JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

Bahaya Barah Maksiat Batin

Bismimillahirahmanirrahim..

In The Name of God, Most Gracious, Most Merciful..

Assalamualaikum..

Hai semua..Apa khabar?..harap semua sihat dan ceria-ceria selalu..ada sesuatu yang sy ingin kongsikan di pagi yang mulia ini...sambil kita bekerja, melayari internet..atau apa2 je aktiviti kita pagi nie..jom kita renungkan sejenak tazkirah yang sy petik hasil tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh. Semoga ianya memberi peringatan kepada kita untuk mengsyukuri nikmat-nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita dengan sebaik yang mungkin..InsyaAllah..:)




Bahaya Barah Maksiat Batin



"BANYAK konflik berlaku, sudah hendak kiamatlah," kata seorang teman kepada penulis pada suatu pagi di kedai mamak. Semua tidak kena satu pihak salahkan pihak yang lain begitulah sebaliknya.


Pembaca sekalian, adakah anda sedang berkonflik atau mungkin mengharunginya dengan perasaan yang melukakan?Terdapat banyak punca berlaku konflik, antaranya sifat hati yang kotor. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik dia maka baiklah yang lain, jika rosak daging ini maka akan rosaklah anggota lain, daging seketul itu adalah hati." Hati kotor ini akan berjangkit dalam bentuk emosi yang akhirnya akan melakukan tindakan tidak rasional. Inilah yang dinamakan dengan maksiat batin.


Di sini timbul seribu satu perangai negatif yang akhirnya akan menjurus kepada berlakunya konflik. Antara maksiat batin itu seperti:
1) Maksiat perut iaitu seseorang itu terlalu banyak makan makanan yang tidak halal atau haram seperti meminum arak dan makanan yang dimakan dari punca rezeki yang tidak halal.


2) Maksiat mata iaitu seseorang yang suka melihat kepada bahan lucah dan haram.
3) Maksiat lidah yakni bercakap perkara-perkara yang tidak elok seperti mengumpat dan memfitnah.


4) Maksiat faraj bermaksud melakukan hubungan jenis di luar nikah dan lain-lain perhubungan jenis yang tidak dibenarkan.


5) Maksiat tangan yang bermaksud mencuri harta orang lain, menyeleweng kuasa yang diamanahkan dan juga mendapatkan harta secara haram.


6) Maksiat kaki bermaksud sentiasa mengunjungi ke tempat maksiat seperti ke kelab malam, tempat pelacuran dan tempat perjudian.


7) Maksiat telinga bermaksud mendengar perkara-perkara yang tidak elok seperti mendengar orang sedang mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain.


Maksiat batin ini seterusnya akan berjangkit pula ke arah maksiat zahir, antaranya:
·Bercakap banyak
·Suka marah-marah
·Berhasad dengki
·Bakhil
·Suka bermegah-megah
·Sombong dan takbur dengan diri sendiri
·Cintakan dunia
·Suka memfitnah
·Ujub
iaitu menyangka dirinya terlalu sempurna
·Riak iaitu perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana terlalu inginkan pujian dan sanjungan dari orang lain.



Apabila seseorang Islam itu melakukan maksiat yang dinyatakan di atas, maka akan bertambahlah titik dosa dalam dirinya yang menjadikan dirinya mengalami lebih konflik. Bagi mengatasi masalah dan konflik itu mestilah berbalik kepada Islam dengan menghayati hak orang lain seperti mengawal hati dengan ibadat khusus serta sunat dalam ibadat umum. Mesti merasai roh ukhuwah yang mendalam dengan ikatan akidah yang kuat serta percaya kepada hari akhirat. Segala perbuatan yang dikira itu akan merendahkan keegoan yang bersarang dalam nafsu kita dan Insya-Allah akan mengurangkan konflik.


hurrmmmm~~penulisan yg membuatkan kita berfikir panjang..
Jzkk Ustaz ^^)//..semoga dibalas dengan kebaikan..InsyaAllah..
dan semoga nikmat yang ALLAH SWT pinjamkan kepada kita nie digunakan dengan sebaik yang mungkin...ameen.



No Response to "Bahaya Barah Maksiat Batin"