JOM JADI BIJAK HARI INI!





CURRENT CONTENT

PENJELASAN PERUBAHAN YANG BERLAKU

Bismillahi Rahmani Rahim
Assalamualaikum WRT WBT

Alhamdulillah dengan izin Allah dan kekuatan yang Allah beri kepada kempen JJB JIMJ (dulu dikenali dengan ABJZ JIMJ) sehingga 9hb Jan 2010, kempen seumpama ini telah dapat dilaksanakan sebanyak 61 kali dengan 12 480 orang peserta. Melalui pengalaman kempen selama 4 jam dan 29 jam ini, terbukti bahawa masalah sosial yang paling serius bukan setakat zina, malah rokok, dadah, derhaka kepada orang tua, mencuri, rempit dan seumpamanya

Malah masalah ini semakin kronik melanda masyarakat. Ianya umpama barah yang sedang tunggu untuk pecah. Sangat dikhuatiri suatu ketika nanti kita semua sudah kalis dengan masalah ini sehingga kita tidak rasa apa-apa dan menjadi biasa dengan masalah ini. Di khuatiri juga tanpa kita sedari tiba-tiba azab Allah yang datang lantaran lalai, kalis dan biasanya kita dengan masalah sosial di depan mata kita ini.

Penyelesaian atau pencegahan tidak cukup hanya difokuskan kepada zina sahaja kerana ianya berangkai (contoh : Mereka bukan sahaja terlibat dengan zina, tapi + rokok + dadah + derhaka + lari rumah dan sebagainya). Maka dengan itu, difikirkan kempen JOM JADI BIJAK JIMJ (JJB JIMJ) yang dikendalikan oleh sekreteriat yang ada, dirasakan lebih sesuai digunakan kerana ia bermakna usaha penyelesaian dan pencegahan tidak hanya fokus kepada zina sahaja tetapi masalah sosial lain perlu juga diberi perhatian.

Perubahan nama yang telah dibuat ini bukanlah satu keputusan individu, tetapi merupakan keputusan bersama secara syura dikalangan para penggerak setelah perbincangan yang panjang lebar dilakukan. Perubahan (rebranding) ini juga telah mendapat persetujuan/restu dari J/K tertinggi JIM Negeri Johor sepertimana yang telah diputuskan didalam mesyuarat J/K JIM Johor pada 7hb Jan 2010 yang lalu.

Maaf, sekiranya ada timbul ketidakselesaan dan kekeliruan dikalangan mereka yang berada diluar sana. Apa yang dilakukan adalah lebih difokuskan pada program didalam Negeri Johor, dan tiada kaitan secara langsung dengan program yang berada atau dilakukan ditempat lain. Harap maklum.

Hj Aminuddin Hj Alias @ PakLong
Pengarah Kelab Belia JIM Johor
Pengerusi Sekreteriat Kempen JJB JIM Johor
YDP JIM Pasir Gudang

No Response to "PENJELASAN PERUBAHAN YANG BERLAKU"