JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

Program Follow-up Felda Taib Andak, Johor (FU-FTA)

Assalamualaikum WRT..
Apa khabar semua?..Akak harap semua dalam keadaan sihat sentiasa..InsyaAlllah

Alhamdulillah...pada 9 Januari 2010 bertempat di Dewan Felda Taib Andak, Kulaijaya, Johor..Team JJB yang diterajui oleh Kelab Belia JIM Johor (KBJ Johor) kembali menemui alumni peserta Program JJB daripada Felda Taib Andak yang diadakan pada 26 & 27 Disember 2009 lalu di Tiram Indah Village. Pertemuan selepas 2 minggu program ini dirancang khas oleh Team JJB dengan AJK Belia 4B Felda Taib Andak.

Objektif utama pertemuan ini diadakan adalah untuk membantu para peserta melaksanakan perubahan. Berbekalkan semangat program yang masih panas, beberapa perubahan yang mengejutkan warga Felda Taib Andak telah dilakukan oleh adik-adik iaitu tentang solat 5 waktu, solat berjemaah di masjid, pengurangan kelajuan dalam menunggang motosikal, pergaulan akhlak mula dijaga batasnya, hubungan antara keluarga bertambah baik dan aktiviti melepak di waktu malam telah dikurangkan..

Berbekalkan sedikit pengalaman mengendalikan program remaja & belia, diakui untuk berubah memang mudah untuk dinyatakan namun belum tentu mudah untuk dilaksanakan. Justeru itu, satu modul Follow Up Jom Jadi Bijak ( FU-JJB ) telah diperkenalkan kepada mereka. Isi utama modul ini adalah : Melakukan perubahan itu ada ujiannya. Jangan biarkan diri dipaksa menerima perubahan tetapi JOM JADI BIJAK lagi dengan kita cuba MEMAHAMI PERUBAHAN itu APA YANG PENTING ? 3 B dan 3S dalam perubahan mesti dilaksanakan.

Sebelum program berakhir, para peserta telah membentangkan hasil perbincangan mereka untuk mengekalkan perubahan (JOM KEKAL BIJAK). Pembentangan ini turut disaksikan oleh Ajk Belia 4 B yang mana mereka akan sama-sama membantu untuk memantau perubahan itu terutama perlaksanaan aktiviti-aktiviti belia yang bakal dilaksanakan. InsyaAllah pertemuan seterusnya yang telah dipersetujui antara Team JJB dan AJK Belia 4B Felda Taib Andak adalah pada bulan Mac dengan program baru yang lebih menarik, InsyaAllah.

Teruskan usaha dan doa agar matlamat akhir kita dgn Jalinan Strategi Bina Permuafakatan bersama Belia 4B ini tercapai. Dan kita doakan supaya adik-adik kita ini diberi kekuatan iman untuk terus berubah kepada lebih baik dan BIJAK dalam menjalani kehidupan di dunia ini...InsyaAllah

Jzkk kepada semua Team JJB yang telah menjayakan program FU-JJB : Pak Long, Pak K, Pak Arab, Azan, Arozi, Safwan, Fida, Myra, Siti, Anie, Nisha, Ita dan Asma’Khairina. Moga usaha kerdil kita ini diberkati dan diredhaiNya...InsyaAllah..


Alumni Peserta Lelaki


Alumni Peserta Perempuan


Perbincangan bersama Fasi


Adik-adik Perempuan


Adik-adik Lelaki

Akhir kata dari akak..jaga diri, jaga iman dan JOM KEKAL BIJAK..InsyaAllah :)

Salam dari,
KakSiti

No Response to "Program Follow-up Felda Taib Andak, Johor (FU-FTA)"