuh dengan jamaah. Alangkah sedihnya melihat di antara golongan lelaki yang solat jumaat pun tak berusaha untuk pergi. Malah, tidak malu dengan keingkaran tersebut. Boleh lagi mereka melepak-lepak di kedai makan, boleh lagi mereka tidur dengan lena tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Kalau kita lihat situasi di Mekah dan Madinah, sejak dari zaman Rasulullah lagi, bilamana azan berkumandang, semua para peniaga berhampiran masjid akan terus meninggalkan perniagaan mereka untuk mengerjakan solat yang merupakan tanggungjawab yang lebih penting.

Tapi zaman sekarang, apa yang kita lihat?

Akak ingat dulu, kat taman akak ni, ada satu gerai yang jual cendol sedap. Kami sekeluarga selalu beli cendol kat situ. Tapi, satu hari sewaktu akak nak beli cendol untuk sekeluarga, ayah akak kata tak payah lah. Bila akak tanya kenapa, ayah akak jawab sebab dalam Islam, bila masuk waktu zuhur pada hari jumaat, jika terdapat lelaki yang tidak meninggalkan perniagaan mereka untuk solat, maka kita sebagai seorang Islam jangan bersubahat dengan menggalakkan penerusan perniagaan tersebut.

Kenapa lah ek, mereka ini lebih mementingkan hasil perniagaan dan duit daripada mendapat keredhaan dan keberkatan Allah Taala? Tidakkah mereka sedar bahawa kejayaan dan rezeki perniagaan itu semuanya datang dari Allah.

Ada juga adik-adik lelaki yang akak nampak lebih gemar melepak di shopping compleks, main kat game arcade. Ada yang sampai ’menyorok’ dalam panggung wayang, kononya sebab malu kalau org nampak tak pergi solat jumaat. Tapi wahai adik-adik, tidakkah adik2 sedar yang walau apa pun kita buat, Allah nampak. Kenapa kita boleh malu dengan org lain tapi tidak malu dengan Allah Taala?

Ada pula golongan yang sengaja melambatkan diri untuk pergi ke Masjid kerana ’malas’ nak dengar khutbah. Astaghfirullah, adik-adik.. mendengar khutbah tu salah satu rukun. Kalau miss dengar khutbah dengan sengaja, maka miss lah pahala jumaat yang berganda-ganda tu.

Hadith Rasulullah ada mengatakan bahawa bila seorang lelaki tidak pergi solat Jumaat 3 kali berturut-turut dengan sengaja, dia boleh dikategorikan sebagai murtad.

Wahai kaum adam, andalah yang bakal menjadi pemimpin agama. Anda lah yang menjadi penahanan barisan hadapan apabila menghadapi musuh Islam, andalah yang akan menjadi ketua keluarga, seorang abang yang bertanggungjawab terhadap adik-adiknya, seorang anak yang bertanggungjawab terhadap ibunya sehingga akhir hayatnya, andalah yang akan mengazankan anakmu. Dan anda jugalah yang akan menjadi para barisan mujahidin. Maka sedarlah wahai para rijal-rijal. Jika Iman tidak mantap dalam dirimu, bagaimanakah nasib Islam pada masa hadapan?

Bagi kaum hawa, bila kita nampak keadaan dimana terdapat kaum lelaki yang tak pergi solat Jumaat, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur. Janganlah kita malu untuk melakukan perkara yang baik.

Jom lah wahai adik-adik dan rakan seperjuangan. Inilah masa kita untuk bergerak membetulkan yang biasa yang membiasakan yang betul. Hari yang paling mulia dalam Islam adalah hari jumaat. Hari jumaat jugalah masa kita rehat paling lama. Ramai diantara kita mengambil masa ini untuk pergi bershopping dan lunch bersama rakan-rakan. Ambillah peluang ini untuk menegur kaum lelaki yang kita jumpa yang terang-terangan tidak pergi solat jumaat. Sekali lagi, janganlah malu untuk menegur dan melakukan kebaikan. Sesungguhnya ganjaran Allah itu lebih besar di akhirat kelak.

Jom Jadi Bijak dengan mengerjakan tanggungjawab anda!

Salam Sayang dari,
KakMyra

Setiap 17 Minit 17 Saat


Pendaftaran Anak Luar Nikah Setiap 17 Minit 17 Saat.




Itulah senario hari ini. Membaca tajuknya pun sudah cukup menakutkan. Apa sudah jadi dengan istitusi keluarga hari ini?. Pelbagai kempen telah dibuat termasuk pelbagai dasar dibentangkan. Namun, hasilnya, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mencatatkan sejak tahun 2000 hingga Julai 2008, terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa. Secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Dan jika diunjurkan lagi, kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!.


Hakikatnya kajian yang didedahkan oleh Dr. Fatimah Abdullah dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan itu tidak mengambil kira jumlah bayi yang dibuang, disembunyikan, atau yang mati ketika dilahirkan hasil daripada persetubuhan luar nikah.


Turut mengejutkan, laporan kajian oleh Durex & Durex, mendapati Malaysia dikategorikan sebagai negara yang mengamalkan seks luar nikah di kalangan remaja Malaysia dengan purata 62 kali setahun (kajian 2003) dan 86 kali setahun (kajian 2004) berbanding Jepu yang hanya 37 kali setahun (2001). Turut direkodkan, remaja perempuan di Malaysia didapati kehilangan dara pada usia muda iaitu 20 tahun (kajian 2001) dan ketika berumur 19.3 tahun (kajian 2004). Melalui angka-angka tersebut, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Johor adalah negeri-negeri yang mencatatkan kelahiran tak sah taraf dengan peratusan bagi setiap negeri terbabit melebihi 10 peratus.


Pun begitu, menurut Dr. Fatimah, faktor yang mungkin relevan dalam konteks ini ialah penghijrahan golongan muda dari negeri-negeri lain ke Kuala Lumpur dan Selangor sehingga menyebabkan kes-kes di tempat tersebut mencatatkan peratusan yang tinggi. Yang pasti dari kajian yang dilakukan oleh Dr. Fatimah melalui responden daripada 122 orang yang di daftarkan di Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia antara tahun 2004-2008, membabitkan bangsa Melayu dan beragama Islam, mendapati tidak faham hukum hakam agama dan adab pergaulan dengan teman lelaki, menjadi punca kehamilan anak nikah.Ujar Dr. Fatimah, rata-rata mereka yang terlibat dengan ‘insiden’ tersebut berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah, datang dari keluarga ibu atau bapa tunggal, ibu yang tiada pendapatan, serta dikategorikan dari keluarga yang besar iaitu mempunyai jumlah adik-beradik di antara empat hingga lapan orang.


Kesimpulan yang dibuat hasil kajian yang dilakukan ialah dalam konteks Malaysia, dasar dan program yang bersepadu untuk remaja hamil tanpa nikah hampir tidak ada.”Dalam konteks kajian sosial, fenomena ini sebenarnya adalah menifestasi kepada isu yang lebih besar tentang kekalutan dalam struktur dan organisasi sosial dalam masyarakat,”..ujarnya. Jelas Dr.Fatimah, meningkatnya kes kehamilan anak luar nikah ia turut mempengaruhi jumlah petambahan pengguguran janin serta kelahiran bayi yang dibuang.




“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.”

(Surah Al-Isra’ ;32)


Al-Islam Februari 2010



Surat Dari Syaitan Untukmu


SURAT DARI SYAITAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu.

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isya' sebelum berangkat ketempat tidurmu.

Kau benar-benar orang yang bersyukur, Aku menyukainya.

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Manusia, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum betul-betul boleh mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari Syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa-masa yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menikam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Manusia, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana-rencana hangat untuk kita.

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dipengaruhi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu..

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana utk berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Mayat bayi dalam timbunan sampah

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my

MAYAT bayi yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah Sungai Choh, Rawang semalam.

KUALA LUMPUR - Lagi kes pembuangan bayi. Terbaru, satu mayat bayi lelaki ditemui dalam timbunan sampah-sarap di tempat pembuangan sampah di Sungai Choh, Rawang di sini semalam. Mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu dijumpai pada pukul 8 pagi oleh seorang pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MHDS) ketika dia menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.

AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK KEKAL BIJAK

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalammualaikum wbt.. apa khabar semua?..diharap sihat-sihat selalu..Alhamdulillah kita masih diberi nikmat untuk hidup di dunia ini dan terus menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah swt dan sebagai hambanya yang taat..insyaAllah..Alhamdulillah, pada bulan ini Kelab Belia JIM Johor (peneraju Kempen JJB) akan mengadakan beberapa aktiviti untuk santapan semua. Diharap aktiviti ini menjadikan diri kita lebih bijak dan terus bijak sehingga ke syurga..Jom kita tinjau apa aktiviti berikut :

1. PALESTIN - Kami Bersamamu
TARIKH : 15 April 2010
MASA : Lepas Isyak
TEMPAT : Masjid Jamek Felda Taib Andak, Kulaijaya
PENCERAMAH : Dr Mohd Zain Kandar ( SU Aqsa Sharif Pusat )
ANJURAN : Kelab Belia JIM & Gerakan Belia 4B Felda Taib Andak
AKTIVITI : Ceramah,Kutipan Sumbangan, Jualan & Jamuan Makan.
JOM ramai-ramai bersama kami di Felda Taib Andak.


2. BPRIMA - Belia Prihatin Masyarakat

Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, dia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis" (Riwayat Ibnu Majah). Berdasarkan hadis di atas, sangat jelas bahawa Baginda Rasulullah SAW meletakkan kedudukan ibu dan ayah di tahap yang paling tinggi. Insan yang sangat istimewa, sehingga dinyatakan bahawa syurga di tapak kaki ibu. Namun dengan kebejatan hidup masyarakat kini, golongan tua ini makin terpinggir, makin terbiar dan tersisih dari kehidupan anak-anak. Bukan wang ringgit yang mereka pinta, cukuplah secebis kasih sayang yang boleh mengembirakan mereka selagi hayat dikandung badan.

Melihat kepada situasi ini, Kelab Belia JIM Johor rasa terpanggil untuk bersama-sama memberi keperihatinan kepada golongan seperti ini.

Tarikh :- 24 April 2010
Masa : 8.30pg - 1.00tgh
Tempat ; Kempas Johor Bahru
Anjuran : Kelab Belia JIM

sesiapa yang berminat untuk bersama kami dalam aktiviti ini bolehlah hubungi :-

1. En Khalid Liman
(pakkay68@gmail.com)
Timbalan Pengarah 1
Kelab Belia JIM Johor
2. Cik Rafidah Mahat
(rafidahmahat_jb@yahoo.com.my)
Timbalan Pengarah II
Kelab Belia JIM Johor

Sekian, akhir kata sedikit renungan untuk diri saya sendiri dan semua..
6:125. Sesiapa yang Allah menghendaki untuk memberikan petunjuk, Dia melapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa yang Dia menghendaki untuk disesatkan, Dia membuatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah meletakkan kotoran kepada orang-orang yang tidak mempercayai. Semoga kita sentiasa diberi petunjuk olehNYA untuk selalu melakukan kebaikan..amin ya Rabb...

KakSiti

JJB@SMK Tanjung Puteri Resort



Salam to all,

Didoakan moga sahabat2 semua berada dalam kesihatan yg BAIK & diREDHAI Allah SWT.... mudah2an Insya-Allah.

Alhamdulillah, pada hari Rabu (31hb Mac 2010) ana bersama Tuan Hj Aminuddin Alias (Pak Long) selaku Pengarah Kelab Belia Jim Johor & merangkap YDP JIM Pasir Gudang serta Pengerusi Sekretariat Kempen Jom Jadi Bijak (JJB) berkesempatan berprogram di SMK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang. Sebagai pakej permulaan, 4 jam standard sebagai mukadimah menerangkan berkenaan isu mengajak remaja/belia kpd Jom Jadi Bijak @ Anda Bijak Jauhi Zina.

Ana difahamkan hari tersebut merupakan Hari Ko-Kurikulum yg digantikan dengan Program Khas Bersama Kelab Belia JIM iaitu JOM JADI BIJAK... TAHNIAH!

Jazakallah diatas undangan dari Ustazah Norafidah serta sokongan padu Tuan Pengetua, guru-guru & para pelajar tingkatan 5 di SMK Tg. Puteri diatas kesudian menerima kunjungan kami dalam merialisasikan program JJB seterusnya sama2 menjadi duta 'Jom Jadi Bijak' dalam meluaskan lagi usaha untuk membanteras gejala yang tidak bermoral lagi menjijikkan.

Tahniah juga kpd semua rakan2 yg tidak jemu2 memberikan kata-kata semangat, sokongan & menyediakan bahan dalam menjayakan program JJB kali ini.

Program bermula tepat jam 8.00 pagi & berakhir kira-kira jam 12.20 tengahari.

Berikut adalah diantara gambar2 yg sempat diambil:



Kelihatan Hj Aminuddin Alias (Pak Long) sedang menyampaikan ceramahnya.



Semua pelajar mendengar dengan tekun & memberikan kerjasama respon yg amat baik sekali....


Kelihatan dengan penuh semangat Penolong Ketua Pelajar, Muhammad Amir sedang membacakan IKRAR "Jom Jadi Bijak.... Kita Jauhi Zina"


Sempat bergambar kenangan bersama Ustaz Azam (Sebelah Pak Long) & Cikgu Nasaruddin (Sebelah Azan).


Jazakallahu khair kepada Penolong Kanan & Hal Ehwal Murid, Puan Norashikin yang setia duduk mendengar sepanjang program ini berjalan.....

Kelihatan Hj Aminuddin Alias (Pak Long) menyerahkan 'Bunting' Jom Jadi Bijak kepada pihak sekolah....

Alhamdulillah program berakhir tepat 12.20 tengahari dengan Bacaan Doa, Bersalaman, Ramah Mesra bersama guru, pelajar & bergambar beramai2.......

Maklum balas terkini yag diterima juga, pihak sekolah amat berminat & dalam perancangan untuk mengadakan program seterusnya..... (29 Jam)...

pelajar2 juga kelihatan ceria, seronok & mengalu2kan kita datang lagi....

Insya-Allah mudah2an dipermudahkan segala urusan....

Sama-sama kita amalkan GAYA HIDUP SIHAT & Menjadi Manusia yang BIJAK.

Sekian Laporan ringkas dari ana,
JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA

Regards,
Azan
- PSU JIM Pasir Gudang /AJK Kelab Belia JIM Johor / AJK Jom Jadi Bijak