JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

Abang, Adik Perogol

KUALA KUBU BHARU: Pertemuan kali pertama mengundang padah apabila seorang remaja bawah umur dirogol lelaki baru dikenalinya. Lebih malang lagi, mangsa yang berusia 14 tahun itu bukan saja menjadi pemuas nafsu lelaki terbabit, malah turut dirogol abang kenalan barunya di sebuah rumah di Kampung Bilal, Hulu Bernam di sini. Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi, berkata kejadian berlaku jam 9 pagi Ahad lalu selepas mangsa dipelawa keluar untuk bersarapan.

“Mangsa pada mulanya didatangi sahabatnya yang meminta hutang RM20 di rumahnya di Felda Sungai Behrang jam 7.45 pagi. Pada masa yang sama kawannya itu membawa seorang lagi rakan lain.

“Selepas membayar hutang, rakan kepada kawan lelakinya itu mengajak mangsa bersarapan dan pelawaan itu diterima,” katanya. Norel berkata, mangsa diajak ke rumah kenalan barunya itu dengan alasan mengambil barang, namun dia dipaksa melakukan hubungan seks.

“Lebih malang lagi, mangsa turut dirogol abang lelaki itu sebelum dihantar pulang ke rumahnya dua jam kemudian dan dia membuat laporan polis sebelum di hantar ke hospital untuk pemeriksaan.

“Doktor mengesahkan terdapat kesan rogol dan susulan itu polis menahan suspek pertama berumur 17 tahun manakala suspek kedua melarikan diri,” katanya.

Sumber : Metro : 220110






~Coraklah kehidupan kita berpandukan warna Al-Quran dan As-Sunnah..

semoga memperolehi kebahagian di dunia dan akhirat...

insyaAllah ^^) ~


No Response to "Abang, Adik Perogol"