Bermula hari ini, Kempen Jom Jadi Bijak akan mengadakan sedikit sambutan selama seminggu, sehinggalah tarikh keramat ulangtahun perasmian kempen ini, iaitu pada 14hb Februari 2009....
Featured Content

Tanggal 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu saban tahun oleh para remaja khususnya yang sedang dilamun cinta. Pada tanggal ini si jejaka akan sibuk mencari hadiah untuk si gadis bagi membuktikan rasa kasih dah sayang, manakala si gadis pula....

Keruntuhan akhlak di kalangan generasi muda pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Mereka merupakan aset utama negara pada masa akan datang dan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya generasi muda pada hari ini tidak..

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. .....
CURRENT CONTENT

Rasanya belum terlambat lagi untuk Kak 'Abyd ucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-52! Pasti ramai yang gembira dengan Hari Kemerdekaan Malaysia ini. Mana taknya, sekolah pun ditutup selama satu hari, kaaan.. Betul tak? *wink*
Adik-adik,
AlhamduliLlah, Allah telah kurniakan keizinan untuk kita menyambut kemerdekaan negara kita buat kali ke-52. Yang membuatkan ianya lebih bermakna ialah Hari Kemerdekaan ini disambut dengan ketibaan Ramadhan al-Kareem. Bukan sekadar Allah izinkan untuk kita meraikan Hari Kemerdekaan, tetapi juga menikmati keindahan dan ketenangan Ramadhan! Masha Allah, seronoknya!
Bersempena dengan sambutan yang istimewa ini, Kak 'Abyd harapkan, biarlah kemerdekaan kali ini direnungi maksudnya secara mendalam oleh kita semua. Di saat kita merdeka dengan hasutan Syaitan pada bulan penuh barakah ini, mari kita sama-sama berdo'a agar Allah tetapkan hati kita dalam kesucian agar Ramadhan kali ini menjadi pendorong untuk kita semua berubah ke arah kebaikan dan membentuk jiwa soleh wa musleh yang merdeka daripada kemaksiatan.
Apa yang penting, adik-adik? Jiwa merdeka! Merdeka daripada apa? Daripada sifat Mazmuumah (perbuatan negatif), insya'Allah.
Moga-moga dengan sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos 2009 dan pada bulan Ramadhan ini, jiwa merdeka kita semua terasa lebih kuat dan ringan untuk beribadah. Solat terawih, tadarrus jangan lupa! Ha, lagi satu.. Masa berbuka puasa, banyakkan berdo'a dan bersyukur sebab ALlah izinkan kita berpuasa penuh pada hari ini dan Allah berikan kita rezeki untuk berbuka. Makan pun bersederhana tau!
Akhir kata daripada akak, jom sama-sama memerdekakan diri kita!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Kita bijak untuk merdeka!
Salam Merdeka,
Kak 'Abyd
Kosmo

Khilaf yang dilakukan ketika berumur 11 tahun itu ternyata belum menjadi parut dalam hidupnya. Sebaliknya ia umpama luka yang sedang bernanah.
Biarpun sudah hampir 10 tahun menerima hukuman, Jafri masih hidup dalam lingkungan pagar kerawat penjara. Selagi dia berada di dalam tahanan, selagi itu jugalah dia akan ‘diingatkan’ tentang kesalahannya.
“Saya tidak ada tempoh hukuman. Semuanya bergantung kepada persetujuan Sultan untuk memberi pengampunan.
“Tahun ini saya masih menunggu jawapan untuk permohonan pengampunan kali kedua,” kongsi Jafri yang merupakan Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Sekolah Henry Gurney, Teluk Mas, Melaka.
Selepas setahun ditahan reman di Penjara Kajang atas kesalahan rogol dan bunuh pada 1998, dia dimasukkan ke Sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi, Kuala Lumpur untuk menjalani pemulihan. Apabila usianya mencecah 14 tahun, Jafri menghuni Sekolah Henry Gurney pula sehingga sekarang.
“Kalau saya tidak masuk ke sini, tak tahulah apa akan jadi dengan hidup saya. Sebelum masuk ke sini, hidup saya terumbang-ambing. Mak dan ayah bercerai. Masing-masing kahwin lain. Mak tinggal di Kuala Lumpur, ayah di Kedah. Saya tinggal dengan nenek di Perak.
“Tetapi adik-beradik mak saya tidak suka saya tinggal dengan nenek. Walaupun sayalah yang mencari nafkah untuk menanggung kami berdua,” luahnya yang mengambil upah menebas rumput dan melakukan kerja-kerja kampung pada waktu itu.
--Sorok mayat--
Meninggalkan nenek di kampung untuk tinggal dengan ibunya di Kuala Lumpur, Jafri yang baru berumur lapan tahun ketika itu bagaimanapun dihambat kehampaan apabila bapa tirinya pula tidak merestui kehadirannya di rumah mereka.
“Saya bawa diri dan menyewa di sebuah rumah bujang. Rata-rata teman serumah berumur di antara 19 hingga 24 tahun."
“Untuk menanggung sewa rumah, saya bekerja sebagai kelindan lori dan melakukan kerja seperti mengangkat barang,” kata Jafri yang sudah tidak bersekolah, tidak tahu membaca, menulis, apa lagi mengira pada usia itu.
Dalam keadaan tidak menentu dan keseorangan itulah, Jafri terlibat dalam jenayah berat - merogol, membunuh dan menyembunyikan mayat kenalan perempuannya.
“Mula-mula selepas menyorokkan mayatnya, saya buat tidak tahu saja. Tetapi pada keesokan harinya saya berasa tidak betul. Saya tidak tahu apa yang hendak dilakukan lalu menyerah diri saja kepada polis,” dedahnya.
Jafri tidak terus berkongsi. Baginya, cukuplah kenangan hitam itu terkambus tanpa diulang tayang.
--Harap diampun Sultan Selangor--
Namun, di bumi Sekolah Henry Gurney yang seluas 13 hektar itu kata Jafri, dia menemukan ketenangan.
“Kehidupan di sini membuatkan saya berasa seperti mempunyai keluarga. Apa yang saya makan, itulah yang penghuni lain makan.
“Daripada tidak tahu membaca, menulis dan mengira, sekarang saya dapat menyertai teman-teman yang lain menulis surat kepada ibu bapa kami setiap minggu.
“Di sini, saya diberi peluang untuk belajar menjahit. Sekarang, dalam masa 45 minit saya dapat menyiapkan sepasang baju uniform polis. Kerja-kerja bengkel inilah yang dapat membuatkan saya lupa kepada kesalahan saya yang dulu,” ujarnya.
Benar-benar mengharapkan pengampunan daripada Sultan Selangor, penghuni paling lama Sekolah Henry Gurney dengan kesalahan paling berat, yang kehilangan bapanya pada bulan puasa tahun lalu kini mengharapkan peluang untuk menjaga dan menyara ibunya melalui wang upah menjahit yang direncana akan dilakukan sebaik saja dibebaskan.
Pada hari ini, Kapten untuk sekolah pemulihan itu sudah dijadualkan untuk menyambung tempoh hukumannya di Penjara Kajang pada ulang tahun kelahirannya yang ke-21 pada 27 Oktober nanti.
“Saya tak takut. Sebelum masuk ke sini, saya terlebih dulu merasa tinggal di Penjara Kajang. Saya sudah tahu rasanya tinggal di penjara yang sebenar,” ujarnya tentang persediaan masuk ke penjara yang dihuni golongan dewasa.
Sekolah Henry Gurney ialah sebuah institusi pemulihan untuk juvana berumur di antara 14 hingga 21 tahun di bawah Jabatan Penjara Malaysia. Ia pertama kali ditubuhkan pada 1949 dengan nama Sekolah Akhlak Tertinggi.
Nama Sekolah Henry Gurney diguna pakai pada tahun 1950 sempena pembukaan rasminya oleh mendiang Sir Henry Gurney.
Tidak terhad kepada ilmu akademik, sekolah itu turut menawarkan peluang kepada pelajar untuk aktif dalam sukan dan belajar kemahiran.

--Tulis surat kepada ibu setiap minggu--
Dalam bidang kemahiran, Ahmad Jafri menunjukkan potensi yang tinggi untuk menguasai bidang jahitan dan fesyen.
“Dia pernah mendapat anugerah Pelajar Cemerlang daripada Kolej Yayasan Mara pada tahun 2004 untuk kemahiran menjahit.
“Pelajar ini, yang berhenti sekolah sejak darjah dua juga asalnya tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Tetapi sekarang dia sudah dapat menulis sendiri surat kepada ibunya,” kongsi Samihan.
Tahun 2008 membuka lembaran baru buat Sekolah Henry Gurney apabila mereka mencatatkan 100 peratus lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lebih menarik, mereka turut berjaya melahirkan beberapa pelajar cemerlang.
Antara mereka ialah pelajar yang masuk ke situ dengan pendidikan sehingga darjah enam saja tetapi berjaya meraih enam A - satu pencapaian yang tidak disangkakan terutama dari sekolah berstatus ‘sekolah budak jahat’ itu.
“Pencapaian akademik pelajar mula menunjukkan perubahan apabila kami menerima 10 guru berkelulusan ijazah sarjana muda dan tujuh lagi dengan kelulusan diploma.
“Kehadiran mereka membuatkan pelajar menjadi lebih bermotivasi untuk belajar,” ujar Samihan.
Tidak meletakkan pencapaian akademik sebagai sasaran utama, sekolah yang berpegang kepada moto Resurgam yang bermaksud ‘Saya akan bangkit kembali’ itu sebenarnya, kata Samihan, berazam untuk melahirkan ‘graduan’ yang mampu berjaya dalam hidup apabila mereka keluar dari sekolah itu kelak.
Salah satu cara yang diamalkan sekolah berasrama penuh itu untuk membangunkan semula sahsiah pelajar ialah dengan mewajibkan setiap pelajar menulis surat kepada keluarga mereka setiap minggu.
Apabila aktiviti seperti itu diwajibkan, pelajar yang masuk dengan status buta huruf juga mendapat kebaikannya.
“Kami ada kira-kira lima peratus pelajar yang masuk dengan status buta huruf. Di sini mereka diajar membaca, menulis dan mengira.
“Jadi semua ‘graduan’ sekolah ini akan keluar dengan sekurang-kurangnya kebolehan membaca, mengira, menulis dan memiliki satu sijil kemahiran atau akademik,” katanya.
Terima kasih bahagian pentadbiran Sekolah Henry Gurney dan Jabatan Penjara Malaysia.
Renungan Ramadan 10
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Ramadan yang penuh keberkatan ini disambut di seluruh dunia secara serentak. Oleh kerana kedudukan negara-negara kita berlainan dari sudut geografi, kita tidak dapat menyambutkan pada satu ketika yang sama. tetapi semuanya menyambut pada satu tarikh yang sama yakni kemunculan anak bulan Ramadan di tempat masing-masing.
Sesungguhnya Ramadan membayangkan kesejagatan dan perpaduan Islam. Pada setiap ketika, setiap detik dalam 24jam sehari, kita akan mendapati ada saja umat Islam yang sedang berpuasa, yang sedang berbuka, yang sedang bertarawih, membaca al-Quran, bersahur dan pelbagai aktiviti lain merai’kan Ramadan mubarak ini.
Kita dapati umat Islam tediri dari pelbagai jenis warna kulit, bangsa, kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan. Namun dengan sambutan Ramadan yang serentak; mereka bersatu dalam kepelbagaian ini. Jelas terserlah ruh ayat Allah:
(Surah al-Anbiyaa’:107)

Misalnya tiada umat Islam yang mempertikaikan kewajipan puasa pada bulan Ramadan, tiada yang tidak bersetuju bahawa awal puasa ialah dengan melihat bulan, tiada yang membangkang jika dikatakan yang sakit dan dalam perjalanan dibenarkan berbuka dan tiada yang mengatakan solat malam pada bulan Ramadan itu amat digalakkan. Ini adalah perkara-perkara pokok dan prinsip dan tidak ada pertikaian mengenainya.
Namun di kalangan kita mungkin berbeza dari segi cara menentukan “anak bulan telah kelihatan” atau samada “orang yang dalam perjalanan yang mudah perlu berpuasa atau tidak” dan samada “ solat tarawih itu 20 rakaat atau 8” dan seumpamanya. Perbezaan pendapat yang kecil sedemikian tidak semestinya tidak menunjukkan ketidaksatuan; asalkan semuanya berdasarkan hujah dan nas yang kuat.
Perbezaan pendapat sedemikian juga tidak semestinya menyebabkan kita berbalah; berkelahi atau rendah-merendahkan. Para sahabat pernah berbeza pendapat dalam bab puasa dalam perjalanan. Lihat sikap mereka.
Anas bin Malik berkata:
(Hadis Riwayat Bukhari and Muslim)
Itulah sikap sahabat-sahabat Nabi (saw) yang harus kita contohi. Tidak ada sebab untuk kita merendah-rendahkan amal perbuatan orang lain atau merasa diri kita lebih besar, lebih hebat, lebih banyak amal, lebih wara’, lebih tinggi darjat taqwa berbanding dengan mereka yang mempunyai kelainan dari sudut perkaraperkara khilafiyah sebegini.
Ingatlah pesanan Allah:
(Surah al-Hujurat: 11)
Berhati-hatilah dengan jarum-jarum halus yang bakal merosakkan amal kita. Jangan dilayan perasaan bahawa kita lebih baik dari mereka kerana kita melaksanakan sesuatu amal yang lebih lebih banyak, lebih kerap, lebih sempurna sambil kita memandang rendah orang lain.
Boleh jadi juga dalam keghairahan mencari yang lebih ‘benar’ dan lebih ‘banyak’ kita terpedaya dengan tipu-daya hawa nafsu kita yang memesongkan.
Ingatlah, sebaik sahaja kita merasa diri kita lebih taqwa dari orang lain, di ketika itu bukanlah layak lagi kita digelar bertaqwa!

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Nabi (saw) mengingatkan kita bahawa di kalangan orang yang berpuasa, ada yang tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan dahaga. Dan di sana pula terdapat golongan yang berpuasa dan memperoleh pelbagai keistimewaan dan keberkatan. Di dalam spektrum yang begitu luas, di manakah kita?
Untuk mencapai darjat tertinggi yang dianugerahkan kepada orang yang berpuasa, kita perlu memenuhi syarat lahiriahnya yakni menahan diri dari makan, minum dan perkara lain yang membatalkan puasa. Kita perlu juga menghidupkan sunat dan adab puasa seperti bersahur, menyegerakan berbuka, bertarawih, bersedekah dan membaca al-Quran. Tetapi itu saja tidak mencukupi. Menurut Sheikh Said Hawwa di dalam kitabnya al-Mustakhlas fi Tazkiyatun Nafsi, terdapat enam syarat tambahan yang perlu diberi perhatian oleh orang yang benar-benar berhajat meninggikan kualiti puasanya:
a. Memejamkan mata serta mengekangnya jangan sampai memperluas, atau memperdalamkan penglihatan, yakni melihat dengan berlebih-lebihan kepada segala sesuatu yang tercela dan tidak baik dan dibenci oleh agama.
Demikian pula melihat apa saja yang menyebabkan hati terpesona, sehingga lalai daripada mengingati Allah.

c. Menahan diri dari mendengar apa yang tidak disenangi dari ukuran agama, sebab setiap perkara yang haram diucapkan maka menjadi haram mendengarnya.
d. Menahan anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa khususnya tangan dan kaki jangan sampai melakukan hal-hal yang terlarang menurut kacamata agama. Begitu juga menahan perut dari makan apa-apa yang bukan sahaja haram tetapi juga yang syubhat, terutama di saat berbuka puasa.
e. Menahan diri dari terlalu banyak makan atau menyediakan pelbagai makanan ketika berbuka, sekalipun makanannya halal, sehingga perut sekan-akan tidak memuatnya lagi. Sebab tiada wadah yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh terisi. Puasa ialah untuk mematahkan segala macam kesyahwatan, maka adakah orang yang puasa itu wajar memupuk kembali syahwatnya ketika berbuka? Sepanjang hari ia menekan nafsu maka ia adakah bermaksud membalas dendam nanti pada waktu berbuka?
f. Pada siangnya, masih ketika berpuasa, ia membeli ini dan itu yang berupa makanan dan waktu berbuka akan dihabiskan semua sekali. Maka tujuan puasa untuk melemahkan nafsu syahwat tetap tidak berhasil. Sewajarnya, sediakanlah makanan dan makanlah sekadar seperti mana hari-hari biasa pada bulan lain, tanpa berlebih-lebihan atau mengistimewakannya sehingga merangsang lagi nafsu.
g. Hendaklah hatinya menggantung harap dan takut mengenai diterima atau tidak puasanya hari itu. Hatinya berdebar-debar dan tidak tenteram; kerana belum ada kepastian. Jika diterima, pasti termasuk dalam golongan almuqarrabin yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Jika tidak, maka pasti tergolong ke dalam golongan yang tertolak amalannya, lagi dimarahi dan dimurkai-Nya. Orang yang tertipu oleh dirinya sendiri mengira ibadatnya pasti diterima, padahal ada kemungkinan tidak demikian. Nanti pada hari kiamat ia akan terkejut mengapa Allah tidak menerima malannya!
Semoga Allah swt menerima membantu kita mengamalkan dan istiqamah dengan keenam-enam perkara di atas ke arah meningkatkan kualiti puasa kita.
------------------------------------------
Renungan Ramadan 8
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Di dalam sebuah hadis, Nabi (saw) bersabda:
(Hadis Riwayat Ibnu khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Satu lagi adab penting orang berpuasa ialah mengawal lidah dan perasaan. Orang yang berpuasa adalah seorang yang tenang, sabar dan berhati-hati dalam percakapannya. Puasa itulah membolehkan beliau untuk mengawal diri dari memberi tindak balas negatif apabila diuja dengan perkara-perkara negatif oleh orang lain.
Abu Hurairah (ra) berkata bahawa Rasulullah (saw) bersabda:
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Annisa’i)
Begitu kuat tuntutan kita menjaga lidah ini ditekankan lagi dalam sebuah hadis lain pula di mana Nabi (saw) bersabda:
(Hadis Riwayat Jama’ah kecuali Muslim)
Marilah kita berusaha dan berdo’a agar Allah swt mempermudahkan kita menjalani ibadah puasa kita dengan paling sempurna. Semoga puasa kita hari ini lebih baik dari semalam, dan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
------------------------------------------
Renungan Ramadan 9
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Memberi makan kepada orang yang lapar adalah tugas mulia. Dari Abdullah bin Amr ra ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah (saw).
(Hadis Riwayat Bukhari).
Jangan kita anggap bahawa golongan yang sebegini hanya wujud di Palestin, Kashmir atau di Somalia. Golongan yang kurang bernasib baik sedemikian mungkin wujud di kawasan atau daerah kita.
Sebaik-baiknya kita cuba dapatkan maklumat keluarga atau orang perseorangan yang kurang berkemampuan serta memerlukan perhatian di kejiranan atau dalam kariah masjid/surau kita dan sampaikan kepada Jawatankuasa surau/masjid untuk diambil tindakan sewajarnya.
Dua hadis berikut ini ini boleh menjadi motivasi kita:
(Hadis Riwayat Tabarani)
Dalam hadis lain, Rasulullah (saw) bersabda:
(Hadis Riwayat Muslim)
Walaupun orang yang memerlukan mungkin bukan jiran sebelah rumah kita tetapi mereka mungkin jiran se kariah, sedaerah, senegeri, senegara dengan kita.
Marilah sama-sama kita merealisasikan salah satu ruh puasa ini dengan menyumbang sebahagian dari rezeki yang Allah kurniakan kepada kita untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik. Pelbagai cara boleh dilakukan; banyak peluang kini dibuka. Pokoknya tepuk dada.. tanyalah iman kita.
Renungan Ramadan 4
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Di antara perkara yang menjadi syi’ar dalam bulan Ramadan ialah solat sunat tarawih yang kita hadiri pada malam ini. Solat ini sangat besar pahalanya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a. katanya:
Cukuplah bagi kita hadis Nabi (saw) ini untuk menjadi perangsang kepada kita untuk solat tarawih. Baginda menganjurkannya sambil menjanjikan keampunan dari dosa-dosa yang telah lalu.
Saudara-saudari yang budiman,
Kita semua orang yang berdosa.. maka marilah kita merebut peluang untuk mendapatkan keampunan bagi dosa-dosa kita.

Satu perkara yang sering menjadi bahan perselisihan mengenai tarawih ialah bilangan rakaatnya. Perbincangan ini akan tidak berkesudahan kerana masing-masing mempunyai kekuatan hujahnya masing-masing. Sikap terbaik dalam hal ini ialah kita berlapang dada dengan semua perbezaan pendapat yang wujud ini tanpa memperkecilkan atau meremehkan salah satu pendapat yang lain. Jika kita berpegang dengan 8 rakaat, jangalah kita menyalahkan atau
merendahkan orang yang melaksanakan 20 rakaat. Begitu juga, jika kita berpegang kepada 20 rakaat, janganlah kita menyalahkan atau meremehkan orang yang bersolat 8 rakaat.
Allah maha Mengetahui isi hati, niat dan usaha manusia dan akan membalas sewajarnya.
Saudara-saudari yang budiman,
Apa yang perlu kita risaukan ialah, pertama kita bersolat tarawih. Janganlah kerana tidak bersetuju dengan bilangan rakaat, kita langsung tidak mahu solat tarawih. Kedua, bagaimana kualiti tarawih tersebut; tidak kira sama ada ianya 20 atau 8 rakaat. Peliharalah niat kita sentiasa.
Pokoknya, solat tarawih yang mempunyai kualiti “imaanan wah tisaaban” bukan dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga tetapi dengan perancangan yang sedar dan pemilihan yang teliti. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memasukkan kita di kalangan orang yang diredhai-Nya.
--------------------------------
Renungan Ramadan 5
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Ketahuilah bahawa puasa yang sedang kita jalani ini merupakan jalan singkat untuk mendapat rahmat, pahala dan keberkatan dari Allah. Orang-orang yang berpuasa merupakan golongan yang terpilih, special, dan mempunyai keistimewaan pada hari qiamat. Sahal bin Sa’ad berkata bahawa Nabi (saw) bersabda:
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Puasa ini juga bakal menjadi pembela dan pemberi syafaat kepada kita. Menurut Abdulah bin Umar (ra), Nabi (saw) bersabda:
(Hadis Riwayat Ahmad)
Orang yang berpuasa akan bergembira apabila bertemu dengan Tuhannya nanti seperti hadis dariAbu Hurairah bahawa Nabi (saw) bersabda:
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nisa’i)

Dan kita akan bergembira bukan sahaja ketika berbuka tetapi juga apabila kita bertemu dengan Allah nanti. Inilah kegembiraan yang hakiki.
Semoga Allah menggabungkan kita ke dalam orang-orang istimewa dan memperoleh syafaat dari puasa yang kita kerjakan.
----------------------------------------
Renungan Ramadan 6
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

(Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan)
Kalau dilihat bentuk hadis ini, ianya seakan sama dengan hadis mengenai keutamaan solat tarawih (lihat Renungan Ramadan 4). Di dalam hadis ini bukan sahaja disebutkan janji keampunan dosa bagi orang yang berpuasa tetapi juga syarat untuk mendapat anugerah ini iaitu berpuasa dengan “imaanan wah tisaaban” yang diterjemahkan sebagai kerana “ iman dan mengharapkan keredhaan Allah”. Puasa kita bukan kerana budaya, bukan kerana adat, bukan
kerana manusia, bukan kerana kesihatan, bukan kerana ketiadaan makanan.
Tetapi kerana keazaman kita memenuhi tuntutan iman dan benar-benar mengharapkan keredhaan Allah.
Niat dan keazaman yang sedemikian akan menyebabkan kita tekun menjaga syarat-syarat dan adab-adab dalam puasa kita; bagi melayakkan kita mendapat keampunan bagi dosa-dosa kita yang lalu. Abu Said al-Khudri berkata bahawa Nabi (saw) pernah bersabda:
(Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi)
Saudara-saudari yang budiman,
Jelas kepada kita bahawa hanya puasa yang terjaga dari batas-batasnya sahaja yang akan diterima dan layak untuk menerima keistimewaan yang dijanjikan.
Sebab itu Nabi (saw) memberi kita peringatan, sekiranya kita tidak berhati-hati, kita mungkin terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memperolehi apa-apa dari puasa dan solat tarawih mereka.
Abu Hurairah berkata Nabi (saw) bersabda:
(Hadis Riwayat an-Nisai dan Ibn Majah)
Yang dimaksudkan oleh Nabi (saw) ialah orang yang berpuasa hanya dengan berlapar tetapi tidak kerana mencari keredhaan Allah serta tidak kisah dalam menjaga adab-adab dan batasbatasnya yang lain. Semoga Allah menjauhi kita dari termasuk ke dalam golongan ini; golongan orang yang berlapar dahaga tetapi tidak memperolehi apa-apa; puasa tidak diterima; dosa tetap tidak berampun.
Semoga Allah swt menerima puasa kita, mengampunkan dosa-dosa kita dan membantu kita ke arah meningkatkan mutu puasa kita.
Muslimah sejati bagaikan bunga
Harum di taman mekar di jambangan
Wangi ditangan, wangi ditangan..
Muslimah sejati seorang serikandi
Bagaikan Fatimah Az-Zahra'
Yang mejadi lambang cinta suaminya
Mejadi benteng lambang ketabahan
Meruntuh ego kemungkaran...
Muslimah sejati bagaikan mariam
Yang suci dari segala sentuhan
Yang bersih dari kesilapan
Lantasku hirup kesegaran iman
Yang di dambakan setiap insan..
Muslimah sejati..
Seorang teman..
Seorang isteri..
Seorang serikandi..
Setianya pada suami..
Dan jua pada Ilahi..
------------------------------
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Walaupun kadang2 kita sahaja mahu berjenaka dan bersuka ria. Namun, adakah ini caranya? Adakah tindakan ini sesuai dengan keperibadian seorang muslimah yang di agungkan kerana sifat malu nya?
Tepuk dada, tanya Iman. Sama-sama kita renungkan.
Any thoughts anyone?
Renungan Ramadan 3
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah bersahur. Bersabda Nabi (saw):
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain, Nabi (saw) bersabda:
(Hadis Riwayat Ahmad)
Dan adalah disunatkan kita melewatkan sahur tersebut, seperti dinyatakan oleh ‘Amar bin Maimun mengenai para sahabat Nabi (saw):
(Hadis Riwayat Baihaqi)
Di sana terdapat hikmah dan berkat yang besar dari sahur dan melewatkannya.
Pertama, ia memberi kekuatan kepada yang berpuasa. Tetapi lebih besar ertinya pada kita ialah sahur memberi peluang untuk mendapat ucapan selawat dari Allah dan para malaikat. Bukan mudah untuk kita melayakkan diri menerima ucapan selawat daripada Pencipta dan Penguasa Alam dan para malaikat-Nya.
Ini merupakan satu anugerah yang perlu direbut oleh setiap insan. Mengingatkan anugerah ini, pastinya tidak terlalu sukar untuk kita bangun esok pagi untuk bersahur.
Satu lagi hikmah yang besar dari sahur yang lewat ialah ia akan memastikan kita berjaga di penghujung malam menjelang subuh; satu saat yang amat mustajab untuk berdo’a. Ambillah peluang bangunnya kita pada waktu sahur untuk menunaikan dua rakaat solat tahajjud atau hajat dan berdo’alah kepada-Nya Yang Maha Mendengar.
Di samping itu, bangunnya kita untuk bersahur menjelang subuh akan memastikan agar kita dapat solat subuh di awal waktunya; satu amalan yang amat disukai. Menurut sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari:
( Hadis Riwayat Abu Daud dan Baihaqi)
Di samping itu, berkesempatan pula kita bersolat sunat subuh yang disebutkan oleh Nabi (saw):
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmidhi dan an-Nisa’i)
Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk makan menambah tenaga bagi menguatkan badan; mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan dirinya telah kuat.
Tetapi sahur adalah lebih dari itu; ia adalah satu sunnah Nabi, melakukannya memberi kita peluang mendapat selawat dari Allah dan para malaikat, peluang untuk berdo’a di saat yang
mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya.
Semoga Allah mempermudahkan kita untuk istiqamah di atas sunnah Nabi-nya
Apa khabar semua? Kaifa Haluk? Ni Hao Ma?
Didoakan kawan2 dan adik2 sentiasa berada dlm keadaan istiqamah dlm beribadah pada bulan Ramadhan ini.
Sbnrnya KakMyra nak kongsikan sedikit pengalaman tentang Sejarah Kaum Pompeii. Bagi mereka yang pernah mengikuti kempen ABJZ, kemungkinan adik2 akan ingat kisah Kaum Pompeii ni.
Beberapa hari yang lepas, akak telah diberi peluang untuk menghadiri satu pameran mengenai Kaum Pompeii. Disini, akak ingin berkongsi infomasi dan sejarah dengan adik2, agar kita semua dpt mengambil iktibar, InsyaAllah.
Kaum Pompeii adalah antara kaum-kaum yang dibinasakan oleh Allah. Mereka terkenal dengan menyekutukan Allah, therefore Allah turunkan azab & bala ke atas mereka. Kaum Pompeii ni termasuk dalam kumpulan yang sama dengan Kaum Luth & Kaum Aad.
Pompeii telah dimusnahkan dan tertanam dengan meletupnya Mount Vesuvius, sebuah gunung berapi di tanah Itali. Letupan gunung berapi ini telah menghasilkan asap2 yang tebal dan beracun, lava yang panas dan debu yang membakar. Negeri Pompeii telah tertanam sepenuhnya hanya dalam masa 48 jam. Semua penduduk yang tidak dpt menyelamatkan diri telah berkeras menjadi batu disebabkan oleh lava panas yang 'menyerang' bandar tersebut. Tiada yang dpt melarikan diri. Mereka telah menjadi batu sepertimana kedudukan mereka beribu tahun dahulu. Setiap raup wajah mereka menggambarkan ketakutan dan kesakitan yang amat sgt.
Selepas letupan Mt Vesuvius, negeri Pompeii di ibaratkan tidak pernah wujud. Kota Pompeii yang dahulunya terkenal sebagai kota yang maju, ketika itu berada 14KM dibawah debu2 dan lava yang dimuntahkan oleh gunung berapi tersebut.
Beribu-ribu tahun kemudian, ahli archaeologi telah menjumpai Kota Pompeii dengan penggalian mereka. Di situ, mereka telah menjumpai manusia dan binatang yang berkeras menjadi batu, dalam pelbagai keadaan.
Untuk article penuh, sila click di sini. Pemberitahuan: Article ini dalam English ye. InsyaAllah kalau ada masa, akak cuba translate.
Semoga kita semua dpt mengambil pengajaran dari kisah Kaum Pompeii ini.
Selamat mengerjakan ibadah di mlm ke-7 ini.
Yang menjalankan tanggungjawab,
KakMyra
Allah swt berfirman, maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas orang-o rang sebelum kamu agar kamu
bertaqwa.
(Surah al-Baqarah: 183)
“ Sesungguhnya bagi orang-o rang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya”
(Surah al-Qalam:34)
“ Dan bersegeralah kepada keampunan dari Tuhan-mu dan syurga yang bidangnnya seluas lan git dan bumi yang disediakan bagi orang-o rang yang bertaqwa.”
(Surah ali-Imran: 133)
Orang-orang yang bertaqwa akan memperolehi hidayah yang Allah turunkan di
dalam al-Quran:
“Alif, Lam, Mim. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan di dalamnya petunjuk bagiorang-orang yang bertaqwa.“
(Surah al-Baqarah: 1-2)
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangkasangka.”
(Surah at-Talaq: 2-3)
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa dari kalangan kamu”
(Surah al-Hujurat: 13)
Oleh itu, taqwa adalah darjat yang begitu tinggi, yang melayakkan seseorang menjadi orang paling mulia, dijanjikan syurga, diberikan hidayah dan keampunan serta diberikan bantuan sejak di dunia lagi. Pasti untukmemperolehinya agak sukar.
Namun kini peluangnya terbuka luas dengan tawaran istimewa dari Allah SWT. Janji Allah, jika kita berpuasa dengan sebenar puasa, pasti kita kan mencapai darjat taqwa. Marilah sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk memastikan agar puasa kita Ramadan ini mampu melonjakkan kita ke darjat taqwa. Amin.
azida@nstp.com.my
Lelaki sembunyi elak ditahan dalam operasi maksiat hari ke-4 Ramadan
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 23 tahun tidak sempat memakai seluar dalam sebelum bertindak bersembunyi dalam almari kanvas kecil, manakala teman wanita sebayanya hanya membalut tubuh dengan cadar ketika pintu bilik mereka diketuk Jabatan Agama Johor (JAJ) dalam serbuan di Rumah Pangsa Sri Lanang, Desa Tebrau, di sini awal pagi semalam.
Pasangan itu antara dua pasangan yang diserbu sekumpulan tujuh anggota penguat kuasa JAJ daerah diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasaan Unit Operasi JAJ, Adam Ibrahim selepas jabatan itu menerima maklumat awam mengenai kegiatan maksiat.
Serbuan pertama dibuat ke atas rumah sewa pekerja kilang wanita terbabit yang terletak di tingkat tiga rumah pangsa itu dalam operasi jam 1.15 pagi.
Selepas kira-kira lima minit mengetuk salah satu pintu bilik rumah dipercayai tempat pasangan itu bersekedudukan dan memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa, penghuni bilik iaitu seorang wanita yang hanya 'berkemban' dengan menggunakan cadar membuka pintu dengan wajah seperti baru bangun tidur sambil mengakui tiada lelaki dalam bilik itu.
Namun, cubaan wanita itu untuk menipu anggota penguat kuasa terbabit gagal apabila pasangannya dikesan menyorok dalam almari sebelum diarahkan keluar oleh salah seorang penguat kuasa.
Dalam serbuan kedua kira-kira jam 2 pagi pula, anggota penguat kuasa JAJ menyerbu sebuah rumah lot tepi di Jalan Kiambang Empat, Taman Sri Pandan, di sini sebelum menahan seorang lelaki warga emas bersama pasangan berusia 27 tahun.
Ketika serbuan, lelaki berusia 60 tahun itu membuka pintu membenarkan pihak berkuasa masuk dan kelihatan bersahaja mengakui hanya beliau dan wanita yang didakwa tunangnya saja berada dalam rumah, manakala penyewa lain pulang ke kampung dengan mereka bercadang untuk berkahwin selepas Aidilfitri.
Dalam soal siasat itu warga emas terbabit turut mengakui mempunyai satu rumah lain di jalan berlainan di taman sama, yang didiami bersama isterinya.
Kedua-dua pasangan masing-masing kemudian dibawa anggota penguat kuasa JAJ ke Balai Polis Taman Pelangi Indah dan Balai Polis Majidee, di sini bagi membuat laporan polis.
Adam berkata, pihaknya menerima banyak aduan menyatakan terdapat pasangan Islam yang bersekedudukan di sekitar bandar raya ini.
Beliau berkata, semua mereka kini ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997, iaitu kesalahan khalwat yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau satu tahun penjara.
“Pasangan pertama membabitkan lelaki dan wanita yang berusia 23 tahun ini adalah pekerja kilang, yang bekerja di sekitar kawasan Perindustrian Desa Tebrau dengan masing-masing berasal dari Taman Saujana, Johor Bahru serta Felda Air Tawar 1, di Kota Tinggi.
“Warga emas ini pula bekerja sendiri dan sememangnya berasal dari Taman Sri Pandan, manakala pasangannya yang tidak bekerja berasal dari Tanjung Karang Selangor, ” katanya.
--------------------------------------

Dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ni, semasa pintu taubat terbuka luas, apabila pintu neraka di tutup rapat, masih lagi ada manusia yang tidak takut melakukan maksiat.
YaAllah, ampunkanlah dosa-dosa seluruh ummat Islam YaAllah. Tetapkanlah kami dalam agamaMu dan istiqamah dalam mengerjakan ibadah.
Semoga kita semua mengambil iktibar dengan berita-berita yang disiarkan.
Mari sama-sama kita doakan agar mereka-mereka yang masih dalam keadaan terlena ini, bangun dan kembali pada jalan yang benar.
Ameen..
Assalamualaikum WRT WBT..
Sepanjang bulan Ramadhan Mubarak ini, InsyaAllah kita akan disajikan dengan hasil penulisan Renungan Ramadhan oleh Dr. Omar bin Yaakob pada setiap hari.
Walaupun hari ni dah hari ke 5 Ramadhan, kita mula dari awal InsyaAllah.
Semoga dengan tazkirah dan peringatan2 yang diberi memberi manfaat kepada kita semua dan menjadikan kita insan yang lebih mu'min InsyaAllah.
-----------
Renungan Ramadhan 1
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dipanjangkan usia untuk berada di awal Ramadan. Inilah yang sering kita doakan:
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadan bermaksud:

Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan Ramadan adalah satu peristiwa yang amat bermakna bagi mukmin. Puasa pada siang harinya adalah salah satu syi’arnya yang penting. Tetapi bukan itu sahaja yang terdapat pada bulan ini. Adalah rugi kiranya kita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yang begitu banyak di dalamnya.
Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadan bukan sahaja bulan kita berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.
Nah.. jika begitu. Kita tanyakan diri kita pada malam pertama ini. Mahukah kita menerima tawaran dan pemberian Allah ini? Mahukah kita menjadi hamba-Nya yang mendapat keberkatan lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan lebih 83 tahun.. mungkin melampaui kadar umur kita?
Sebaliknya ingatlah pesanan di hujung hadis tersebut:
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Dengan niat meneruskan penyebaran semangat kempen ABJZ keseluruh pelusuk bumi Allah SWT, team ABJZ Johor dengan kerjasama JIM Media telah menghasilkan satu social page sempena kempen ini di Facebook.
Bagi kawan-kawan dan adik-adik yang masih giat menjadi duta ABJZ, atau yang ingin bersama memperjuangkan slogan "Say No To Zina", jom join kami di Facebook.

Bagi adik-adik yang belum pernah mengenali Facebook, bolehlah mendaftar sebagai ahli, kemudian search group "Anda Bijak Jauhi Zina" atau klik di sini. Bagi yang kenal akak, boleh lah add akak sebagai friend.
Dan sedikit pesanan dari KakFida: Pelawat blog ABJZ Johor hari ni telah berjaya mencecah lebih 1000 pelawat. Tahniah pada pelawat2 BIJAK yang setia bersama kami. Teruskan usaha murni anda.
Bersama-sama kita semarakkan Kempen ABJZ walau dimana sahaja kita berada.
Salam Ramadhan,
KakMyra
Sumber Metro 20 Sep 2009
HARI ini nak pakai baju mana ya? Ini soalan yang kita biasa tanya diri kita jika nak keluar bekerja, membeli-belah, menziarahi seseorang dan majlis tertentu, sama ada lelaki atau perempuan, remaja atau yang berusia.
Biasanya kita memilih pakaian yang paling kita suka. Dalam Islam ketika memilih pakaian, kita ada identiti tersendiri. Semuanya kena ambil kira, soal fiqah dan syariat. Sebab pakaian yang kita pakai sangat kuat terikat dengan keyakinan dan iman dalam hati kita. Malah, pakaian adalah lambang keimanan.
Sebabnya Allah sudah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (al-Ahzab: 59)

Berpakaian tak boleh ikut suka kita saja sebab kita hamba Tuhan. Sebagai hamba kena ikut tauke dan kalau tidak ikut juga dah kira lawan tauke.
Kali ini saya ingin menyentuh mengenai pakaian remaja yang nampaknya sudah tidak mengikut kod dan etika al-Quran.
Adik-adik remaja di luar sana sudah tidak menghiraukan lagi halal haram dalam pemakaian, asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini.
Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H' iaitu 'Halal' tetapi 'Haram'.
Ini amat ketara jika kita perhatikan di sekeliling kita, ramai remaja yang bertudung. Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat.
Bagaimanapun, jika diperhatikan, ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor dan popular di kalangan remaja bertudung.
Suatu ketika dahulu, pakaian sedemikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah ia menjadi pakaian yang dialu-alukan.
Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak bersangkutan dan berampaian di gedung pakaian di negara kita ini. Pelbagai fesyen baru hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja.
Sebilangan daripada remaja kita juga lupa atau tidak tahu jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya.
Adik-adik remaja berhentilah daripada kebiasaan ini kerana dilaknat Allah. Ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."
Ada pula yang berkata: "Berpakaian menutup aurat dan bertudung, nanti tak cantik." Siapa kata tak cantik kalau bertudung, bahkan kelihatan manis, beradab, bersih dan ada gaya tersendiri, sekali gus membezakan antara Muslimah dan bukan Islam.
Ada pula yang berkata, rambut adalah 'mahkota', jadi kenalah tunjuk. Kata-kata itu sangat tidak betul kerana jika rambut mahkota, kenalah simpan baik-baik.

Tunjuklah mahkota itu pada suami tercinta sahaja, bukannya dikongsi dengan orang lain.
Ada pula yang berkata 'ikut fesyen moden dengan seksi dan terdedah senang pikat lelaki dan dapat kekasih.'
Aduhai remaja, jangan rendahkan martabat kita sebab bimbang nanti lelaki akan mempermainkan anda. Kerap berlaku kes 'dapat manis sepah dibuang' iaitu jadi bahan seronok saja.
Kalau dapat kahwin pun tak lama putus di tengah jalan. Rumah tangga dibina akhirnya tinggal tangga sahaja. Ingatlah, pakaian ahli syurga ialah menutup aurat.
KakMyra here. As always. Hehe.. I hope and pray that everyone is happy and healthy where ever you may be in the world.
So tinggal brape hari lagi nak masuk Ramadhan. Ape khabar semua? Dah prepare diri ke blum? Harap2 dah. Puasa dah abis ganti ke? Kalau tak sempat takpe, bile bab ganti puasa ni, takde syarat yg kata kene habiskan ganti sblm Ramadhan seterusnya. Ganti puasa boleh bawak ke tahun2 seterusnya. Tp yang penting kene la ganti. Itu sbb org selalu ckp kene ganti sblm Ramadhan akan dtg, kalau tak, makin bertambahlah hari2 untuk ganti tu.
Alhamdulillah, dah setahun berlalu. So mcmane dgn diri kita? Ade perubahan tak? Harap2nya semua berubah ke arah yang baik InsyaAllah *wink*
Selamat kembali ya Ramadhan. Kami semua merinduimu. Inilah masa terbaik untuk kita perbanyakkan amalan. Ini jugak masa yang paling best untuk repair hubungan kita dengan Allah. Ini lah masanya kite tidak diganggu oleh bisikan2 syaitan yang selalu ada untuk menyesatkan kita.
Kawan-kawan dan adik2 akak yang di sayangi kerana Allah, isilah bulan ini dengan amalan. Perbanyakkan ibadah malam, banyakkan bersedekah. Semoga semua amalan kita jadi penebus dosa2 kita untuk bekalan akhirat insyaAllah. Tp ingat, tiada satu amalan baik pun yang diterima Allah jika solat 5 waktu kita tak tunaikan. Semuanya sia-sia sahaja. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab kelak. Jika lengkap amalan solatnya, barulah dilihat amalan2 lain. Tak bermakna kalau kite akhlak baik, kite byk sedekah, kite tolong org miskin, kita buat charity work byk2 kalau solat kita tak cukup, sbb Allah tak tengok pun semua tu. In fact, puasa kita pun Allah tak terima. Penat je puasa sampai sebulan.
Bulan Ramadhanlah bulan paling istimewa. Semua ibadah dan amalan kita dpt pahala yang berganda berbanding bulan biasa. Tp ingat, bila pahala berganda, amalan yang berdosa pun berganda dosanya.
Carilah nikmat Lailatul Qadar.
Wahai saudara-saudara ku seIslam, ambillah peluang ini sebaik2nya. Doa agar Allah sentiasa menetapkan hati2 kita dalam agamanya dan sentiasa di siratul mustaqim. Agar kita akan berada dalam golongan yang terselamat pada hari qiamat nanti.
Janganlah kita mensia-siakan masa yang dianugerahkan untuk kita ini. Isilah Ramadhan dgn sebaiknya sbb tahun depan, belum tentu kita dapat menikmatinya lagi.
Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah ni. Semoga kita semua menggunakan masa ni dengan sebaik-baiknya InsyaAllah.
------------
Assalamu 'alaykum warahmatu LLAH...
Subhana LLAH wal hamdu LILLAH...
9 Ogos 2009 - Alhamdulillah perkembangan kempen ABJZ di negeri Johor ini diteruskan dengan jemputan krew kami untuk mengadakan program 4 jam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.
Di sini, bermulalah langkah kami ke medan Institusi Pengajian Tinggi bagi meneruskan kempen yang murni ini InsyaAllah.
Program pagi Ahad ini bermula pada jam 9 pagi, bertapak di karnival KAWAN '09 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UTM Skudai. Team ABJZ yang ditugaskan hadir pada program ini adalah Paklong, Abg Yeop dan Abg Safwan.
Akhir program peserta semuanya berikrar untuk menjaga imej Islam dan secara efektifnya menjadi duta kempen Anda Bijak Jauhi Zina. Semoga dengan penerusan kempen ini, peserta dapat menjadi muslim yang soleh dan musleh InsyaAllah.
5:35 AM
Dinasyidkan oleh
InTeam & Mestica
Lagu tema Kempen Anda Bijak Jauhi Zina Negeri Johor. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari kata-kata nasyid ini InsyaAllah.
1:24 AM

KAWAN mempunyai pengaruh cukup besar dalam pembentukan nilai dan perwatakan diri. Malah, kesannya boleh jadi berpanjangan, dari zaman remaja hingga ke alam dewasa.
Sekiranya pengaruh itu berunsur positif, tiada siapa menentang, tetapi bagaimana dengan pengaruh negatif? Tiada sesiapa menidakkan kesan dan pengaruh kawan sepergaulan serta sahabat seperjalanan.
Akhir-akhir ini, pengaruh dan kesan buruk cukup menonjol, misalnya merokok, melepak dan merempit.
Di sekolah, bahkan di mana-mana institusi, perbuatan seperti itu tidak diajar, tetapi bagaimana seseorang boleh tahu merokok dan mahir merempit? Bukankah ia lahir daripada kawan?
Berkawan tidaklah salah, malah dalam Islam amat digalakkan kerana menghubungkan ikatan persaudaraan. Tetapi apakah jenis kawan yang harus didekati?
Kawan yang dianjurkan ialah kawan yang baik serta ikhlas kerana Allah. Sikap Islam terhadap faktor dan peranan ini dapat dilihat dengan jelas daripada beberapa al-Quran serta hadis.
Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar." (Surah at-Taubah: 119)
Orang yang bersifat benar ialah orang yang baik, berbudi bahasa, berakhlak dan mengamalkan budaya hidup terpuji, bukan orang jahat serta suka berdusta.

Ini memang benar kerana kawan yang bertakwa mengenal Tuhan dan menjadikan Tuhan sebagai rujukan dalam semua perkara, manakala kawan tidak bertakwa lupa Tuhan serta demi kepentingan masing-masing bercakaran, walaupun sesama sendiri.
"Teman-teman pada masa itu setengah dengan setengah yang lain adalah musuh melainkan yang bertakwa." (Surah al-Zukhruf: 67)
Dalam satu ayat lagi, Allah menceritakan mengenai penyesalan orang yang bertemankan si jahat.
"Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia." (Surah al-Furqan: 28)
Kita sama-sama memohon perlindungan dan berharap supaya tidak termasuk golongan yang rugi bertemankan yang jahat sehingga mengakibatkan diri tersesat daripada landasan kebenaran.
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."
Memang benar perumpamaan diceritakan itu. Apabila berkawan dengan orang baik, kita juga akan menjadi baik, tetapi jika berkawan dengan yang jahat, kita juga mungkin lambat laun serupa saja.
Walaupun kita tidak mengikut gelagat jahatnya, kadangkala tempiasnya terkena pada kita. Bukan sedikit orang yang berkawan dengan pencuri, juga dituduh mencuri, sedangkan dia tidak melakukannya.
Dalam sesetengah keadaan juga, kawan selalu diberikan keutamaan dan kepercayaan yang lebih berbanding ahli keluarga.
Malah, ada juga kawan yang dibela, manakala keluarga dicerca, sebagaimana penagih yang mahu menghilangkan ketagihannya. Kajian psikologi remaja amat jelas menunjukkan kebenaran ini.
Apa pun, tujuan berkawan sebenarnya untuk mendapatkan manfaat seperti bantuan dan perkongsian pengetahuan, bukan mencari keburukan. Perompak dan pencuri juga mencari kawan yang dapat memberikan faedah kepada dirinya.

Difahamkan, beg yang turut mengandungi peralatan sekolah itu mulanya tidak mendatangkan syak guru berkenaan sehingga ia dibuka seorang kakitangan klinik kesihatan terbabit, sekali gus membongkar tindakan pelajar tingkatan lima itu melahirkan bayi dalam tandas sekolah itu, semalam.
Bagaimanapun, tindakan pelajar berkenaan menyembunyikan bayi seberat 3.6 kilogram dalam beg itu menyebabkan bayi berkenaan meninggal dunia ketika pelajar itu ditemui guru terbabit, kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata kejadian itu disedari guru wanita berkenaan sebaik menemui pelajarnya yang berusia 17 tahun itu duduk dalam keadaan bertangkup dan hampir pitam berhampiran tandas sekolah.
* Kenapalah manusia zaman skrg ni tidak takut untuk mengambil nyawa seorang manusia yang berdegup jantungnya. Bayi juga manusia yang punya perasaan. Sedangkan haiwan pun sayangkan anaknya, kenapa tidak manusia?

Yo yo yo adik-adik! KakMyra kini kembali mengupdate blog ABJZ Johor. Asyik tanye khabar dalam BM je, kali ni akak nak tanye khabar dalam bahasa lain pula. Kaifa Haluk (Bahasa Arab) ? Ni Hao Ma (Mandarin) ?
InsyaAllah kami semua mendoakan kesejahteraan adik2 semua. Dalam keadaan negara kita dilanda pelbagai wabak penyakit ni, kami semua mendoakan juga adik2 semua sehat2 belaka, bebas dari sebarang virus.
Kali ini, KakMyra datang lagi melaporkan program 29 jam yang telah berlangsung minggu lalu. Alhamdulillah pada 1 & 2 Ogos 2009, Team ABJZ Johor telah menjejakkan kaki ke SMK Benut Pontian. Berbekalkan 22 sukarelawan dari Kelab Belia JIM (KBJ) dan Kelab Remaja JIM (KRJ) dari 3 daerah (Pasir Gudang, JB dan Pontian), Team ABJZ telah melaksanakan program di sekolah ini tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.
Peserta Kempen ABJZ kali ini terdiri daripada 80 orang pelajar sekolah tersebut, termasuklah 50% daripadanya dari kalangan anak-anak orang asli.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan KBJ dan KRJ, termasuklah Paklong, Pak Lan, Pak K, Pak Arab, Cikgu Khalid, Cikgu Sham, Cikgu Sham, Abg Azan, Abg Adib, Abg Safwan, Abg Anas, Abg Bob, Abg Farok dan Abg Acap.
Tak lupa juga kepada kaum hawa: Kak Fida, Kak Myra, Kak Liza, Kak Ani, Kak Sarah, Nabihah, Shahirah dan Aisyah.
Semoga jasa kalian semua di balas oleh Allah Ta'ala dan dikira sebagai ibadah InsyaAllah.
Kepada adik2 SMK Benut, ingat pesanan Paklong hari tu: Jaga solat, sebelum buat apa2 ingat mak ayah, dan dapatkanlah keberkatan ilmu dari cikgu-cikgu.
Allah maha penyayang & Allah maha pengampun. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa adik2 & kami juga, Moga Allah beri kekuatan pada semua utk kembali ke pangkal jalan & kekuatan jua pada kami untuk meneruskan ‘tugas’ kami.
Moga Allah terima amal kita ni & hidayah Allah utk kita semua.
4:43 PM
METRO
Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.

Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.
Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.
Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.
"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam."
"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi," jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.