JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

JIM Bina Permuafakatan Lagi Melalui 'JJB'

Assalamu’alaikum WRT WBT

21 Jan 2010 Khamis – bertempat di Pejabat Kesihatan Pontian, Sekretariat Jom Jadi Bijak telah dijemput menghadiri Mesyuarat Program Remaja 2010 Daerah Pontian bagi memberi taklimat Kempen Jom Jadi Bijak.



"..kita kenal dulu siapa JIM ni.."


Mesyuarat yang dihadiri seramai 25 orang terdiri daripada Doktor-doktor Pakar Perubatan, Ketua - ketua Jururawat, Jururawat-jururawat , Penolong - penolong Pegawai Perubatan, Pegawai Pelajaran Negeri Johor dan Pegawai Pendidikan Daerah Pontian.


Taklimat yang disampaikan dalam bentuk ‘perkongsian’ oleh Pengerusi Sekretariat Jom Jadi Bijak JIM Negeri Johor, Hj Aminuddin Alias telah membuka jalan buat JIM untuk membina jalinan strategi dengan saling lengkap melengkapi antara Pusat Kesihatan Pontian dan Pejabat Pendidikan Daerah Pontian.



antara ahli mesyuarat yang hadir


Melalui sesi perbincangan, banyak info-info terkini yang membimbangkan didapati terutama isu zina di kalangan pelajar sekolah dan ibu-ibu tunggal yang semakin berleluasa di mana-mana sahaja.

Begitu juga yang terbaru pelajar lelaki seawal 14 tahun menghidapi penyakit STD. Pelajar tersebut adalah PENGAWAS sekolah. Kes pelajar ‘termengandung’ dan ‘terberanak’ pula adalah antara yang kerap di jumpai oleh mereka. Masalah social yang saban hari didengari itu akhirnya akan menuju ke hospital.

Diakhir sesi ini beberapa perkara berikut disepakati:-

1. Menyedari bahawa dalam menangani isu ini semua pihak perlu berganding bahu saling lengkap menglengkapi.
2. Mencegah itu lebih baik dari merawat.
3. Perbincangan lanjut akan di adakan antara pihak Pejabat Kesihatan dan PPD untuk menjayakan program ini.
4. Menyelaraskan semula beberapa perkara antara Pejabat Kesihatan dan PPD berkaitan dengan masalah-masalah pelajar sekolah.
5. Program susulan sangat penting. JIM (NGO ) beri kesedaran dan perlu di sambut oleh orang tempatan untuk terus kekal beri perubahan.
6. Pejabat Kesihatan bersedia memberi kerjasama buat program susulan selepas JIM menjalankan Kempen Jom Jadi Bijak.




Gambar kenangan wakil2 utama dari PPD Pontian, JPN Johor,
Pusat Kesihatan Pontian & JJB JIM Johor.

Sekian, sedikit perkongsian dari Sekretariat Jom Jadi Bijak JIM Negeri Johor. Semoga segala usaha kita diberkati-NYA.

No Response to "JIM Bina Permuafakatan Lagi Melalui 'JJB'"