JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

Bukan Sekadar Meniti Di Bibir

Allah swt adalah Tuhan sekelian Alam. Tuhan kepada semua makhluk malah dialah Tuhan yang Mencipta segala suatu. Tuhan yang Maha Esa dan Memelihara makhluknya. Perkara ini turut diyakini oleh para penganut agama samawi.

Hal ini dirakamkan dalam al Quran sepertimana firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid). (Surah al-Ankabut ayat 63).

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa orang-orang musyrik turut mengakui bahawa Allah swt adalah Tuhan yang mencipta dan memelihara alam ini dengan segala isinya. Tetapi perbuatan mereka mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu yang lain adalah diharamkan dan sama sekali tidak dapat diterima.

Firman Allah swt yang bermaksud :
“Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. (Surah al-Maidah ayat 73).

Salam dari,
Ummu Nad







No Response to "Bukan Sekadar Meniti Di Bibir"